Teknologi sains yang semakin maju telah banyak menyumbangkan ilmu tentang kehidupan prasejarah. Kalau dulu, masyarakat umum melihat manusia prasejarah seperti beruk jadian.

Tetapi hari ini, prasangka sebegini telah berubah. Orang masih dengan pemahaman seperti konsep beruk jadian mungkin terbuai dengan gambaran-gambaran 1970-an yang tiada asas saintifik pun.

Manusia prasejarah sebenarnya pandai memasak. Mereka bukan setakat pandai melukis. Malah mereka mengurangkan oksigen dalam gua (dengan menggunakan api) untuk berkhayal sebelum melukis (Ankel, 2021).

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walau bagaimanapun, manusia prasejarah tidak mempunyai undang-undang terperinci seperti hari ini. Memanglah tidak adil kalau banding zaman sekarang dengan gaya hidup zaman purba. Kerana dulu, orang selamba menikmati daging manusia. Majoriti dunia hari ini menolak kani.balisme.

Tetapi ada masyarakat masih mengamalkannya. Malah, pada masa tertentu, manusia terpaksa menjadi kani.bal, contohnya di Leningrad ketika Per.ang Dunia Kedua dulu (Kirschenbaum, 2006).

Ketika Leningrad dike.pung.

Sekitar 800,000 tahun lalu, terdapat sebuah komuniti yang berkampung di Pergunungan Atapuerca dalam wilayah Sepanyol. Atapuerca memang kaya dengan rizab arkeologi tidak terhingga terutamanya di sebuah tapak bernama Gran Dolina. Dan saintis pula mengenal pasti bahawa komuniti di sini mengamalkan budaya kani.balisme.

Pada tahun 1991, saintis mengeluarkan dua rangka fosil daripada Gran Dolina. Kedua-dua rangka – H1 dan H3 – ini berusia sekurang-kurangnya 780,000 tahun, begitu lama disembunyikan tanah.

Saintis yakin yang H1 berusia 13 tahun, dan H3 pula dalam 11 tahun (mungkin adik H1). H3 pula lebih popular dengan nama “The Boy of Gran Dolina”.

Kedua-dua remaja Gran Dolina ini dipercayai berjantina lelaki, meninggal dunia kerana disem.belih puak kani.bal di Atapuerca. Kemajuan teknologi kemudian mengejutkan para saintis.

Mereka menjalankan analisis terperinci dengan menggunakan mikroskop canggih. Gigi H1 dan H3 diperhati dengan begitu teliti.

Rangka H3.

Dan saintis terlihat ada perbezaan ketara antara dua sampel ini. Gigi H1 dan H3 sememangnya manusia… tetapi ada perbezaan ketara terutamanya bab jantina.

Kaedah Kajian The Boy of Gran Dolina

Saintis sebenarnya bergelut juga untuk faham tentang H1 dan H3. Tulang-temulang mereka dima.mah usia habis. Jadi proses pengenalpastian memakan masa. Dengan sampel yang sudah terjejas, saintis hanya bergantung pada gigi mata (cuspid teeth).

Selama ini gigi mata banyak membantu saintis untuk mengenal pasti jantina Homo neanderthalis. Walaupun budak-budak Gran Dolina adalah Homo antecessor, gigi mata masih mempunyai peranan besar.

Manusia antecessor hidup dalam kelompok. Aktiviti kemasyarakatan mereka mempengaruhi urusian harian, kerana mereka giat membµrµ dan kemudian berkongsi makanan. Tubuh badan mereka pun tidak jauh beza dengan manusia moden (Homo sapiens).

Ini bermakna gigi antecessor terbentuk elok selepas usia enam tahun. H3 berusia 11 tahun sebelum ditimpa nasib yang malang. Giginya sudah tumbuh dengan sempurna pada masa itu.

Jadi saintis hanya perlu menggunakan teknologi imbasan X-ray yang serba maju. Dua benda diutamakan saintis: 1) isipadu tisu dan 2) keluasan permukaan antara dua gigi.

Dapatan ini kemudian dibandingkan dengan tiga sumber: i) imbasan gigi manusia moden, ii) rangka tapak Krapina dan 3) rangka lain daripada kawasan Atapuerca.

Lalu mereka mencapai satu kesimpulan (tentang jantina) yang tidak boleh dinafikan. Pertama sekali, permukaan enamel gigi H3 lebih luas berbanding H1. Kedua, gigi H1 agak besar dengan tisu dentin lebih padat. Maka H1 memang sah lelaki. Tetapi H3 pula merupakan seorang perempuan.

“The Boy of Gran Dolina” sebenarnya ialah “The Girl of Gran Dolina”, berusia 9 hingga 11 tahun apabila dibµnµh untuk menjadi makanan kan.ibal (Wiesberger, 2021). Selain daripada H1 dan H3, saintis menemui 22 rangka antecessor di Gran Dolina.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Semuanya dima.kan orang. Tulang mereka ret.ak seribu dengan sumsum disedut habis.

Yang sedih lagi menyedihkan, The Girl of Gran Dolina belum pandai mela.wan kerana masih kecil. Kalau banding dengan binatang bu.as, anak gadis ini jauh lebih mudah. Selepas tangkap, bela.sah sampai lemah… dan kemudian masak.

RUJUKAN:

Ankel, S. (2021, April 11). Prehistoric cavemen starved themselves of oxygen to induce hallucinations and inspire their ancient paintings, study finds. Business Insider.

Kirschenbaum, L.A. (2006). The Legacy of the (ditapiskan) of Leningrad, 1941-1995: Myth, Memories and Monuments. Cambridge University Press. Halaman 239.

Weisberger, M. (2021, April 17). Prehistoric (ditapiskan) (ditapiskan) found in (ditapiskan) cave ID’ed as a young girl. Live Science.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.