Bila dengar nama Amerika Syarikat, kita sering bayangkan negara yang bawa slogan kebebasan, demokrasi dan hak asasi manusia. Tapi sejarah buktikan dalam banyak kes, AS pernah sokong diktator baik secara terbuka atau rahsia, hanya demi menjaga kepentingan strategik mereka.
Ironi? Sangat ironi.
Tapi inilah hakikat realpolitik dunia moden.
Sejak era Perang Dingin, AS muncul sebagai kuasa besar yang mendakwa dirinya pembela dunia bebas, menentang ancaman komunisme dari Soviet Union. Tapi dalam usaha itu, mereka sanggup bersekongkol dengan rejim kuku besi. Asalkan rejim itu tidak pro-komunis dan membantu kedudukan geopolitik Washington.
Contohnya, di Amerika Latin, AS bantu menjatuhkan presiden demokratik Chile, S4lvador 4llende, pada 1973. Rampasan kuasa tentera yang dinaungi CIA menaikkan 4ugusto Pin0chet. Pinochet ialah diktator yang memerintah dengan kekerasan, menyebabkan ribuan ditahan, diseksa dan hilang.
Tapi kerana dia anti-komunis dan menyokong pasaran bebas, AS terus menyokong diktator seperti Pinochet.
Di Asia Tenggara, nama Ferdinand Marcos tak asing lagi. Walaupun beliau memerintah Filipina dengan penuh korupsi, menyekat kebebasan bersuara dan menindas lawan politik, AS tetap anggap Marcos sebagai sekutu penting. Sebabnya mudah, Filipina ialah pangkalan utama tentera AS dalam membendung pengaruh komunis.
Lebih mengejutkan, S4dd4m di Iraq juga pernah jadi ‘rakan’ AS. Pada 1980-an, ketika Iraq berperang dengan Iran, AS bantu S4dd4m dengan senjata dan maklumat perisikan. Tapi bila S4dd4m dilihat tidak lagi berguna, AS sendiri gulingkannya pada 2003 atas nama demokrasi.
Apa yang jelas di sini: sokongan AS bukan berdasarkan prinsip, tapi kepentingan nasional. Selagi ada keuntungan seperti dalam bentuk minyak, laluan perdagangan, atau sekutu ideologi, Washington boleh berdiam diri, walaupun rejim itu menindas rakyatnya sendiri.
Jadi ya, Amerika Syarikat pernah menyokong diktator. Dan sejarah ini mengingatkan kita: dalam dunia geopolitik, nilai dan prinsip bukanlah panduan yang wajib dituruti.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.