Setiap insan yang mempunyai jiwa usahawan dalam dirinya pasti mempunyai impian untuk memiliki perusahaan sendiri. Zalina Zainuddin telah menyimpan hasrat untuk memliki kedai Bunga dan butik pengantin sejak beliau di bangku sekolah lagi. Beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja walaupun telah menabur bakti di syarikat pasaraya Parkson walaupun mereka telah bersama sehingga lapan tahun. Tahun 2006 menjadi detik permulaan untuk beliau bersama suami masuk dalam industri perniagaan. Mereka membuka butik pengantin yang diberi nama Nuralinan Services.

Perniagaan mereka ini bermula dengan menggunakan modal sendiri dan juga rumah sendiri sebagai ruang kerja selama Sembilan bulan. Hasil dari perniagaan itu, beliau berjaya membuka sebuah kedai dekat Sungai Penchala.

Zalina juga mencari alternatif lain untuk mengembangkan modal niaganya, lalu beliau memohon pinjaman dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM 3000 melalui Pinjaman Mesra AIM. Peralatan pelamin yang lebih banyak dan juga menyeluruh berjaya didapatkan melalui wang pinjaman itu.

Skim pembiayaan kredit mikro dengan faedah 1% sebulan kepada golongan berpendapatan rendah juga disediakan oleh AIM untuk mengusahakan perniagaan yang berasaskan kemahiran. Zalina turut  mengambil skim skim lain yang disediakan seperti Pinjaman Mesra, Pinjaman Sejahtera dan Pinjaman Wibawa untuk membesarkan perniagaan

 “RM 6.7 Bil pinjaman diperuntukkan sejak 2011 sehingga ogos 2015”

Dari pembiayaan yang diterima, beliau melakukan kerja kerja pemasaran yang sangat aktif melalui media cetak dan berjaya berpindah ke kedai yang lebih besar. Teknik pemasaran beliau boleh dikatakan berjaya kerana butik beliau pernah digunakan untuk set pengembaraan drama di samping menhadi tajuk muka hadapan edisi khas Pengantin majalah Wanita.

AIM juga bukan hanya fokus kepada membantu dengan dana pembiayaan tetapi merka akan diberikan latihan dan bimbingan yang berterusan. AIM juga sentiasa memperkasa sosioekonomi komunitinya melalui ekosistem yang bersepadu dengan membentuk Pusat Sahabat.

“236,199 kemasukan sabahat baru dari tahun 2011 sehingga Ogos 2015”

Melalui Pusat  Sahabat, Beliau boleh membalas jasa pertolongan AIM dengan membantu sahabat AIM yang masih baru atau kurang pengalaman. Beliau juga diangkat sebagai Timbalan Ketua Pusat Nurkasih iaitu pusat komuniti AIM di Sungai Ara.

“8544 orang sahabat berpendapatan lebih RM3500 sebulan telah dilahirkan.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Leave A Reply