Ramai tak tahu, kuasa besar dunia hari ini iaitu Amerika Syarikat pernah cuba tawan Kanada. Ya, jiran utara mereka sendiri. Tapi cubaan tu gagal teruk, dan sampai sekarang, sejarah ini dianggap antara misi ketenteraan paling memalukan dalam sejarah Amerika.
Cerita ini berlaku masa Perang 1812, antara Amerika Syarikat dan British.
Ketika itu, Kanada masih di bawah kuasa British. Amerika, yang masih berdiri sebagai negara muda lepas merdeka dari Britain, mula rasa mereka cukup kuat untuk ‘mengambil alih’ Kanada. Kononnya sebagai langkah pembebasan.
Rakyat dan pemimpin Amerika waktu tu yakin orang Kanada akan sambut mereka sebagai hero. Mereka bayangkan orang Kanada tak suka British dan akan menyebelahi AS. Tapi rupanya, itu hanyalah angan-angan.
Amerika mula lancarkan beberapa kempen serangan ke atas Kanada.
Tapi semuanya gagal. Mereka terlalu yakin dan pandang rendah pada kekuatan British serta militia tempatan Kanada. Salah satu pertempuran penting berlaku di Niagara dan Quebec, kedua-duanya menyaksikan kekalahan teruk Amerika.
Tapi yang paling memalukan berlaku di Detroit. Tahun 1812, satu pasukan tentera Amerika menyerah kalah kepada pihak British tanpa banyak tentangan walaupun jumlah Amerika lebih ramai. Serius, askar menyerah tanpa sempat bertempur sepenuhnya. Malu besar.
Tambahan pula, pihak British waktu tu turut dibantu oleh pahlawan-pahlawan Orang Asli, termasuk legenda bernama Tecumseh. Mereka bukan saja pertahan tanah air, tapi buktikan semangat juang mereka lebih tinggi dari tentera Amerika yang cuba jadi ‘penjajah baru’.
Perang ni akhirnya tamat pada tahun 1814 melalui Perjanjian Ghent. Tiada siapa menang secara rasmi. Sempadan kekal macam biasa. Tapi Amerika, seperti biasa, cuba tampilkan mereka sebagai “pemenang”.
Propaganda tetap propaganda.
Namun, hakikatnya jelas, Amerika gagal tawan Kanada. Dan kegagalan ni jadi pengajaran besar: cita-cita besar belum tentu bawa kejayaan.
Sampai hari ini, Kanada tetap utuh. Bangga jadi negara yang pernah bertahan daripada serangan Amerika.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.