Normal semasa zaman kanak-kanak, kita dihukum atas kenakalan kita oleh ibu bapa. Kalau tak kena rotan, kena kejar dengan tali pinggang. Tetapi di Eropah pada Zaman Pertengahan, kenakalan anak-anak raja/bangsawan ini dihukum bukan dengan cara menghukum mereka. Tetapi dengan cara menjadikan kanak-kanak lain sebagai pengganti yang menerima hukuman mereka. Ya, ini kisah whipping boy, penerima hukuman bagi pihak anak-anak raja/bangsawan Eropah!

Tidak diketahui bila tradisi ini bermula. Tetapi yang pasti, semua anak golongan atasan seperti raja dan bangsawan sentiasa ditemani oleh whipping boy mereka. Kanak-kanak yang dipilih sebagai whipping boy akan mendapat peluang pembelajaran sama dengan anak-anak raja/bangsawan ini.

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Tapi kalau dah nama budak, tak sah kalau tiada nakalnya. Masalahnya, macam mana nak hukum ‘budak bertuah’ ini? Ini kerana kebanyakan pengajar mereka mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada anak-anak yang diajar. Di sinilah, whipping boy memainkan peranan mereka. Setiap kali rakan mereka itu membuat kesalahan, merekalah yang menjadi pengganti bagi setiap hukuman yang dikenakan.

Kebiasaannya, si pengajar akan memukul atau menyebat si whipping boy. Kononnya dengan berbuat demikian di hadapan anak-anak raja/bangsawan ini, ia diharap dapat menyakinkan mereka untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan pada masa akan datang.

Contoh hukuman yang diterima whipping boy ialah hukuman rotan.

Tetapi sebelum ada meloncat tak tentu hala macam kera, kena ingat aktiviti pendidikan pada Zaman Pertengahan Eropah amat berbeza dengan pendidikan hari ini. Guru mempunyai hak untuk mendisiplinkan anak-anak murid mereka termasuk menghukum mereka yang tidak berdisiplin atau tidak menunjukkan minat untuk belajar.

Jadi, hukuman yang dilaksanakan oleh guru-guru ini tidak terhad kepada memukul dan sebatan sahaja. Sebaliknya, guru-guru pada ketika itu bersikap kreatif dalam menghukum pelajar-pelajar mereka. Antara hukuman biasa untuk pelajar ketika itu ialah berlutut di atas jagung dan merotan tapak tangan mereka. Ada juga yang suka merotan bahagian belakang dan punggung pelajar dengan rotan kayu panjang tetapi nipis.

Tetapi sejarawan percaya ada satu sebab lain mengapa whipping boy wujud: melindungi hak suci si anak raja terutama yang bergelar pewaris takhta. Pada Zaman Pertengahan Eropah, hak suci atau mandat daripada Tuhan merupakan satu propaganda yang digerakkan golongan raja dan bangsawan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam kalangan rakyat. Kononnya di bawah hak ini, para pemerintah menjadikan ia sebagai tanda kerendahan hati mereka untuk tunduk kepada Tuhan.

Antara raja yang pernah mempunyai whipping boy ialah Raja Perancis, Louis XV (1710–1774). Semasa zaman muda baginda, pengasuhnya Madame de Ventadour menyediakan rakan-rakan sepermainan yang sebaya dengannya. Ini termasuk anak seorang tukang kasut yang bekerja di Istana Versailles ketika itu yang diberi gelaran le hussard atau husar. Husar merujuk kepada pakaian yang dipakai kanak-kanak lelaki berkenaan.

Raja Louis XV. Sumber: Jean-Martial Fredou/CC BY-SA 4.0

Mengikut catatan seorang penaung seni Perancis bernama Marie Anne de Vichy-Chamrond, marquise du Deffand, Louis XV sentiasa tidak menunjukkan minat untuk belajar. Akibatnya, antara whipping boy yang selalu dihukum akibat sikap acuh tak acuhnya ialah si husar itu. Walaupun sudah lali melihat mereka dihukum, ia langsung tidak mengubah perangai Louis XV.

Ini menjelaskan mengapa baginda tidak peduli dengan keadaan Perancis ketika itu termasuk terlibat dalam siri konflik yang menjejaskan kedudukan kewangan kuasa Eropah itu. Kalau sanggup ambil gundik diraja daripada orang biasa diteruskan walaupun dikritik, inikan pula dasar-dasar pemerintahan baginda yang tidak berkesan. Ramai sejarawan percaya akibat masalah yang ditinggalkan Louis XV, ia menjadi pencetus Revolusi Perancis 1789 dan kemangkatan cucunya Raja Louis XVI di tangan gilotin.

Anak bangsawan pun boleh jadi whipping boy seperti dialami anak luar nikah Manuel Godoy.

Seorang lagi whipping boy yang direkodkan dalam sejarah ialah Francisco Alfonso de la Torre. Lelaki ini merupakan anak luar nikah bekas Perdana Menteri Sepanyol abad ke-18, Manuel Godoy. Mengikut catatan memoir seorang Marshal Perancis bernama François Marcellin Certain de Canrobert, de la Torre kerap dipukul sebagai pengganti hukuman yang patut dijalani oleh putera-putera raja Sepanyol.

Pengalaman pahit de la Torre diketahui de Canrobert semasa kedua-duanya sama-sama berkhidmat dalam tentera Perancis pada 1840-an. Setahunya, lelaki itu masih menyimpan rasa marah terhadap ketidakadilan yang menimpa dirinya semasa kecil. Ini ditambah dengan layanan buruk yang diterima Godoy oleh kerajaan Sepanyol sekitar abad ke-19 termasuk gelaran bangsawan yang diterimanya ditarik balik. Nama baik bekas Perdana Menteri Sepanyol itu hanya berjaya dipulihkan empat tahun sebelum beliau meninggal dunia di Paris pada 1851.

Di sebalik layanan buruk yang diterima whipping boy, ia sebenarnya meletakkan mereka pada kedudukan strategik dalam istana. Dengan menjadi teman setia anak raja/bangsawan semasa kecil, mereka boleh diharap sebagai penasihat atau paling kurang, penyimpan rahsia mereka. Sebagai tukaran kepada apa yang berlaku semasa kecil, mereka diberi kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan dikurniakan sejumlah wang yang banyak.

William Murray, 1st Earl of Dysart

Antara whipping boy yang mendapat perkara sedemikian ialah seorang lelaki bernama William Murray. Semasa kecilnya, dia merupakan teman dan whipping boy kepada bakal raja England, Charles I (1600-1649). Bertahun-tahun kemudian, Murray diangkat sebagai 1st Earl of Dysart dan Groom of the Bedchamber (nama rasmi untuk menghantar mesej rahsia raja dan memantau keselamatan baginda). Gelaran Earl of Dysart terus wujud sehingga hari ini dengan gelaran itu kini disandang oleh Lord Huntingtower (nama panjang John Peter Grant, 13th Earl of Dysart).

Whipping boy secara ringkasnya bertujuan untuk menyuntik rasa perikemanusiaan dan moral dalam diri seseorang raja/bangsawan. Yang sedia ambil jadi pengajaran, tak jadi masalah. Tetapi jika yang melihatnya ialah orang yang keras hati dan tak bermoral, maka itu mampu menukar mereka sebagai pemerintah kuku besi dan mementingkan diri sendiri. Dua aspek ini yang akhirnya menjatuhkan institusi diraja seperti disaksikan Perancis pada 1789.

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN

Vuckovic, A. (2020, 22 Disember). Fact or Fiction? The Unjust Reality of a Whipping Boy. Ancient-Origins.

Vuckovic, A. (2022, 30 Jun). Whipping Boys Were Kids Spanked in Place of an ‘Untouchable’ Young Prince. Ancient-Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply