Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) memberi kesan kepada manusia tanpa mengira lapisan umur. Manusia baik tua mahupun muda berjuang di perbatasan bagi pihak Bersekutu atau Axis. Tetapi di Medan Timur (teater WWII di Eropah Timur termasuk Rusia), sebuah rejimen Ten.te.ra Merah mempunyai seorang rekrut yang berusia enam tahun!

Pada musim panas 1942, Seryozha Aleshkov atau Sergei dari perkampungan Gryn, Kaluga mendapati dirinya kini bergelar yatim piatu. Bapanya sudah lama tiada sebelum pepe.ra.ngan berlaku. Sementara ibu dan abangnya ma.ti dibu.n.uh oleh ten.te.ra Jerman selepas mengesyaki dia bekerjasama dengan kumpulan partisan Rusia yang menentang usaha pendudukan Jerman di negara itu (Operasi Barbarossa).

Dibiarkan bersendirian, si anak kecil ini merayau-rayau tanpa tujuan di hutan dalam keadaan terkejut, lapar dan tak terurus. Tetapi nasib Aleshkov berubah apabila sekumpulan unit peninjau Rejimen Pengawal Ra.if.al Ke-142 menjumpainya di situ. Melihat keadaannya itu dan mahu memastikan keselamatannya terjamin, komander rejimen Mikhail Vorobyov memilih untuk menjadikannya sebagai anak angkat dan ahli rejimen termuda.

Sejak itulah, Aleshkov berusaha menjadikan dirinya berguna dalam setiap operasi rejimen. Kebiasaannya, si kecil ini ditugaskan menghantar akhbar dan surat kepada subunit-subunit. Tetapi dia akan sentiasa pulang ke markas untuk meminta lebih banyak tugasan.

Rajah 1: Aleshkov bersama Rejimen Pengawal Ra.if.al Ke-142. Sumber: Russia Beyond

Pada satu hari, semasa Aleshkov melaksanakan tugasan hariannya, dia mengesan kedudukan sekumpulan ten.te.ra Jerman yang berperanan sebagai unit pengesan sokongan ar.ti.leri. Selepas dilaporkan kepada markas tentang kedudukan mereka, ten.te.ra Soviet segera mengha.pu.skan kedudukan pihak musuh.

Menjelang November 1942, Rejimen Pengawal Ra.if.al Ke-142 dihantar bertugas ke medan terbaru konflik Soviet-Jerman, Stalingrad (kini Volgograd). Di sinilah, keberanian si kecil ini terus menyerlah sehingga melayakkannya mendapat pingat Merit Pertempuran (For Combat Merit).

Apabila kedudukan rejimen mereka dibe.di.l dengan art.il.eri-art.il.eri Jerman, salah satu be.di.lan mengakibatkan bapa angkatnya Vorobyov tertimbus dalam runtuhan bangunan. Aleshkov cuba mengeluarkannya tetapi tidak berhasil dengan kudratnya yang tidak seberapa. Lantas, dia meminta bantuan beberapa anggota rejimen lain untuk mengeluarkannya.

Apabila mereka berjaya mengeluarkan Vorobyov, ajaibnya bapa angkat Aleshkov masih hidup walaupun masih dalam keadaan terkejut dan cedera. Dalam surat mengandungi penghargaan terhadapnya, pihak ten.te.ra menyifatkan kegembiraannya dan sayang kepada unit memberi keyakinan kepada rejimen dalam mengharungi cabaran sukar merupakan satu anugerah terindah kepada mereka. Pada ketika itu, Aleshkov baru saja berusia tujuh tahun.

Yang pasti, pengalaman te.mp.ur si kecil ini bukan mudah. Semasa menyeberangi Sungai Severny Donets, Aleshkov hampir lemas. Dan pada satu masa yang lain, kenderaan yang dinaikinya terlanggar periuk api sekaligus menyaksikan ramai ten.te.ra Soviet terbu.n.uh. Tetapi entah bagaimana, si kecil itu terselamat.

Pada satu ketika, beberapa orang ten.te.ra rejimen mencadangkan Aleshkov untuk mengenakan pakaian uniform leftenan muda Soviet. Malangnya, pengikat bahunya yang berkilat membuatkan beberapa juruterbang Luftwaffe (ten.te.ra udara Jerman) menyangka si kecil itu merupakan pegawai ten.te.ra biasa. Dan ini mendorong mereka melepaskan tem.ba.kan menerusi mesi.nga.n mereka.

Salah satu tem.ba.kan mereka mengenai tumit Aleshkov. Menurut abang angkatnya yang juga anak Vorobyov, Vyacheslav, bapanya merasa bersalah atas apa yang berlaku kerana tidak menyangka gurauan itu hampir meragut nyawa anak kesayangannya itu.

Tugasan Aleshkov di perbatasan berakhir di Poland. Komander Divisyen Ten.te.ra Ke-62, divisyen di mana si anak kecil itu berkhidmat, Jeneral Vasily Chuikov memutuskan untuk menghantarnya ke sekolah ten.te.ra Suvorov. Sebagai tanda penghargaan, beliau turut menghadiahkan sepucuk pi.st.ol Browning khas kepadanya.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menyertai dunia keten.te.raan seperti Vorobyov tidak kesampaian. Ini selepas Aleshkov didapati mengalami masalah kesihatan yang tercetus akibat merokok pada usia muda. Dia kemudiannya menyambung pengajian dalam jurusan undang-undang dan tinggal di Pergunungan Ural untuk baki hayatnya. Aleshkov menemui Penciptanya pada 1990 semasa berusia 54 tahun.

RUJUKAN:

Egorov, Boris. (2021). The six-year-old soldier who fought in WWII. Russia Beyond.

Sumber gambar: Russia Beyond


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.