Kalau kita tengok peta dunia dan tandakan semua lokasi pangkalan tentera Amerika Syarikat, hampir tiada ruang yang kosong.
Dari Eropah ke Asia, Timur Tengah sampai ke Pasifik:bendera Amerika berkibar di merata tempat!
Menurut beberapa laporan terkini, AS memiliki lebih 750 pangkalan tentera di luar negara, melibatkan lebih 80 buah negara. Angka ni bukan biasa-biasa. Ini luar biasa.
Soalan pertama yang patut kita tanya: kenapa?
Jawapan ringaksnya adalah sebab Amerika nak kekal sebagai kuasa dominan dunia.
Selepas Perang Dunia Kedua, AS muncul sebagai kuasa besar yang bukan sahaja menang perang, tapi juga menguasai naratif global dalam ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan.
Untuk kekalkan kedudukan ni, mereka tak cukup dengan hanya ada tentera yang kuat. Mereka perlu ada di mana-mana. Sebab tu, dari Jepun sampai Jerman, dari Qatar sampai Guam. Ada je pangkalan mereka.
Tapi ini bukan sekadar soal pertahanan. Ini soal pengaruh.
Pangkalan tentera bukan hanya tempat simpan senjata atau letak askar. Ia adalah simbol bahawa “kami boleh bertindak bila-bila masa”. Ia adalah mesej kepada musuh dan rakan: jangan main-main.
Dalam dunia diplomasi antarabangsa, siapa yang boleh bergerak pantas dan menghantar kekuatan ke mana-mana zon konflik, dialah yang ada kelebihan. Amerika tahu perkara ni sejak dulu lagi.
Ambil contoh Timur Tengah. Kenapa AS ada banyak pangkalan tentera di situ?
Sebab itu kawasan paling strategik dari segi minyak dan geopolitik. Kalau ada apa-apa pergolakan, AS dah pun ada kehadiran fizikal. Tak perlu susah-susah gerakkan kapal perang dari benua lain, semuanya dah tersedia.
Tapi, bukankah benda ni mahal?
Ya, sangat mahal. Berbilion dolar setiap tahun.
Tapi bagi Amerika, itu bukan pembaziran. Itu pelaburan. Mereka bayar harga untuk kekal sebagai “polis dunia”. Mereka percaya kalau tak buat macam tu, kuasa lain seperti China atau Rusia akan isi kekosongan tu.
Dan ya, memang ada kritikan. Dalam negara sendiri pun ramai rakyat AS soal kenapa wang cukai mereka digunakan untuk jaga pangkalan di negara lain sedangkan jalan raya sendiri rosak, sistem kesihatan porak-peranda.
Tapi dari sudut strategi global, Pentagon ada logik sendiri: lebih baik bertindak jauh dari tanah air, daripada tunggu ancaman sampai ke pintu rumah.
Apa yang lebih menarik, banyak negara sebenarnya rela jadi tuan rumah pangkalan tentera AS. Kenapa? Sebab ia jaminan keselamatan. Negara kecil rasa lebih selamat bila ada askar Amerika di tanah mereka.
Tapi dalam masa yang sama, mereka juga perlu akur dengan kehendak Washington. Sebab itu ada yang kata, “bila kau izinkan askar luar tinggal, kau bukan sekadar kongsi tanah, kau kongsi kuasa dengan aku.”
Jadi, apa maknanya semua ni?
Maknanya mudah: kuasa dunia tak hanya diukur semata-mata dengan saiz ekonomi atau jumlah senjata. Tapi juga diukur melalui kehadiran sebenar di medan antarabangsa.
Dan dalam hal ni, Amerika masih lagi mendahului semua.
Selagi pangkalan mereka bertaburan di seluruh pelusuk bumi, selagi itu dunia bergerak mengikut rentak Washington. Soal adil atau tidak, itu cerita lain.
Yang pasti: inilah realiti dunia kita hari ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.