Selepas berjaya mendarat di Bulan sebanyak enam kali antara 1969 hingga 1972, pihak Amerika Syarikat nampaknya ingin kembali. Ini memang berita buruk buat pencacai yang menjual diri pada falasi konspirasi, katanya semuanya satu penipuan terancang. Kalau dulu program pendaratan Bulan dipanggil Apollo.

One small step for man…

Program akan datang pula diberi nama Artemis, satu pendekatan antarabangsa yang diketuai Amerika Syarikat. Program ini dilancarkan pada tahun 2017, dibawah pentadbiran Donald J. Trump dengan tujuan untuk mendaratkan angkasawan pada permukaan Bulan di bahagian kutub Selatan (Berger, 2020).

Sasaran program Artemis jauh meninggalkan pencapaian Apollo dulu. Kali ini, Amerika Syarikat mahu:

1. Mendaratkan seorang angkawasan wanita.
2. Menyediakan tempat tinggal bersesuaian untuk pendudukan manusia.
3. Membangunkan prasarana angkasa bagi mewujudkan “ekonomi Bulan”

Sebanyak AS$35 bilion disediakan untuk memenuhi keperluan misi penting ini.

Trump Sudah Jatuh; Program Masih Berjalan

Kejayaan program Apollo dulu menganugerahkan Amerika Syarikat satu darjat yang tidak pernah dirasai sesiapa. Kerana Apollo menciptakan terlalu banyak teknologi sampingan, meningkatkan lagi pendapatan tempatan negara.

Artemis pula tidak tertumpu pada Amerika Syarikat sahaja. Banyak negara lain menyatakan hasrat untuk bekerjasama, seperti Canada, Itali, Kesatuan Eropah dan New Zealand misalnya Semua dikehendaki menandatangani Perjanjian Artemis, yang mewajibkan komitmen daripada pihak masing-masing (Park, 2021).

Mesyuarat Artemis.

Secara amnya, banyak halangan yang masih belum ditempµhi dengan baik. Salah satu halangan melibatkan pakaian angkasa yang bersesuaian dengan misi. Memandangkan Artemis mahu menempatkan manusia dalam satu jangka masa panjang, pakaian angkasa perlu menepati segala ciri-ciri yang diperlukan.

Ini bermakna, pakaian ini perlu diuji berkali-kali yang menelankan kos. Dalam bab ini, NASA tidak perlu buat teruk fikir solusi… kerana Tony Stark (Elon Musk) menyatakan hasrat untuk bantu mana yang boleh (Gohd, 2021).

Memang pihak Musk ada kena mengena pun dengan misi ini. Kerana pada 27 Mac 2020, SpaceX mengumumkan bahawa kapal Dragon XL dan Falcon Heavy sedang diubah suai untuk memenuhi kehendak Artemis.

Apa Gunanya Kembali ke Bulan?

Jujurnya itulah persoalan yang bermain dalam fikiran kerajaan Amerika Syarikat sejak zaman Richard Nixon lagi. Sudah pergi, sudah merasa, sudah balik. Kos pun sangat tinggi. Jadi tiada keperluan untuk pergi balik.

Tetapi itu tanggapan dulu. Sebenarnya ada keperluan untuk pergi balik ke Bulan. Bukannya untuk menutup mulut pentaasub falasi konspirasi. Sebaliknya, banyak ilmu sains masih belum ditimba.

Pertama sekali, Bulan adalah sebuah tempat yang stabil dan statik. Manakala Bumi aktif dan sentiasa sibuk. Jadi plat tektonik Bumi mudah kata masih ada tetapi tidak sama untuk dibandingkan dengan zaman awal pembentukan planet.

Maka Bulan boleh menjadi contoh, tambah pula dengan kebanyakan batu silam yang meninggalkan jawapan tentang soalan-soalan asal-usul Bumi.

Kedua pula, aktiviti seismologi Bulan perlu dirakam. Dulu program Apollo ada meninggalkan alat pengukur seismologi yang ditutup beberapa tahun kemudian untuk menjimatkan kos. Robot setakat ini tidak mampu melaksanakan misi ini.

Kena ada orang juga. Jadi dua faktor ini boleh menjadi sandaran untuk memahami keperluan untuk kembali ke Bulan.

Banyak perkara lagi boleh disingkap dengan pendaratan Bulan, tambah pula jika ada program berpanjangan seperti Artemis. Sebarang sentuhan infrastruktur boleh memberi limpahan kepada semua sektor sedia ada, sekali gus memajukan teknologi semasa yang akan menyenangkan kehidupan manusia.

RUJUKAN:

Berger, E. (2020, Mei 20). NASA’s full Artemis plan revealed: 37 launches and a lunar outpost. Ars Technica.

Park, S. (2021, Ogos 19). South Korea touts Artemis Accords as a way to settle international space issues. Space News.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.