Kalau dilihat lelaki tua ini, rupanya sama saja macam lelaki tua biasa yang kita selalu nampak di kedai kopi. Penglihatannya sudah kabur. Kalau ditanya, apa yang diceritakannya akan diulang beberapa kali, kadangkala ada fakta yang agak sukar untuk kita faham atau diulang-ulang. Saya sendiri hendak bersembang dengannya terpaksa bertanya soalan yang sama beberapa kali.

Namun, siapa sangka, lelaki tua ini adalah sebenarnya satu-satunya bekas anggota yang tinggal daripada kumpulan pertama VAT69 Komando yang menjalani latihan bersama pasukan RGK (Rejimen Gerakhas, kini GGK) di awal penubuhan VAT pada tahun 1969. Semasa awal penubuhannya, anggota pasukan khas komando polis itu telah dihantar berkursus ke Kem Sebatang karah, Port Dickson bersama-sama pasukan RGK bagi membentuk nukleus pasukan Special Police Unit (SPU). Daripada ribuan yang berminat, peringkat akhir saringan akhirnya hanya melayakkan beberapa puluh orang anak muda ketika itu . Latihan demi latihan diteruskan, sehingga akhirnya pada peringkat akhir hanya 9 orang yang mampu menggalas cabaran dan sudahnya tinggal 4 orang saja yang benar-benar layak lulus. Salah seorang daripadanya adalah lelaki inilah. Dan pada ketika itu, usia beliau adalah 42 tahun!

Disebabkan kumpulan pertama yang lulus adalah terlalu kecil, maka nukleus pembentukan itu terpaksa dibatalkan. Pemilihan semula dibuat, kali ini diserahkan kepada pasukan SAS. 9 org yang layak ke peringkat akhir – walaupun hanya 4 yang lulus, telah secara automatik diserapkan ke dalam ujian semula. Dan buat kali kedua, lelaki ini berjaya. Beliau adalah salah seorang daripada 28 anggota pertama yang telah membentuk nukleus pertama pasukan VAT69 seperti yang ada sekarang.

Beliau menceritakan bagaimana semasa latihan asas bersama RGK dulu, mereka telah terlibat di dalam sebuah kemalangan jalanraya melibatkan trak pasukan di Parit Panjang. Di dalam insiden tersebut, 3 orang anggota telah terkorban semasa trak itu terbalik – 1x anggota dari Johor Bharu, 1x anggota dari Batu Pahat dan seorang lagi adalah Tengku Mahmud daripada keluarga Diraja Pahang. Kerana itulah hanya tinggal 9 org yang meneruskan cabaran bersama RGK.

Bila ditanya bagaimana beliau dapat lepas 2 kali ujian asas itu, kata beliau, semuanya bukan disebabkan kudrat semata. Tidak henti beliau berdoa kepada Tuhan supaya diberikan kekuatan bagi meneruskannya. Kalau orang lain boleh – yang kesemuanya jauh lebih muda daripada beliau, biarlah beliau juga diberikan kekuatan yang sama. Ketika itu beliau sudah mempunyai 3 orang anak. Memang teruk, kata beliau. Pengalaman melalui latihan sukar itulah yang menyebabkan beliau tidak menggalakkan anak-anak beliau menyertai pasukan keselamatan. Kesemua 5 anak beliau sekarang, semuanya sudah bekerjaya dan berjaya.

Pesan beliau, kekuatan fizikal semata tidak cukup. Mesti ada kekuatan iman dan mental. Kekuatan doa saja tidak cukup, mesti ada usaha dan semangat. Dalam erti kata lain, ianya mesti ada keseimbangan. Hanya dengan cara itu seseorang boleh dan mampu menjadi seorang komando.

2 kali beliau lulus ujian asas komando di usia 40-an.

Salute Pak Yassin!

=WRA=


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Aenid Abdullah, berkelulusan B.Ed.TESL ( Hons.) daripada Universiti Of Exeter, United Kingdom dalam bidang Bahasa Inggeris adalah anak desa berasal dari sebuah desa kecil di Kedah. Meski sudah jauh merantau, beliau tidak pernah lekang daripada kesukaannya terhadap sambal belacan,durian,petai dan harum bumi Malaysia tatkala disimbah hujan. Kecintaannya yang paling besar adalah terhadap dunia pertahanan, senjata, motorsikal berkuasa tinggi dan aktiviti-aktiviti mencabar.

Leave A Reply