Bunyi macam gurauan, tapi ini kisah benar. Amerika Syarikat pernah berperang demi pisang. Antara penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20, AS terlibat dalam siri konflik ketenteraan di Amerika Tengah dan Caribbean yang dikenali sebagai “Banana Wars”.
Tapi perang ini bukan semata-mata kerana pisang, tetapi kerana syarikat-syarikat besar Amerika yang mahu menguasai industri pertanian. Khususnya pisang, gula dan kopi di negara-negara seperti Honduras, Nicaragua, Cuba dan Panama.
Ketika itu, beberapa syarikat Amerika seperti United Fruit Company (yang kini dikenali sebagai Chiquita Brands) mempunyai pelaburan besar dalam ladang pisang di rantau tersebut. Mereka bergantung kepada kestabilan politik dan cukai rendah bagi mengaut keuntungan maksimum.
Masalahnya, negara-negara itu sering bergolak. Selalu berlaku rampasan kuasa, konflik dalaman dan ketegangan politik.
Maka, bila mana kerajaan tempatan bertindak mengancam kepentingan ekonomi syarikat Amerika, kerajaan AS pun campur tangan dengan menghantar tentera laut dan marin. Kononnya untuk “melindungi kepentingan Amerika” dan “menjaga kestabilan”, padahal yang dilindungi sebenarnya ialah syarikat korporat besar.
Sebagai contoh, di Honduras sahaja, tentera AS masuk campur lebih dari tujuh kali antara 1903 dan 1925. Sampai negara itu digelar “republik pisang” kerana terlalu tunduk pada kuasa asing dan syarikat pisang.
Di Nicaragua, AS sokong rejim yang akur pada kehendaknya dan bantu bina rejim boneka. Tentera AS juga pernah menceroboh Haiti dan Republik Dominican, kononnya untuk stabilkan ekonomi, tapi hakikatnya demi syarikat yang mengaut hasil bumi tempatan.
Kesan jangka panjangnya?
Negara-negara itu kekal lemah, bergantung kepada eksport pisang dan sering kali diperintah oleh diktator yang rapat dengan Washington. Perkara ini membentuk imej buruk AS sebagai kuasa imperialis ekonomi yang menggunakan kekuatan tentera untuk melindungi korporat, bukan rakyat.
Sejarah Banana Wars jadi peringatan pahit bahawa peperangan moden tidak selalu berlaku demi prinsip atau keselamatan. Kadangkala ia hanya demi buah pisang dan keuntungan syarikat gergasi.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami untuk mempopularkan ilmu dan kebenaran kepada masyarakat umum.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham bahawa tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.