“Mengapa simbol seperti tali yang disimpulkan (berbentuk T) ini banyak terlihat di dinding binaan piramid?”.
Dinasti Mesir dahulu bukan sahaja terkenal dengan kemegahaan binaan piramid dan Sphinx, bahkan ianya juga terkenal dengan sistem tulisan Hieroglif, yang mana ianya menjadi tulisan yang dipahat atau dilukis di dinding piramid ataupun di dalam makam Firaun tertentu. Jadi, di sebalik misterinya tersusun sebuah kenilaian seni tulisan Hieroglif yang terdiri daripada pelbagai lukisan yang menunjukkan makna, peristiwa atau kejadian tertentu, anda pasti mengetahui adanya sebuah simbol utama yang selalu dilukis oleh masyarakat Mesir dahulu. Apakah simbol utama tersebut? Daripada pelbagai simbol yang sudah dikenalpasti oleh para ahli sejarawan mahupun arkeologi, adanya sebuah simbol suci yang menjadi pegangan utama masyarakat Mesir dahulu untuk menunjukkan lambang keabadian, kehidupan yang akan terus berlangsung di alam dunia mahupun alam baka.
Simbol ini banyak diterjemahkan melalui beberapa teori yang banyak. Ada yang mengatakan ianya merupakan sebuah lambang selipar kulit (sandal) dan ada yang mengesahkan ianya merupakan sebuah simbol gabungan daripada ‘vagina’ (yang berbentuk oval) dan ‘penis’ (yang berbentuk batang). Tetapi teori pertama tidak masuk akal kerana selipar tidak membawa maksud kesucian dan teori kedua ini pula ditolak disebabkan tiada bukti yang kukuh.
Mengikut kepercayaan agama Kristian Koptik, simbol ini juga dikenali sebagai Crux Ansata yang membawa makna kehidupan dan keabadian (immortal).
Masyarakat Mesir dahulu menjadikan simbol ini sebagai sebuah makna yang menunjukkan adanya terjadi perhubungan diantara lelaki dan perempuan.
Makna ini diambil daripada peristiwa kepercayaan agama mereka yang pernah berlaku di bumi Mesir pada suatu ketika dahulu iaitu perkahwinan atau penyatuan diantara Dewa Osiris dan Dewi Isis dan seterusnya dari hasil perkahwinan antara dua orang beradik ini, lahirlah keturunan yang pada suatu hari nanti akan diangkat sebagai ‘Tuhan/The Only One’ iaitu Firaun.
Apabila Dewa Osiris dan Dewa Isis bersatu, maka mereka telah melimpahkan sebuah simbol penerus kehidupan kepada masyarakat Mesir pada waktu itu, iaitu sungai Nil. Dengan kemunculan sungai Nil berkat penyatuan mereka maka simbol ini juga dikatakan sebagai ‘Kunci Sungai Nil’ (The Key of the Nile).
Tambahan, simbol ini juga pernah digunakan oleh Dewi Isis untuk menghidupkan kembali jasad Dewa Osiris yang telah dicincang dan dibunuh oleh saudara kandungnya, Dewa Seth (Dewa Kegelapan) melalui bantuan anaknya tirinya, Dewa Anubis (Dewa Kematian).
Dengan peristiwa bersejarah mengikut kepercayaan masyarakat Mesir pada waktu itu, maka simbol ini juga berfungsi sebagai sebuah lambang suci menuju ke alam baka (The Key to the Underworld).
Mengapa simbol ini dilukis di dalam makam Firaun jikalau ianya membawa lambang ‘The Key of the Nile’ dan ‘The Key of the Underworld’ ? Di mana hubungkaitnya di dalam permasalahan ini?
Perlu diketahui, Ankh adalah sebuah simbol utama dan suci. Simbol yang diangkat sebagai simbol berdaulat oleh Firaun untuk mengesahkan baginda sendiri merupakan titisan (keturunan) dari Dewa Osiris dan Dewa Horus (anak Dewa Osiris). Dengan memuliakan simbol ini maka secara tidak langsung, ianya merupakan simbol yang layak dipegang oleh keturunan dewa dan dewi sahaja.
Walaupun agama menyembah Dewa Matahari Ra, Dewa Osiris, Dewi Isis dan dewa dewi lainnya sudah tidak ada pada zaman sekarang, tetapi simbol Ankh ini dimuliakan oleh beberapa agama pagan yang wujud pada waktu ini seperti agama Kemetic (agama masyarakat Mesir yang dilahirkan semula) dan agama Thelema pula menjadikan simbol Ankh sebagai simbol menuju ke jalan Tuhan yang Satu (One’s Destiny).
Bahkan pada awal kemunculan agama Kristian Koptik, Ankh dibawa sebagai simbol Crux Ansata (Cross With Handle) tetapi ianya sekarang telah diubah menjadi sebuah simbol bulatan.
Pengenalan simbol Ankh akan membawa ke tajuk-tajuk simbol-simbol suci lainnya seperti Knot of Isis The Eye of Horus, The Eye of Ra, Ourobos, Amenta, Scarab, Djed Pillar, Ka Spirit, Ba, The Feather of Maat, Was, Deshret, Hedjet, Pschent, Shenu Ring, Uraeus the Cobra, Seba, Hekha & Nekhkaha, Primordial Hill dan Menat.
– TAMAT –