Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mendakwa bahawa orang Melayu miskin kerana malas dan terlalu bergantung kepada orang lain. Tentunya pendapat ini mengundang kecaman daripada pelbagai pihak dan semestinya daripada orang Melayu itu sendiri.

Artikel kali ini bukanlah ingin membahaskan samada Dr. Mahathir betul ataupun salah. Artikel kali ini cuma mendedahkan kepada anda pendapat-pendapat ilmuan ekonomi berkaitan kemiskinan dan apa yang harus dilakukan.

Sebenarnya, pendapat Dr. Mahathir ini bukanlah pendapat yang baru. Terdapat beberapa orang ahli ekonomi yang mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Dr. Mahathir seperti David Ricardo (Meninggal: 1823) dan Thomas Malthus (Meninggal: 1834). Terpulang kepada anda untuk menentukan samada pendapat Dr. Mahathir lapuk ataupun masih relevan.

Sekitar abad ke-16 di Tanah Inggeris dahulu terdapat sebuah undang-undang unik. Undang-undang itu ialah Undang-Undang Miskin (Poor Law). Menurut undang-undang ini, terdapat 3 jenis orang miskin. Berikut ialah pecahannya:

  1. The deserving poor: golongan tua, sakit, dan kanak-kanak
  2. The deserving unemployed: golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mendapat kerja
  3. The undeserving poor: golongan yang mengemis

Dua kumpulan pertama tersebut, diberikan duit dan makanan manakala golongan ketiga pula dianggap penjenayah dan disishkan. Namun begitu, semasa zaman perindustrian, masyarakat Inggeris mula memandang serong kepada orang miskin. Mereka mula menganggap bahawa orang miskin patut menyalahkan diri mereka sendiri atas kemiskinan mereka.

Keadaan bertambah keruh apabila ahli ekonomi Inggeris David Ricardo dan Thomas Malthus turut mencadangkan pemansuhan Poor Law. Hal ini demikian kerana mereka mendakwa ‘duit percuma’ akan mengurangkan galakan orang bekerja atau dalam erti kata lain orang jadi malas bila dapat duit percuma. Pandangan tersebut menjadi pendapat arus perdana di Tanah Inggeris.

Kendati perspektif Ricardo dan Malthus diterima umum, ada seorang ahli falsafah dan ahli ekonomi politik Inggeris yang memberi pandangan alternatif. Beliau yang dimaksudkan ialah John Stuart Mill. Beliau berhujah bahawa ahli ekonomi hanya cakna kepada pengeluaran dan kurang menumpukan kepada pengagihan kekayaan. Beliau berpendapat bahawa kerajaan sepatutnya masuk campur dalam soal kemiskinan rakyat, memberi bantuan sewajarnya kepada mereka yang tidak mampu membantu diri sendiri, dan memberi pendidikan yang diperlukan agar dapat menyara hidup.

Ahli ekonomi kontemporari asal India Amartya Sen berkata kemiskinan adalah tentang pengehadan (limitation) dalam keupayaan (capabilities) untuk melakukan apa yang orang lain mampu. Beliau menekankan yang kerajaan tidak seharusnya memberi penekanan kepada angka semata-mata seperti keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau pendapatan per-kapita tetapi perlu melihat kepada keupayaan rakyat untuk menyara hidup dan kebebasan sebenar daripada kemiskinan.

Kesimpulannya, ada dua pendapat utama tentang punca kemiskinan. Satu pihak percaya kemiskinan berpunca daripada diri sendiri dan kerajaan harus membiarkan mereka belajar untuk merangkak sendiri. Manakala satu pihak percaya bahaya kemiskinan merupakan diluar kawalan individu dan kerajaan sepatutnya memberi bantuan. Sebagai marhaen, anda berpihak kepada siapa?

RUJUKAN:

Kishtainy, N., Abbot, G., Farndon, J., & Kennedy, F. (2014). The economics book: Big ideas simply explained. Dorling Kindersley.

Sen, A. (1997). On economic inequality. Oxford University Press.

Sen, A. (2001). Development as freedom. Oxford Paperbacks.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang yang meminati subjek politik, ekonomi, dan falsafah. Cenderung kepada konservatism, Keynesian, dan berpegang kepada Ahlus Sunnah wal Jamaah. Namun begitu, saya hanyalah seorang guru di pusat pendidikan swasta dan bercita-cita melahirkan generasi intelektual dan bermoral tinggi serta bersedia mempertahankan agama, raja, dan negara.

Comments are closed.