Kalau kita tengok Amerika Syarikat hari ni, nampak macam satu negara besar yang bersatu. Tapi pernah tak anda tahu bahawa Amerika pernah betul-betul terbelah dua, siap berperang sesama sendiri?
Inilah yang dikenali sebagai Perang Saudara Amerika (American Civil War). Perang ini adalah salah satu konflik paling berdarah dalam sejarah negara itu.
Perang ni berlaku antara tahun 1861 hingga 1865, bila negara-negara di Selatan yang dikenali sebagai Konfederasi isytihar keluar dari Amerika Syarikat dan tubuhkan negara sendiri. 11 negeri Selatan berpisah. Mereka berpisah sebab nak pertahankan sistem perhambaan yang penting untuk ekonomi mereka.
Sebaliknya, negeri-negeri di Utara yang dipanggil Union, menentang perhambaan dan nak kekalkan negara kesatuan Amerika Syarikat. Presiden ketika tu, Abraham Lincoln, menolak idea pemisahan dan menganggap tindakan Selatan tu sebagai penderhakaan.
Maka tercetuslah perang antara dua puak ini. Bukan dengan musuh luar, tapi antara rakyat Amerika sendiri. Lebih 600,000 orang terbunuh, bandar musnah dan ekonomi lumpuh. Ini bukan perang kecil-kecilan. Ini perang besar-besaran yang hampir memecahkan Amerika jadi dua negara berasingan.
Akhirnya, puak Union menang. Perhambaan pun dihapuskan secara rasmi dan negeri-negeri Selatan dipaksa kembali menyertai Amerika Syarikat. Tapi kesan perang tu sangat mendalam.
Sampai hari ni, isu perkauman, identiti Selatan, dan peranan kerajaan pusat masih jadi topik panas dalam politik Amerika.
Jadi ya, Amerika Syarikat pernah berpecah dua. Dan kisah ni bukan dongeng, tapi fakta sejarah yang ramai orang luar kena tahu. Sejarah ini buktikan bahawa walaupun nampak gagah di luar, negara adikuasa pun boleh runtuh dari dalam kalau rakyatnya berpecah dan saling bermusuhan.
Kadang-kadang, kita boleh belajar banyak tentang perpaduan daripada sejarah perpecahan. Maka jangan pernah henti berlajar daripada sejarah.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih