Anda boleh dipecat jika tidak berkahwin dan kekal bujang? Oh ini bukan sekadar tajuk, tapi kisah sebenar yang berlaku baru-baru ini. Sebuah syarikat di China telah memperkenalkan polisi baharu mereka, iaitu para pekerja yang kekal bujang boleh dipecat jika enggan berkahwin!
Syarikat Kimia Shuntian di Wilayah Shandong yang mempunyai lebih 1,200 orang pekerja mengumumkan dasar yang berjanji untuk meningkatkan kadar perkahwinan syarikat itu pada Januari.
Ia memerlukan pekerjanya yang bujang atau duda dan janda antara umur 28 dan 58 untuk berkahwin menjelang akhir September tahun ini. Yang paling mengejutkan, polisi ini turut mengugut pekerja sekiranya mereka tidak melakukannya, maka notis pemecatan akan dikeluarkan.
Secara keseluruhan, dasar ini meletakkan bahawa jika mereka tidak berkahwin pada akhir bulan Jun, syarikat akan menjalankan “penilaian” terhadap mereka. Jika mereka masih bujang pada penghujung September, mereka akan dipecat.
Ini bukan kali pertama syarikat itu mengeluarkan dasar sebegitu, kerana ia turut mempunyai polisi lain yang mengutamakan nilai tradisional Cina seperti kesetiaan dan kewajipan anak mentaati ibu bapa.
Kenapa tiba-tiba adanya polisi begini?
Ini mungkin berkaitan dengan jumlah perkahwinan di China yang semakin menurun ke paras terendah pada tahun lepas, iaitu penurunan kira-kira 20.5%. Namun, jumlah kelahiran bayi tahun lepas telah meningkat, iaitu kenaikan pertama sejak tahun 2017.
Situasi ini agak sama seperti yang dialami oleh Jepun dan Korea Selatan, yang mana orang muda semakin tidak berminat untuk terlibat dalam institusi perkahwinan. Malah, akibat keadaan ini, kerajaan telah memberi insentif kepada mereka yang ingin mengikat pertunangan bersama pasangan masing-masing.
Sebuah bandar di wilayah Shanxi di tengah China turut menawarkan ganjaran 1,500 yuan (AS$200) kepada wanita bawah 35 tahun dan lelaki yang kedua-duanya berkahwin buat kali pertama.
Jadi, apa kesudahan syarikat yang mengeluarkan polisi pelik tadi?
Polisi itu ditarik balik sehari selepas ia diumumkan lantaran kritikan daripada banyak pihak. Malah, seorang kakitangan kerajaan berkata polisi syarikat itu sebenarnya melanggar Undang-undang Buruh China dan Undang-undang Kontrak Buruh.
Adakalanya, manusia berfikir bahawa idea luar kotak boleh menjadi penyelesaian paling wajar dalam mengendalikan sesuatu keadaan. Namun, ia masih perlu dipertimbangkan oleh semua pihak agar tidak mendatangkan implikasi yang buruk.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih