Di dalam gambar atas ini adalah jari kaki tiruan yang ditemui pada kaki salah satu mumia Mesir yang merupakan bahagian badan prostetik (artifikal/tiruan) yang paling tua ditemui di dunia setakat ini.  Kaki palsu yang berada di muzium Kaherah di Mesir ditemui pada tahun 2000 di sebuah makam berhampiran kota kuno Thebes. Ia menjadi contoh anggota tubuh tiruan dari zaman purba yang paling terbaik setakat ini.

Ahli arkeologi berspekulasi bahawa ia milik seorang wanita berusia di antara 50 hingga 60 tahun dan mungkin telah kehilangan ibu jari kaki kerana komplikasi daripada diabetes. Prostetik yang dibuat daripada material kayu dan kulit itu dianggarkan dari 1069 hingga 664 BC, ia berdasarkan artifak lai yang terdapat di dalam ruang pengebumian mumia.

Sekaligus bererti ia telah mendahului rekod prostetik tertua yang difikirkan sebelum ini dipegang oleh penemuan Kaki Capua Roman. Kaki Capua Roman adalah artifak bercirikan gangsa dari sekitar 300 BC. Kaki itu pernah berada di Royal College of Surgeons di London tetapi telah dimusnahkan oleh pengeboman semasa P3rang Dunia Kedua.

Kaki Capua Roman

Kaki prostetik Mesir ini diberi nama Greville Chester Great Toe atau Cairo Toe selepas pengumpul artifak berjaya memperolehnya lalu diserahkan kepada pihak muzium pada tahun 1881.

Semasa makam pemiliknya ditemui dan disahkan sebagai milik seorang wanita, pengkaji berpendapat, wanita ini adalah seseorang yang mungkin berstatus tinggi kerana penelitian terhadap reka bentuk jari prostestik miliknya, pembuatan yang amat teliti dan hampir menyerupai ibu jari kaki yang sebenar menunjukkan si pemakai adalah seorang yang amat mementingkan imej dan penampilan diri nya.

Jadi, tidak mustahil sekiranya dia adalah kaum kerabat dari keluarga Firaun, ini juga berdasarkan lokasi makam ditemui dan penemuan artifak yang lain di sekitar makam itu. Ibu jari kaki prostestik  ini diperbuat daripada bahan serat, linen, kulit dan kayu, yang boleh ditanggalkan melalui jahitan pada lapisan kulit yang digunakan sebagai lapisan akhir prostestik itu. Kini ia sedang dipamerkan di Muzium British, London.

Kita tidak ada banyak contoh artifak kaki palsu dari zaman purba yang ditemui  seperti Kaki Capua Roman atau ibu jari tiruan yang ditemui di Mesir ini, itu pun dalam keadaan yang tidak sempurna. Kebanyakan bahan material yang digunakan untuk menghasilkan anggota tubuh artifikal ini kebiasaanya akan dibuat dari bahan-bahan yang mudah r0sak, dan kadar kemat!an kerana pem0tongan kaki pada zaman purba sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, tanpa mengira berapa tinggi nilai sebuah artifak prostestik yang telah ditemui samada dalam keadaan yang masih baik atau telah hampir rosak sepenuhnya sekali pun, ia tetap menjadi bukti yang jelas bahawa keinginan untuk mengembalikan bentuk dan fungsi anggota tubuh manusia yang tidak sempurna telah pun difikirkan oleh nenek moyang kita semua beribu tahun yang lalu, hinggalah ia ditemui semula dan dijadikan bahan rujukan yang bermanfaat, bukan untuk ahli antropologi dan sejarawan atau penulis macam kami di The Patriots sahaja, malahan amat bermanfaat untuk pengamal bidang perubatan, sains dan teknologi.

Kaki Tiruan Dalam Fiksyen Mitologi Kuno

Kemampuan untuk menggantikan bahagian badan yang telah tiada, samada kerana dip0tong atau kecac4tan sejak lahir, sentiasa mejadi impian sesiapa sahaja yang ditakdirkan kurang sempurna.

Namun begitu, sebenarnya kekurangan mereka telah menyumbang kepada penciptaan beberapa kisah tentang penggunaan kaki tiruan di dalam kisah-kisah mitologi dan fiksyen semenjak dahulu lagi, ini dibuktikan melalui beberapa catatan kuno tentang dewa, raja atau pahlawan yang ‘cacat’.

  • Dewa pencipta dan pembalasan dendam dalam mitologi Aztec, Tezcatlipoca, kehilangan kakinya dalam pert3mpuran dengan Raksasa Bumi. Dia digambarkan berjalan menggunakan kaki palsu yang dibuat daripada bahan obsidian (sejenis batuan gunung berapi).
  • Puisi India yang epik bertarikh antara 3500 dan 1800 B.C. bertajuk Rigveda tertulis tentang seorang ratu pahlawan bernama Vishpala. Apabila dia kehilangan kakinya dalam pert3mpuran, dia telah diberi kaki tiruan untuk berjalan.
  • Catatan rekod sejarah oleh ahli sejarah Yunani Herodotus dari 424 B.C. menulis tentang seorang tawanan p3,rang Parsi yang mem0tong kaki nya sendiri yang ketika itu dirantai hanya untuk melarikan diri. Semasa melarikan diri dia sempat membuat ‘kaki’ daripada kayu untuk menyokong kestabilan tubuhnya dan berjalan kaki 30 batu sebelum ditangkap semula.
  • Agama Mesir kuno amat mementingkan kesempurnaan, dan mempercayai bahawa anggota badan si mat! yang hilang akan terus kekal mempengaruhi bentuk fizikal si mat! di alam yang lain. Maka anggota badan tiruan yang dibuat untuk si mat! di Mesir menggunakan bahan daripada serat dan direka bentuk hanya untuk menggantikan anggota tubuh yang hilang berbanding daripada mencipta anggota tubuh yang boleh berfungsi.
  • Walaupun tiada kaki prostetik berfungsi telah ditemui pada zaman Mesir Kuno, kita tetap mempunyai contoh ibu jari prostetik yang diceritakan pada awal penulisan ini. Ibu jari kaki bukanlah hanya diperlukan untuk menjaga keseimbangan badan tetapi budaya pemakaiani sandal Mesir tradisional yang memerlukan pemakainya memiliki ibu jari kaki.
  • Kaki tiruan yang diperbuat daripada kayu poplar dengan kuku kuda untuk kaki ditemui di sebuah makam purba yang sedang diteroka di China. Ia dijangka memiliki usia yang sezaman dengan Kaki Capua Roman dan ditemui bersama dengan rangka si pemakai yang mengalami kec4catan lutut. Sebuah kaki prostetik ditemui terpasang pada bahagian kaki nya dengan ikatan menggunakan tali kulit dan membolehkan pengguna untuk berjalan dan menunggang kuda.
Bapa Kaki Tiruan Moden

Ambroise Paré (1510 – 1590), adalah manusia pertama yang dikatakan sebagai pencetus kepada idea penciptaan kaki prostetik pada zaman moden, beliau adalah pakar bedah dan anatomi yang bekerja sebagai seorang pakar bedah diraja yang rasmi untuk empat raja Perancis. Beliau juga dianggap oleh sejarawan sebagai bapa pembedahan moden.

Dengan kaedah teknik pem0tongan kaki yang semakin mudah dan kadar kelangsungan hidup selepas pem0tongan kaki pada zaman dia bertugas sebagai pakar bedah semasa pep3rangan, dia menghasilkan anggota tubuh prostetik yang berfungsi untuk beberapa bahagian badan. Dia menggunakan pemahamannya mengenai anatomi untuk mereka model prostetik yang berkemampuan untuk bergerak dan berfungsi sebagai anggota badan sebenar.

Dia juga adalah yang pertama menghasilkan anggota prostetik atas lutut dengan kebolehan untuk dilaras dan sendi dengan kawalan yang boleh dikunci. kedua-dua teknologi tersebut masih digunakan sehingga hari ini. Dia juga telah beralih dari bahan kayu memilih untuk mencipta prostestik yang lebih ringan iaitu diperbuat daripada kulit, kertas, dan gam.

RUJUKAN:

Amputee Coalition : History of The Prosthetic Leg Through The Ages

LiveScience.com – World’s First Prosthetic : Egyptian Mummy’s Fake Toe


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.