Sistem angka yang kita gunakan harini ialah Sistem Angka Hindia-Arab. Sistem ni ada angka ‘0’ dibaca sifar dan merupakan angka terakhir dicipta dalam sistem ni.

 

Menurut sejarah, angka sifar dicipta antara abad ke-7 hingga abad ke-9. Sebelum daripada itu, angka sifar takde simbol walaupun konsep kosong dah lama wujud. Sepertimana angka Roman yang takde sifar.

 

Sistem Angka Hindia-Arab mula tular di Eropah menerusi kitab Al-Khawarizmi, seorang cendekiawan Matematik Islam yang bertajuk Kitab al-Jam’ wal Tafriq bi hisab al-hind diterjemahkan ke Bahasa Latin bertajuk Algoritmi de Numero Indorum. Dan kemudian semua sistem angka mengadaptasikan sistem ni dalam sistem angka masing-masing.

 

Pada 2019, Prof. Emeritus Dr Shaharir Mohd Zain dah hasilkan satu kajian tentang Sistem Angka Perpuluhan yang Diketahui Tertua di Dunia dan membuktikan sarjana Melayu dari Kepulauan Melayu dan Srivijaya yang mencipta sistem ni.

 

Prasasti Kedukan Bukit yang ditarikhkan sekitar 682/683 Masihi ialah bukti batu bersurat tinggalan kerajaan Melayu Srivijaya yang tertua di dunia. Pada Prasasti ini, tercatat angka 605 atau 604 yang mempunyai angka sifar sama.

 

Sejarawan membaca tulisan pada batu ini dengan cara berbeza sebab angka ketiga pada prasasti ini tidak begitu jelas sama ada 4 atau 5.

 

Tarikh prasasti ini iaitu 605 atau 604 Saka ditulis pada prasasti bersamaan dengan 682 atau 683 Masihi. Berdasarkan Kajian Prof. Emeritus Shahahir Mohd Zain, tokoh Matematik Malaysia dalam kajian beliau. Prasasti Kedukan Bukit lebih awal berbanding Prasasti Sambor. Ini menjadikan Prasasti Kedukan Bukit adalah bukti tertua angka sifar di dunia.

 

Antara prasasti lain dari alam Melayu yang dijumpai mempunyai angka sifar seperti:-

Prasasti Sambor, Khmer Lama bertarikh 683 Masihi

Prasasti Talang Tuwo, Srivijaya bertarikh 684 Masihi

Prasasti Batu Kapur, Srivijaya bertarikh 686 Masihi

 

Al-Khwarizmi mengarang Kitab al-jam’ wal tafriq bi hisab al-hind yang bermaksud Buku tentang pengiraan berdasarkan angka Hindia. Di dalam buku ini, terdapat angka sifar atau shifr. Salinan asal buku ni dah hilang, tapi terjemahan Latin kepada buku ini masih wujud. Dan Inilah bukti angka sifar digunakan di tanah Arab.

 

Manakala di Gwalior, India, ditemukan sebuah prasasti di dalam kuil tinggalan Dinasti Gurjara-Pratihara yang tercatat angka sifar. Prasasti Gwalior catatkan keluasan ladang masyarakat disitu berukuran 187 hasta x 270 hasta. Angka 270 dituliskan angka sifar berbentuk bulatan. Inilah bukti sejarah angka sifar yang terdapat di India.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Nak tahu lebih banyak lagi tentang orang Melayu? Baca je KITAB TAMADUN MELAYU. Cepat klik dekat https://bit.ly/40FLVup


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply