Berlaku adil kepada Maya Karin, aku tak rasa lah dia ada niat nak merendah-rendahkan adik yang berumur 10 tahun tu.

Apa yang dia risau ialah seorang pelajar Darjah 4 tak dapat nak membalas soalan semudah “how old are you” dalam event “library talk”. Itu seolah-olah menunjukkan ada masalah dalam sistem persekolahan kita. Sebab tu dia tag YB Menteri Pendidikan.

Bukan dia nak kata pelajar tu tak intelligent, tak. Bahasa Inggeris ialah subjek wajib kat sekolah, kegagalan untuk menguasai BI akan menjejaskan prestasi akademik kelak.

Kita tak boleh bandingkan keadaan kita dengan Korea, Jepun atau Perancis. Subjek BI tak wajib di sekolah rendah negara-negara diorang, kerajaan diorang pun tak galakkan belajar BI sebab takut itu akan membawa pengaruh negatif kepada citra dan fikrah rakyat dia (bombastik pula ayat aku).

Cuma masalah Tweet MK yang pertama ialah petik nama Terengganu. Orang pun ingat dia cuba nak merendah-rendahkan keupayaan orang Ganu berbahasa Inggeris. Sebenarnya MK sebut nama Ganu sebab kebetulan event library talk dia buat kat situ je. Mungkin dia tak perasan kot sensitiviti melibatkan nama negeri. Patut dia “highlight” juga masalah penguasaan BI ialah masalah nasional bukan masalah Ganu saja.

Samada adik tu (1) tahu cakap BI tapi malu, (2) tahu cakap BI tapi memilih untuk cakap BM sahaja, atau (3) betul-betul tak tau cakap BI, adik tu je yang tahu. Tapi aku tak rasa (3) sebab orang Ganu yang aku kenal semua intelligent, anugerah canselor dekan ni selalunya orang Ganu yang sapu. BI ni bereh tak dok masaloh lah.

Masalah kedua Tweet MK ialah membawa nada “condescending”, atau dengan bahasa mudah, poyo. Dia jadi poyo apabila kita “highlight” masalah BI orang Melayu guna BI. Cuba kalau dia Tweet dalam BM, mungkin orang tak marah.

Dalam kehidupan harian kita kadang BI diguna di luar keperluan. BI diguna semata-mata nak tunjuk “superiority”. Cakap BM kira macam tak kelas lah. Jadi lama-kelamaan, BI dari satu bahasa yang neutral jadi bahasa yang poyo. Sampai kita bila dengar orang cakap BI je terus otomatik rasa “eeee menyampahnya”. Dan MK pun tergolong dalam golongan tersebut.

Jadi dengan gabungan dua faktor ni, kita boleh faham kenapa netizen kecam MK. Memang mengundang.

Tapi aku rasa tak perlu lah kecam sangat MK tu kalau kita faham mesej dia. Aku backup dia lah kali ni walaupun aku seorang nasionalis bahasa juga. Walaupun aku tahu backup dia pun bukan dia nak menghargai pun. Sebab tu sekarang dah malas nak backup backup.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.