Pentadbiran Donald J. Trump mempunyai unsur kelainan yang membezakan dirinya dengan pemimpin-pemimpin lain. Selalunya negara-negara sedunia mengalu-alukan kedatangan China.

Namun Amerika Syarikat sekarang ingin menyekat kemasukan warga-warga China yang menganggotai Parti Komunis (Restuccia & Lubold, 2020).

Jika dibuat, penyekatan ini mungkin yang terbesar di dunia kerana Parti Komunis China mempunyai 92 juta ahli.

Kenapa Perlu Diharamkan?

Semua orang umumnya tahu yang Trump tidak begitu mesra terhadap China.

Sejak berkempen lagi, Trump menjaminkan tindakan tegas terhadap China kerana mengamalkan dasar kelanvnan mencvri barangan-barangan tempatan dan harta intelek (Palmer & Schreckinger, 2015).

Maka dengan demam koronavirus, Trump mempunyai alasan baharu untuk merancakkan lagi agenda luar negaranya.

Mengikut rancangannya, perintah eksekutif ini akan mengurangkan kemasukan orang jauh lebih sedikit berbanding waktu pra-koronavirus (Mozur, 2020).

Melihat secara meluas, warga-warga China mengunjungi Amerika Syarikat demi perniagaan.

Kalau mereka tidak memiliki perniagaan tersebut, mereka sekurang-kurangnya berbelanja. Ataupun ada yang akan belajar di universiti-universiti terkemuka (yang bukan percuma).

Maka menutup pintu terhadap China (negara populasi paling besar dunia) boleh mengundang seng4tan terhadap ekonomi Amerika Syarikat.

Siapa Ahli-Ahli Parti Komunis?

Apabila dengar nama komunis, tentu sekali pemakaian seperti Kesatuan Soviet akan muncul di minda. Hakikatnya, ahli-ahli Parti Komunis China tidak menepati stereotaip ini secara menyeluruh.

Sebaliknya mereka kadangkala berpakaian seperti orang biasa pun.

Malah dalam kalangan komunis ini pun ramai yang berbeza pandangan.

Contohnya Dr Li Wenliang yang menceritakan tentang koronavirus di atas talian. Beliau merupakan ahli parti. Tetapi beliau disoalkan polis sebelum m4ti kerana koronavirus itu sendiri (Buckley, 2020).

Selain Dr Wenliang, ada saja dalam kalangan ahli-ahli komunis yang menjalankan perniagaan penjagaan kanak-kanak. Syarikat-syarikat teknologi pun diuruskan ahli, begitu juga dengan para pelakon dalam filem-filem China terkemuka.

Kiranya Parti Komunis China mempunyai kelompok ahli yang begitu besar, sehinggakan penutupan pintu boleh mengundang tempias buruk.

Apabila orang-orang biasa pun terpaksa membalas harga mahal kerana pembesar-pembesar politik, tentu sekali ia boleh memberikan tekanan terhadap kerajaan China.

Apakah Logik Untuk Sekat Semua?

90 juta ialah angka yang sangat besar. Malah Beijing sendiri tidak mampu mengenalpasti setiap seorang ahlinya, berkemungkinan juga angkanya dikembangkan.

Maka tidak mungkin Amerika Syarikat boleh meletakkan sekatan secara tepat.

Namun Amerika Syarikat mungkin boleh melaksanakan perintah ini terhadap golongan yang sah mempunyai jawatan dalam parti.

Ahli-ahli politik China (dan kaum keluarga mereka) amat bergantung dengan sistem komunisme untuk mengekalkan kestabilan. Musuh politik juga mengundang pendekatan penuh kerahsiaan.

Misalnya Xi Jinping menghantarkan anaknya Xi Mingze untuk belajar di Harvard dengan menggunakan nama palsu (NZ Herald, 2020).

Walau apa pun caranya, pendekatan ini boleh menunding jari balik terhadap Jinping.

Ahli-ahli akademik dan perniagaan perlu menceritakan keahlian parti mereka – ataupun pergi secara haram yang tentu sekali boleh mengundang pengusiran dan sekatan bertahun-tahun.

Kebarangkalian Rendah Untuk Dilaksanakan

Harus juga diamati potensi pelaburan-pelaburan China yang tidak memasuki Amerika Syarikat.

Melihat realiti sekatan yang diamalkan White House (walaupun dalam bentuk draf), tentu sekali Canada dan Mexico paling beruntung. Banyak perkara mungkin akan diambil kira yang barangkali draf ini dikoyakkan begitu sahaja.

Malah dalam usaha ke arah pilihanraya, Trump juga dilihat lebih sejuk terhadap China (Wong & Crowley, 2020). Trump sendiri buat masa sekarang tidak begitu lantang mengecam perkembangan politik di Hong Kong dan Xinjiang.

RUJUKAN:

Buckley, C. (2020, Februari 6). Chinese doctor, silenced after warning of ovtbr3ak, d13s from coronavirus. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/02/06/world/asia/chinese-doctor-Li-Wenliang-coronavirus.html

Mozur, P. (2020, Julai 16). U.S. Wants to Bar Members of China’s Communist Party. Who Are They?. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/07/16/world/asia/china-communist-party-travel-ban-explain.html

NZ Herald. (2020, Jun 13). Xi Mingze: Who is Chinese president Xi Jinping’s daughter? Retrieved from https://www.nzherald.co.nz/world/news/article.cfm?c_id=2&objectid=12339643

Palmer, D., & Schreckinger, B. (2015, Oktober 11). Trump vows to declare China a currency manipulator on Day One. Politico. Retrieved from https://www.politico.com/story/2015/11/donald-trump-china-currency-manipulation-215679

Restuccia, A., & Lubold, G. (2020, Julai 16). Trump administration discussing travel ban on China’s Communist Party members. The Wall Street Journal. Retrieved from https://www.wsj.com/articles/trump-administration-discussing-travel-ban-on-china-s-communist-party-members-11594914737

Wong, E., & Crowley, M. (2020, Jun 18). The biggest obstacle to China policy: President Trump. The New York Times. Retrieved from https://www.nytimes.com/2020/06/18/us/politics/trump-china-bolton.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.