Kebelakangan ini, sering muncul di media sosial berkaitan dengan cara yang paling berkesan untuk mendidik kanak kanak. Masing masing mempunyai pendapat sendiri dan cara tersendiri berkaitan hal ini. Namun CREATIVE MINDS juga tidak ketinggalan untuk berkongsi cara mendidik kanak kanak di awal usia. Mari kita mengenali CREATIVE MINDS dengan lebih dekat.

Muhammad SHAFIQ (Founder of Creative Minds) melalui pelbagai pengalaman sebelum tertutubuhnya CREATIVE MINDS ini. “ Selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai jurutera petroleum tetapi minat untuk terus belajar tidak pernah padam sehingga timbul idea untuk membantu melahirkan lebih ramai jurutera berkualiti.” Ujar Muhammad Shafiq.

Beliau telah didedahkan dengan teknik pendidikan menggunakan robot semasa berkelana ke luar negara untuk bekerja. Muhammad Shafiq juga turut menjelaskan bagaimana perkara ini boleh mencetuskan idea untuk menubuhkan Creative Minds. ”Saya membeli permainan robot tersebut untuk anak saya dan mendapati pengetahuan sains mereka agak terkehadapan selepas mencuba permainan tersebut. Inilah yang telah mendorong saya untuk membawa program ini ke Malaysia.

“Saya percaya bahawa kreativiti sangat penting dalam semua aspek kehidupan dan perlu dipupuk dari kecil. Kalau kita perhatikan, kanak kanak banyak belajar sewaktu bermain, maalah ada kajian menunjukkan mereka lebih mudah faham melalui pembelajaran berkonsepkan pratikal. Lihatlah betapa pentingnya peranan kreativiti di dalam proses pembelajaran. Itulah misi sebenar saya dan antara faktor kepada penubuhan CREATIVE MINDS pada 2012,” terang Muhammad Shafiq.

Creative Minds adalah satu satunya yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Creative Minds memilih Cheras sebagai cawangan pertama. Creative Minds meningkatkan minat kanak kanak terhadap sains dan matematik dengan cara mengajar mereka tentang teknologi dan kejuteraan.

“GERAN SUPERB telah banyak membantu kami daripada segi kewangan, pembelian asset, akses kepada pasaran, publisiti dan motivasi. Ia membantu kami untuk berkembang dengan lebih pesat melalui penambahan asset yang membolehkan kami beroperasi tiga (3) kali ganda daripada operasi asal dan menambah pekerja juga dapatkan khidmat nasihat secara lansung daripada TERAJU mahupun agensi agensi kerajaan yang lain,” terang Muhammad Shafiq lagi.

Beliau juga turut mengatakan bahawa mereka berpeluang untuk berkolaborasi dengan syarikat syarikat gergasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Telekom Malaysia dan Yayasan Kebajikan Budimas untuk memperkenalkan teknologi percetakan 3 dimensi (3D), malah modul pembelajaran yang digunakan berasas dari modul robotik.

Creative Minds kini mempunyai 2 buah cawangan di Negeri Selangor yang terletak di Shah Alam. Mereka juga bekemungkinan besar akan menambah cawangan di belah utara dan juga selatan.

“Pembelajaran di Creative Minds menggabungkan teori dengan demonstrasi pratikal. Kanak kanak boleh melihat sesuatu teori dizahirkan dan ia boleh mengubah sesuatu parameter untuk melihat kesannya. Apa yang sebelumnya abstrak akan menjadi lebih jelas.

“Terdapat beberapa kursus jangka pendek di sini. Saya dan rakan kongsi sentiasa memkirkan pelbagai program dan cara baru untuk mengembangkan lagi produk dan alternatif baru untuk mengembangkan lagi produk kami. Salah satu program kami yang popular ialah pertandingan robotik tahunan antara sekolah sekolah antarabangsa,” jelas Muhammad Shafiq tentang Creative Minds.

Program kurikulum yang dibangunkan mereka ada bersesuaian dengan keperluan tempatan dan turut membekalkan set set robotik untuk digunakan di kelas kelas. Maka tidak hairan Creative minds mempunyai kontrak dengan 30 buah sekolah antarabangsa dan swasta di sekitar Lembah Klang sahaja. Secara keseluruhannya, lebih kurang 3000 pelajar yang telah mendapat faedah habis mengikuti program program Creative Minds.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply