Fenomena Chin Peng telah menunjukkan betapa terbelahnya fikrah perkauman di Malaysia, dimana kebanyakan dalam golongan minoriti dilihat begitu ghairah berlaku maaf. Meskipun golongan majoriti yang membayar harga paling mahal, agak pelik bila mereka yang banyak berkata-kata. Namun itulah realitinya sekarang, yang ahli politik baru didakwa mencuri dinistakan dan figura disahkan membvnvh diampunkan. Semua tahu yang masalahnya ada pada warna kulit, bukannya nilai kemanusiaan pun.

Namun apakah yang akan berlaku jika Darurat (1948-1960) tidak berpihak kepada barisan komanwel? Bagaimana landskap moden andai kata Tunku Abdul Rahman (1957-1970) ditewaskan? Tentu sekali situasi sekarang berbeza dengan ketara. Sebaik sahaja Parti Komunis Malaya memegang kuasa, sebuah peralihan kuasa akan berlaku bermula dari tampuk ketua negara dan negeri. Setiap seorang ahli monarki tidak mungkin akan selamat di Bumi Melayu.

Perjalanan komunisme memanglah penuh dengan ketidakadilan. Contoh yang paling baik ialah Dinasti Romanov dalam imperialisme Rusia. Semarak api Bolshevisme telah menempatkan Vladimir Lenin sebagai Pengerusi Majlis Komisar Rakyat di Persekutuan Soviet Rusia  pada 8 November 1917. Tidak sampai setahun kemudian, keluarga diraja Rusia dibvnvh seorang demi seorang, termasuk seorang putera bongsu berusia 13 tahun.

Kedua UMNO dan PAS sudah tidak lagi dibenarkan wujud di Malaysia, kerana masing-masing berlawanan dengan fikrah komunisme. UMNO yang menyalakan api kebangsaan mempunyai sedikit kecenderungan melalui konservatisme yang ditunggang komunisme. Namun PAS yang menggalas Islam sebagai piagam sekalipun sedikit atau banyak tidak mungkin diizinkan Chin Peng.

Dibawah piagam komunisme, negara semestinya berada dibawah naungan ateisme. Memang agama tidak diharamkan – tetapi harta-harta agama (seperti masjid, gereja dsb.) semestinya dijadikan hartanah kerajaan melalui sitaan. Pendidikan Islam pun secara automatik dimansuhkan, yang digantikan dengan ajaran ateisme bahawa Allah tidak wujud.

Contoh paling relevan ialah Liga Militan Ateis yang dilancarkan di Kesatuan Soviet untuk menindas rakyat berakidah. Sesiapa yang bersolat meskipun dirumah pun akan dicengkam melalui stigma negatif sepertimana keluarga Vladimir Putin hadapi dimana ibundanya sangat alim dengan Kristian Ortodoks. Merisaukan keselamatan suaminya, hanya ibu dan neneknya sahaja tahu bahawa Vladimir Putin dibaptiskan – supaya syarikat yang ayahnya bekerja tidak mempunyai sebarang asbab untuk memandang serong.

Struktur kerajaan pun tiada batasan agama. Dari sini jelas bahawa JAKIM tidak dibenarkan untuk bernyawa pun. Sebarang enakmen keagamaan, terutamanya penguatkuasa-penguatkuasa agama, tidak dibenarkan merusuh hotel murah untuk mencegah maksiat. Arak berleluasa di sekitar negara; malah mungkin digalakkan lagi dalam media massa ultra-sekular. Dalam peringkat akademik pun, agama digelar unsur karut yang perlu ditundukkan sains.

Begitulah kehidupan Islam (Rusia Tengah dan Asia Tengah), Kristian (Rusia Barat dan Timur) dan Yahudi (Rusia Timur) semasa berada dibawah cengkaman Kesatuan Soviet. Perjuangan mereka berlangsung selama 70 tahun lamanya, dimana Parti Komunis Kesatuan Soviet meruntuhkan masjid, gereja dan kuil. Ketua-ketua agama pun dijatuhkan hukuman m4ti.

Pemimpin Soviet yang paling z4lim ialah Joseph Stalin (1922-1952) yang menutup masjid untuk dijadikan gudang. Sebelum Lenin menguasai negara, Rusia mempunyai 25,000 masjid (pada tahun 1917). Namun apabila Leonid Brezhnev (1964-1982) menjadi penguasa sekitar 1970-an, bilangan masjid hanya 500 sahaja.

Pemerintahan Mikhail Gorbachev (1985-1991) mewajibkan pembaharuan untuk mengurangkan tekanan terhadap umat beragama. Tetapi riwayat komunisme sudah tamat di Rusia, dimana Boris Yeltsin (1991-1999) membubarkan empayar komunis tersebut. Beginilah cerminan jika Chin Peng sebagai Ketua Setiausaha Parti Komunis memegang tampuk ketua negara dan kerajaan. Kebebasan yang dinikmati rakyat Malaysia, yang mengaibkan hampir semua perdana menteri semasa, dibalas dengan z4lim.

Tidak mustahil pun jika himpunan-himpunan sosial seperti Bersih dan Daulat 812 dibalas dengan peluru hidup atau tindakan keras dimana ketua-ketua platform diberkas dan dihantar ke kem buruh kasar (ataupun dihantar ke tempat tidak diketahui sesiapa pun). Mungkin Facebook pun ditutup juga seperti dilaksanakan di China. Namun yang pastinya satu sahaja – Islam bertapak dengan umat Melayu pada perkadaran yang tidak boleh difahami sesiapa. Melayu sebenarnya bagaikan Bani Israil – ditindaslah bagaimana pun, tetap akan merebak juga.

Hanya perlu lubang yang kecil sahaja untuk membur4ikan perut komunisme terutamanya melalui diplomasi. Sejujurnya komunisme ialah ideologi lapuk yang mungkin relevan sekitar abad ke-19 sahaja apabila seluruh dunia merana akibat kebuluran dan pengangguran. Dewasa ini, demokrasi dan kapitalisme ialah asam garam paling relevan kerana mengurniakan “semak/imbang” yang membenarkan rakyat betulkan kesalahan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.