Amaterasu merupakan dewi utama dalam kepercayaan Shinto. Walaupun secara umum dianggap sebagai dewi matahari, Amaterasu juga dipercayai memerintah Takama no Hara (Dataran Tinggi Kayangan) yang merupakan alam bagi kami. Dewi ini juga dikenali sebagai dewi yang melahirkan susur-galur maharaja-maharaja Jepun.
Monarki Jepun dianggap sebagai monarki turun-temurun yang paling tua di dunia, dengan permulaannya adalah seawal kurun ke-7 Sebelum Masehi. Seperti monarki-monarki purba yang lain, Maharaja-Maharaja Jepun mengaitkan jalur keturunan mereka dengan unsur dewata.
Menurut kepercayaan Shinto, Amaterasu merupakan anak perempuan kepada Izanagi dan Izanami, dua dewata awal yang dipercayai bertanggungjawab mencipta kepulauan Jepun.
Amaterasu dilahirkan semasa bapanya, Izanagi meloloskan diri dari Alam Kematian sejurus kegagalannya dalam menyelamatkan isterinya yang sudah mati. Ketika berada di Sungai Woto, Izanagi melakukan ritual penyucian untuk membersihkan diri. Tepat ketika dewa itu membasuh mata kirinya, Amaterasu pun lahir.
AMATERASU BERKURUNG DI DALAM GUA
Terdapat sejumlah mitos yang memerihalkan Amaterasu. Mungkin mitos yang paling masyhur adalah kisah di mana beliau mengurung diri di dalam sebuah gua selepas berkonflik dengan adiknya, Susanoo si dewa laut dan ribut. Dikisahkan bahawa Susanoo menimpakan kehuru-haraan ke atas bumi dengan menghancurkan sawah-sawah padi, mencabut pokok-pokok dan bahkan meruntuhkan bangunan-bangunan suci.
Kesabaran Amaterasu mencapai hadnya apabila adiknya itu memecahkan bumbung dewan tempat dewi itu beristirehat sambil menyaksikan dewa-dewa lain yang sedang menenun jubah kayangan. Dalam kejadian itu, Susanoo melemparkan jasad kuda besar yang kulitnya telah disiat sehingga mengakibatkan ramai yang tercedera dan ada pula yang terkorban.
Susulan daripada kejadian itu, Amaterasu mengambil keputusan untuk berkurung di dalam sebuah gua yang terletak di tengah-tengah dunia, dikenali sebagai Ama-no-Iwato (Gua Batu) dan enggan keluar. Akibatnya, dunia pun dihumban ke dalam kegelapan total. Dewata-dewata lain (yang jumlah keseluruhannya adalah 800) memohon supaya dewi matahari itu keluar dari gua, namun permintaan tersebut tidak diendahkan.
Namun akhirnya, menerusi berubah menerusi satu helah yang membuatkan si dewa itu menyangka bahawa mereka telah menemukan seseorang/sesuatu yang boleh menggantikan peranannya sebagai penyuluh cahaya buat dunia, para dewa berjaya mempengaruhi Amaterasu untuk keluar daripada gua berkenaan.
Sebaik sahaja Amaterasu membuka sedikit pintu gua untuk melihat apa yang sedang berlaku, langsung sahaja para dewa mendapatkan beliau dan membawanya keluar, lalu dihalang daripada memasuki gua semula.
KERABAT-KERABAT AMATERASU
Amaterasu mempunyai seorang cucu bernama Ninigi-no-Mikoto yang menjadi pemerintah dunia daratan memandangkan bapanya, Ama-no-Oshiho-mimi enggan mengambil peranan tersebut ketika ditawarkan oleh Amaterasu. Amaterasu memberikan tiga hadiah magis kepada cucunya itu untuk membantunya. Hadiah tersebut adalah Yasakani – sebentuk permata atau mutiara, Yata – sebingkai cermin, dan Kusanagi – sebilah pedang. Barang-barang ini kemudiannya menjadi regalia atau alat kebesaran Maharaja-Maharaja Jepun.
Cicit Ninigi, iaitu Jimmu menjadi Maharaja Jepun yang pertama pada tahun 660SM. Dalam erti kata lain, maharaja-maharaja Jepun mempunyai jalur-keturunan yang sampai kepada Dewi Amaterasu. Dalam sepanjang sejarah Jepun, maharaja-maharaja mereka dianggap memiliki ciri kedewataan. Walau bagaimanapun, anggapan tersebut tidaklah bermaksud bahawa mereka itu adalah makhluk luar biasa.
Sebaliknya, ia membawa pengertian bahawa maharaja bertanggungjawab untuk melakukan ritual-ritual tertentu demi memastikan pemerintahannya dilindungi dan dikurniakan keharmonian. Tambahan lagi, maharaja Jepun menyandang kuasa politik yang kecil dalam kebanyakan tempoh sejarah mereka sehinggalah berlakunya Revolusi Meiji.
Berikutan kekalahan Jepun di tangan Tentera Persekutuan dalam Perang Dunia Kedua, Maharaja Hirohito dipaksa untuk menggugurkan daulat yang memiliki kaitan dengan jalur kedewataannya itu. Namun menurut para revisionist, status tersebut sama sekali tidak berubah – ia hanyalah satu propaganda yang dilancarkan oleh pihak yang menang dalam cubaan untuk mencantas hubungan baik antara Maharaja dan rakyat Jepun. Apapun, sehingga ke hari ini masih terdapat sebilangan rakyat Jepun yang memuliakan (menyembah) maharaja mereka – di kala sebahagian yang lain pula beranggapan bahawa Maharaja sudah tidak mempunyai sebarang fungsi lagi di zaman moden.
DIOLAH DAN DITERJEMAHKAN DARI:
Wu Mingren. (30 Oktober 2017). Solar Goddess Amaterasu, Divine Ancestor of the Japanese Imperial Family. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/myths-legends-asia/solar-goddess-amaterasu-divine-ancestor-japanese-imperial-family-009054
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih