DC memilih untuk set back kisah Joker, jadi filem ini kira origin atau permulaan kisah Joker. DC nak Joker ni masuk dalam timeline DC Extended Universe, alah macam Marvel punya universe. Oleh sebab dah banyak sangat version Joker dari siri Batman dan terbaru Suicide Squad, DC memilih untuk buat stand alone filem untuk Joker. Filem ini pengarahnya iaitu Todd Phillips cuba gambarkan bahawa berlatarkan tahun 1981, dan New York ditukarkan menjadi Gotham City. Ia adalah latarbelakang bagaimana Athur Fleck menjadi Joker.

Kalau kita tengok trailer Joker tu, suasana persekitaran dia sangat teruk dengan timbunan sampah ditepi jalan dan lopak-lopak air. Ia sebenarnya menggambarkan keadaan sebenar New York pada masa itu. 1981 adalah tahun paling teruk dekad 80-an, dengan rekod lebih 120 ribu rompakan dan lebih 2100 kes bunuh.

Situasi ni pernah digambarkan dalam filem A Most Violent Year. Aku ada tengok gambar Meryl Streep bergambar dalam train di NY dekad 80an, interior dalaman yang penuh dengan contengan vandalism sama macam dipaparkan dalam trailer filem Joker.

Pada masa ni, “Mob Violence” merebak dikalangan masyarakat New York. Ia macam satu tindakan riot yang tiba-tiba oleh individu atau kumpulan kecil. Asal ada tak puas hati je riot, pecah kedai, tendang kereta, ugut orang.

Fenomena yang sangat teruk bagi permulaan tahun 80-an. Kesan Mob Violence ini boleh dilihat diakhir tahun 1980 dengan insiden tembakan ke arah John Lennon yang meragut nyawanya. Itu lah gambaran awal 80an di kota metropolis New York. Apa yang dilihat dalam trailer Joker tu adalah realiti kehidupan masa tu.

Alasan untuk filem Joker di set pada tahun 1981 adalah kerana pada masa itu, Thomas Wayne iaitu ayah kepada Bruce Wayne dan Batman masih lagi hidup. Juga, Thomas sedang berkempen untuk menjadi Mayor Gotham City. Malangnya masyarakat Gotham tidak menyenangi tindak tanduk Thomas atas dasar menolak kapitalis.

Thomas masa tu macam Donald Trump sekaranglah, dibenci gila-gila. Bermacam sepanduk ditujukan kepada Thomas antaranya “Capitalism does not work for you” “Kill the rich” “Clown4 Mayor” dan “Facist Wayne is to blame”. Penentangan habis-habisan terhadap kapitalis.

Kesan dari fenomena Mob Violence dan penentangan middle class dan miskin terhadap orang kaya ini sangat besar. Masyarakat sekitar Athur Fleck menjadi huru hara, budak-budak muda sering memberontak dan melakukan rompakan kecil tanpa fikir.

Dengan sistem ekonomi dan sosial yang rosak, ia secara langsung mempengaruhi seorang lelaki yang biasa untuk turut sama memberontak dan melepaskan kecewa dan amarah.

Akhirnya ini semua semmua telah mengorbankan Thomas Wayne ditangan Joker. Todd Phillips dengan bantuan Martin Scorsese melalui filem Joker ini nak tunjuk kepada kita bahawa penjenayah itu bukan “dilahirkan” tapi “dibentuk”.

Artikel disumbangkan oleh Niv AR untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.