Putera Bersama
Andorra (Co-Princes of Andorra) merupakan 2 orang ketua negara (Cap d’Estat)
bagi Andorra. Andorra merupakan sebuah negara daratan yang terletak di barat
daya Eropah dan bersempadan antara Sepanyol dan Perancis. Antara fakta menarik
tentang Andorra ialah negara mewah ini terkenal dengan sektor pelancongan dan
statusnya yang bebas cukai.
Namun yang menjadi sorotan ialah Andorra mempunyai sistem pemerintahan yang unik kerana negara ini diketuai oleh 2 individu yang bergelar Putera . Uniknya lagi, individu ini masing-masing mestilah berasal daripada Perancis dan wilayah kecil Urgell yang terletak di Sepanyol. Bukan setakat itu, pelantikan Putera Andorra yang berasal dari Perancis dipilih secara demokratik dan mengejutkan bukan rakyat Andorra yang memilih tetapi rakyat Perancis melalui pilihan raya presiden.
Manakala Putera seorang lagi mestilah seorang Bishop of Urgell yang dilantik secara terus oleh Pope yang berpusat di Vatican. Kini Bishop of Urgell, Joan Enric Vives Sicília dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron merupakan Putera Bersama Andorra yang bertugas sebagai ketua negara bagi negara kecil itu.
Bagaimana
Sistem ini bermula?
Secara ringkasnya, sistem pemerintahan dwi-raja atau diarki (diarchy) bermula apabila piagam Paréage pertama ditandatangani pada abad ke-13. Piagam ini ditandatangani bagi meleraikan perselisihan antara Bishop of Urgell dan Count of Foix (sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Perancis sekrang) soal kedaulatan keatas Andorra.
Akhirnya, pada tahun 1278, Aragon (sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Sepanyol sekarang) menjadi orang tengah untuk meleraikan konflik ini. Setelah itu, piagam Paréage pun ditandatangani yang membuka jalan kepada perkongsian kedaulatan keatas Andorra antara Bishop of Urgell dan Count of Foix.
Bagaimana pula Presiden Perancis boleh menjadi Putera Bersama Andorra? Melalui pewarisan, Count of Foix memindahkan taktahnya kepada kerajaan Navarre. Selepas Raja Henry ke-III daripada Navarre menjadi Raja Henry ke-IV Perancis, baginda menitahkan pada tahun 1607 untuk mengisytiharkan Raja Perancis dan Bishop of Urgell sebagai Putera Bersama Andorra.
Sejak daripada itu, siapapun yang menjadi ketua negara Perancis samada Raja, Maharaja, mahupun Presiden akan tetap menjadi Putera Bersama Andorra yang merupakan salah seorang ketua negara Andorra.
Tugas-tugas
Putera Bersama Andorra
Kebanyakan
tugas-tugas mereka sama seperti tugas seorang ketua negara bagi negara yang
mengamalkan konsep raja berperlembagaan. Menariknya, sebelum tahun 1993, tiada
sebarang garis panduan yang jelas dalam perlembagaan Andorra tentang tugas
Putera Bersama bahkan Putera Bersama. Setelah itu, tugas Putera Bersama Andorra
disebut secara jelas dalam perlembagaan. Antara kuasa yang mereka boleh
jalankan tanpa nasihat ketua kerajaan ialah:
- Kuasa
pengampunan - Setiap
Putera Bersama boleh melantik seorang ahli Majlis Tertinggi Keadilan dan
seorang ahli Tribunal Perlembagaan - Membentuk
apa jua perkhidmatan yang dianggap perlu untuk memenuhi tugas mereka sebagai
ketua negara, dan melantik individu-individu yang dianggap sesuai bagi mereka
untuk mengisi jawatan tersebut
Kesimpulan
Andorra merupakan
negara yang unik kerana mereka mempunyai dua ketua negara dari 2 negara yang
lain. Bishop of Urgell, Sepanyol dan Presiden Perancis merupakan Putera Bersama
Andorra yang menjadi ketua negara bagi Andorra. Seperti negara-negara raja
berperlembagaan yang lain, kuasa Putera Bersama Andorra terhad kepada simbol
sejarah, budaya, tradisi, dan tidak terlibat secara langsung dalam politik.




No comments yet