Peng3pungan terhadap kota Ansi berlaku dari 20 Jun hingga 18 September 645 ketika t3ntera Dinasti Tang di bawah Maharaja Taizong dari China meng3pung benteng kerajaan Goguryeo, Ansi (di Liaoning, China hari ini).
T3ntera Tang dengan jumlah kekuatan seramai lebih 200,000 orang berhadapan dengan hanya sekitar 4,000 orang t3ntera Goguryeo di kota itu, tetapi orang Korea ternyata cukup berani dengan bertahan melawan ser*ngan penceroboh China hingga tiba musim sejuk, malahan berupaya menghancurkan t3ntera Tang dan memaksa Maharaja Taizong berundur hingga serik untuk kembali.
Anda pasti pernah mendengar atau mengetahui kisah tentang peristiwa ini melalui filem Korea bertajuk The Great Battle bukan? Dalam artikel ini anda akan disajikan dengan beberapa fakta tentang sejarah tersebut dengan lebih ringkas.
LATAR BELAKANG PERISTIWA
Pada tahun 645 Masihi, Maharaja Taizong dari Dinasti Tang mengepalai lebih 200,000 t3ntera Tang dari China telah menyer*ng kerajaan Goguryeo (Korea), mereka membanjiri kubu-kubu sempadan dan memusnahkan tent3ra Korea yang seramai 150,000 orang dalam Pertemp*ran Gunung Jupil di mana hanya sekitar 10,000 orang warga Korea sahaja yang terselamat dalam pertemp*ran itu.
Perdana menteri Goguryeo yang merampas kuasa setelah membun*h Raja Yeongynu kerana bersubahat dengan Dinasti Tang, merangkap komander tertinggi tent3ra Gogurueo, Yeon Gaesomun, memutuskan untuk berundur bagi mempertahankan ibukota serta merancang untuk mengosongkan Benteng Ansi.
Bagaimanapun, jeneral Yang Manchun dan pasukan pengawal yang berjumlah 4.000 orang memutuskan untuk kekal di benteng tersebut bagi menentang tent3ra Tang yang akan menyer*ng, mencabar kelaziman dan enggan menyerah; Yang Manchun memimpin para pengikutnya dengan laungan semangat “Ayuh berper*ng!” di hadapan tent3ra Tang, dengan menzahirkan maksud bahawa bangsa Korea mencintai tanah air dan keluarga mereka dan akan berjuang berm*tian demi melindungi mereka.
Maharaja Taizong kemudian memaklumkan kepada para tent3ranya bahawa mereka boleh menjar*h harta benda penduduk Goguryeo, memperhambakan anak-anak mereka, dan memperkos* setiap wanita yang ditemui, dan kemudian memerintahkan mereka untuk meng3pung kubu tersebut.
SER*NGAN AWAL
Ser*ngan bermula ketika tent3ra Tang melancarkan t*mbakan manjanik terhadap tembok kota, sementara batu-batu yang besar berterbangan membuatkan para pejuang Goguryeo panik, tembok itu mampu bertahan kerana bahagian luarnya dibuat dengan batuan yang kukuh, tetapi bahagian dalamnya dipenuhi dengan kotoran.
Ketika Li Shiji (jeneral Dinasti Tang yang pernah mencipta nama melalui per*ng dengan suku nomad Turkik) memaklumkan tentang hal ini, Maharaja Taizong memerintahkan tent3ranya untuk menyer*ng dan memanjat tembok itu. Benteng pertahanan di tembok Goguryeo hampir dikuasai, tetapi tent3ra Korea menggunakan per4ngkap batu dan lembing untuk meruntuhkan tangga dan membun*h beberapa penceroboh.
Ketika tent3ra Tang membawa jentera pemecah dinding, Yang Manchun memerintahkan komandan pemanah, Baek-ha dan komandan pasukan kavalri, Pa-so supaya keluar membuat ser*ngan mengejut lalu membantai tent3ra Tang yang sedang menyer*ng di beberapa bahagian sayap-sayap kota.
MENEMBUSI BENTENG
Tent3ra Tang akhirnya berjaya menerobos pintu gerbang tembok Ansi, tetapi Yang Manchun telah bersedia dengan memasang per*ngkap pasak, menggunakan gerbang kayu berpasak untuk mencegah bala bantuan datang dan memasang pasak di sekeliling penyer*ng Tang untuk menjerat mereka di antara pintu gerbang dan pasak yang tajam.
Tent3ra bertombak Goguryeo kemudian menikam dan melontarkan tombak terhadap beberapa tent3ra Tang yang terper4ngkap, dan mereka juga mendesak t3ntera Tang ke tembok berpasak sehingga mereka terbun*h.
Yang Manchun memerintahkan unit ballista untuk menembak jentera menara tanjakan peng3pung Tang sebelum menggunakan tali yang diikat pada peluru balista untuk menarik menara peng3pung itu supaya terjatuh lalu menundukkan ser*ngan jentera Tang. Maharaja terpaksa memerintahkan tent3ranya berundur, dan bergembiralah pejuang Korea bersorak dan meraikan kemenangan awal mereka.
SER*NGAN KEDUA
Tent3ra China Tang bersembunyi di sebalik kabus dan asap tebal selama berhari-hari ketika mereka melakukan persiapan untuk ser*ngan terbaru terhadap pertahanan kota Ansi. Mereka membina beberapa menara peng3pungan yang baru sebelum mula menyer*ng kota pada waktu malam pula, para pemanah di atas menara peng3pungan menembak anak panah berapi yang disasarkan ke dalam kota lalu membakar beberapa rumah penduduk awam dan menyebabkan situasi yang panik.
Para pejuang Goguryeo berada di ambang kekalahan ketika Yang Manchun memerintahkan tent3ranya membawa kantung minyak, melemparkannya tepat ke arah menara peng3pung musuh sebelum melancarkan t*mbakan terhadap kantung minyak itu menggunakan anak panah berapi.
Api yang mencair menjilat menara peng3pung, sekaligus membakar hangus dan membun*h tent3ra-tent3ra Tang di dalamnya. Yang Manchun terluka akibat tusukan lembing di lengan, tetapi dia diselamatkan oleh pembawa panji-panji per*ngnya, Eulbul Sa-mul, manakala tent3ra Tang berundur setelah menara peng3pung mereka terbakar dan ser*ngan mereka gagal.
Maharaja Taizong sangat marah, lalu dia memutuskan untuk mengirim seorang perantara Korea yang ditawan bagi memaksa Yang Manchun menyerah kalah, kebetulan pula orang itu adalah bekas tunang Yang. Namun, Yang Manchun menghantar komandan pasukan berkuda, Pa-so untuk menyer*ng kem emas Taizong dalam satu ser*ngan mengejut, dengan harapan dapat membun*h maharaja dan mengakhiri pertemp*ran.
Malangnya, perantara berbangsa Korea yang dihantar Taizong dalam diam melepaskan t*mbakan anak panah ke kem tent3ra Tang dengan nota amaran tentang ser*ngan mengejut Pa-so yang dilampirkan bersama, dengan harapan bahawa dengan menolong orang China akan membuat tent3ra Tang membenarkan Goguryeo menyerah dengan mudah.
Berikutan kebocoran maklumat tersebut, Pa-so dan seluruh anak buahnya diper4ngkap lalu terbun*h dalam ser*ngan itu. Manakala, perantara tersebut mengakui kesalahannya kepada Yang Manchun, menyebabkan Eulbul membun*hnya dengan mengelar lehernya.
Keesokan paginya, isteri Pa-so, Baek-ha bersama beberapa tent3ra nekad untuk keluar sendiri bagi mencabar Taizong dan membalas dendam atas kem*tian suaminya, pasukannya berjaya membun*h sejumlah kecil tent3ra Tang dan bahkan meninggalkan parut di pipi Taizong dengan mata panah sebelum Baek-ha sendiri akhirnya terbun*h.
GUNDUKAN PENG3PUNG
Bagi memburukkan lagi keadaan, tent3ra Tang telah menyelesaikan kerja-kerja pembinaan gundukan tanah yang menyamai ketinggian tembok Ansi, memungkinkan peng3pung menembusi benteng tanpa perlu memanjat melalui tangga.
Yang Manchun memutuskan untuk menggali terowong di bawah gundukan dan mensabotaj gundukan tanah itu hingga runtuh, yang kemudian akan menggagalkan rancangan ser*ngan tent3ra Tang sekali lagi. Seorang pegawai bernama Woo-dae bersama pasukannya dengan rela hati mengorb*nkan diri dengan menggali terowong di bawah gundukan dan kemudian memotong tiang yang menyokong terowong itu, lalu menyebabkan gundukan itu runtuh dan mengorb*nkan nyawa mereka sendiri.
Yang Manchun teragak-agak untuk mengizinkan Woo-dae melaksanakan misinya kerana gundukan itu akan runtuh menimpa para jurutera Goguryeo, namun hasilnya mereka berjaya membun*h ribuan tent3ra China yang telah bersiap untuk menyerbu tembok Ansi dari sebuah jambatan di atas gundukan.
Yang Manchun memerintahkan ser*ngan balas untuk menduduki gundukan itu sebelum komandan di gundukan itu, Fu Fuai meninggalkan pertemp*ran dan melarikan diri kembali ke kem utama, di mana Maharaja Taizong yang amat marah telah memerintahkan dia dihukum bun*h.
SER*NGAN TERAKHIR
Maharaja Taizong menolak cadangan Li Shiji untuk menarik diri dan berkeras mahu merancang ser*ngan yang lain, satu ser*ngan terakhir yang paling besar. Pasukan Goguryeo melontar roda besar yang berapi ke arah pasukan Tang ketika mereka berusaha untuk mendominasi kembali gundukan itu, dan pasukan pemanah juga menimbulkan angka korb*n yang kritikal terhadap t3ntera Tang.
Tent3ra Tang sekali lagi hampir mengalahkan para pejuang Goguryeo, namun, berdasarkan mitologi Korea purba, Yang Manchun menggunakan busur Goguryeo yang dianggap ‘keramat’ untuk menembak anak panah yang mengenai mata Maharaja Taizong lalu menyebabkan pasukannya panik teruk dan terpaksa berundur. Tidak lama kemudian, Yeon Gaesomun tiba dengan bala bantuan tent3ra Korea yang menyebabkan t3ntera China Tang kalah sepenuhnya.
PASCA PER*NG
T3ntera China terpaksa melarikan diri ketika bala bantuan t3ntera Korea tiba dan bekalan makanan untuk t3ntera Tang telah pun habis kerana cuaca sejuk. Pengunduran pasukan yang diketuai Maharaja Taizong itu dirosakkan oleh bencana musim sejuk, yang membun*h ribuan t3nteranya dan menjatuhkan moral t3nteranya.
Maharaja Taizong jatuh sakit semasa berundur dari tembok Ansi, dan ketika dia sedang merancang ser*ngan lain terhadap kerajaan Goguryeo pada tahun 648, Maharaja Taizong akhirnya meninggal dunia.
Namun, setelah kem*tian Yeon Gaesomun pada tahun 666 Masihi, per*ng yang berturut-turut meletus di Goguryeo telah melemahkan negara itu lalu menjadi punca kejayaan Dinasti Tang menakl*ki Goguryeo pada tahun 668 Masihi.
HEGEMONI MAHARAJA TAIZONG
Dalam sejarah panjang hubungan China-Korea, hanya dua maharaja China yang pernah menjejakkan kaki ke wilayah Korea iaitu Maharaja Yangdi dari Dinasti Sui dalam kempen menentang Goguryeo pada tahun 611, dan Maharaja Taizong dari Dinasti Tang dalam usaha yang serupa iaitu untuk menakl*k kerajaan Goguryeo pada tahun 645.
Tidak ada maharaja lain yang secara peribadi akan menjejakkan kaki ke tanah Goguryeo atau salah satu negara penerusnya yang sama tetapi dikenali sebagai Goryeo (918–1392) mahu pun kerajaan penggantinya yang kemudian iaitu kerajaan Joseon (1392–1910).
Namun tradisi historiografi Asia Timur menonjolkan kedua-dua maharaja ini melalui cara yang sangat berbeza. Maharaja Yangdi dilantik sebagai pemerintah terakhir dari Dinasti Sui yang stereotaip; usaha gigihnya untuk menakl*ki Goguryeo dianggap sebagai sebahagian daripada penyebab kejatuhan dinasti itu.
Maharaja Taizong pula memiliki sambutan yang sangat berbeza. Dia bertakhta di seluruh Asia Timur sebagai model untuk penguasa besar di sebuah kerajaan yang memerintah pelbagai etnik dan kaum. Zaman pemerintahannya yang dikenali sebagai era Zhenguan agak identik dengan masa damai dan kestabilan yang panjang di China.
Raja-raja dan para penggantinya yang terpilih di kebanyakan negara Asia Timur mempelajari ilmu dari kitab Zhenguan Zhengyao (kemahiran politik Zhenguan), yang disusun oleh Wu Jing pada tahun-tahun awal abad kelapan.
Kitab ini diterjemahkan ke dalam bahasa Khitan, Jurchen, Mongol dan Manchu, dan dibaca di Korea dan Jepun. Maharaja Chongzong dari kerajaan Tangut atau Dinasti Xia di barat laut China berusaha merebut kembali zaman kegemilangan pemerintahan Maharaja Taizong dan Dinasti Tang ketika dia mengisytiharkan era ‘Zhenguan’ versi sendiri (1101-03).
Kitab Difan, yang mengumpulkan nasihat Taizong kepada putera dan pewarisnya, menjadi bahan bacaan penting di semenanjung Korea dari akhir zaman Goryeo dan seterusnya, bahkan bakal maharaja Jepun diberi ceramah berdasarkan teks tersebut. Kajian dan terjemahan teks-teks ini mengesahkan kedudukan Taizong di dunia Asia Timur sebagai seorang pemerintah yang luar biasa.
Namun akibat kegagalannya menghancurkan tembok Ansi yang rapuh itu, dia sangat menyesal melancarkan kempen terhadap Goguryeo dan dikatakan dia pernah membuat kenyataan, “Jika Wei Zheng masih hidup, dia tidak akan pernah membiarkan saya melancarkan kempen ini.”
Wei Zheng adalah canselor Dinasti Tang selama kira-kira 13 tahun semasa era pemerintahan Maharaja Taizong. Dia juga merupakan pengarang utama sejarah rasmi Dinasti Sui, Kitab Sui, yang disusun pada tahun 636.
Maharaja Taizong kemudian mengarahkan upacara korb*n diadakan untuk Wei dan membina semula monumen tugu yang dibuat untuk Wei serta menjemput isteri dan anak-anak Wei untuk dipelihara dan menjaga mereka dengan baik.
RUJUKAN:
- Chen, Jack Wei. The Poetics of Sovereignty: On Emperor Taizong of the Tang Dynasty. Harvard University Press.
- Graff, David. Medieval Chinese W4rfare 300–900. Routledge.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih