Afghanistan ada satu sisi gelap yang mencelakakan. Kerana sisi gelap ini sebenarnya berjaya meletakkan seakan-akan dorongan kebudayaan pada sesuatu amalan yang mengundang dosa.

Bermakna “dosa individu” telah dinormalisasikan sampai ke tahap ia tidak dianggap suatu dosa. Itulah rumusan paling ringkas untuk faham tentang amalan bacha bazi. Namanya saja sudah cukup untuk menimbulkan rasa menyampah… apatah lagi perbuatannya.

Bacha bazi ini sebenarnya adalah sejenis versi pada perhαmbααn. Afghanistan memang masih ketinggalan zaman dalam banyak perkara.

Siri peperαηgαη dan perpecαhαη dalam kalangan penduduk menyebabkan negara ini terperαηgkαp dalam kancah yang lapuk. Jadi tidak pelik bacha bazi masih diamalkan. Sesiapa yang kaya memang terjerumus dalam kancah ini.

Mereka akan membeli budak lelaki untuk dilatih dalam buah tarian yang mengghairahkan. Kemudian budak ini perlu menari dalam sebuah majlis hanya dihadiri para lelaki (Haidare, 2020). Jadi semua fahamlah apa yang akan berlaku.

Amalan ini sangat berbeza untuk dibandingkan dengan perkahwinan sejenis di Barat. Sebenarnya tidak sama langsung. Perkahwinan sejenis di Barat adalah persetujuan antara dua pihak.

Manakala bacha bazi pula memaksa golongan anak muda ini untuk “terima hakikat” yang mereka ini adalah alat kepuasan sahaja.

Mereka sebenarnya dibelenggu dengan stigma kemasyarakatan. Tidak boleh lari. Tidak boleh diselamatkan. Ramai dalam kalangan mereka berasal daripada keluarga serba miskin, yang mudah diµgµt andainya ada “masalah” (Qobil, 2010).

Ini sudah menjadi realiti kepada keluarga yang mempunyai anak lelaki. Datangnya Amerika Syarikat pada tahun 2001 patutnya menjadi penyelamat. Walau bagaimanapun, peranan Amerika Syarikat adalah berbeza untuk dibandingkan dengan persepsi umum.

Amerika Syarikat pergi ke Afghanistan untuk memastikan peristiwa 9/11 takkan berlaku lagi. Dan mereka berjaya, dengan menundukkan kumpulan pimpinan Osama bin Laden. Tugas mereka sudah lama selesai…. tetapi mereka enggan menggalas kerja “pentadbiran”.

Disebabkan itulah ramai dalam kalangan anggota Amerika Syarikat diperintah supaya tidak ambil peduli tentang anak-anak Afghanistan yang menjadi mαηgsα anggota Afghanistan (Goldstein, 2015). Ramai dalam kalangan polis Afghanistan mengamalkan perbuatan ini. Pada tahun 2011 misalnya, seorang ibu di Afghanistan terpaksa menelan amarah kerana anak lelakinya dirantai seorang anggota polis bernama Abdul Rahman. Anaknya baru berusia 12 tahun sudah menjadi mangsa rθgθl.

Lalu pihak Amerika Syarikat bertanya pada Rahman, jika dakwaan ini benar. Rahman boleh ketawa ketika mengaku. Dua anggota Amerika Syarikat hilang sabar lalu membelαsαh Rahman cukup-cukup (Jahner, 2015).

Bukan Rahman saja yang buat kerja ini. Ramai lagi menurut serta. Ada yang mewajarkan amalan ini dengan kenyataan tajam: “kalau kami tidak menjolok dubur budak-budak ini, habis kami nak jolok apa? Faraj nenek kami?” (Anderson, 2013).

Inilah barangkali punca kenapa Dunia Islam banyak yang diam melihat Afghanistan kembali tenggelam dalam kancah Talibanisme, memandangkan Taliban sahaja ada political will untuk hapuskan budaya ini. Semua seolah-olah tidak peduli pun tentang Afghanistan, kerana tahu kerosαkαn dalam budayanya.

Namun, ada satu perkara yang jelas: selagi mana semua diam, maka makin menjadi-jadilah kegilaan ini.

Masalahnya, undang-undang anti-bacha bazi ini tidak dikuatkuasakan pun. Kerana ramai dalam kalangan pengamalnya adalah golongan penting dan berkuasa.Di Afghanistan, undang-undang adalah perkara kedua. Perlembagaan pun boleh jadi tisu tandas saja. Yang penting bagi mereka adalah adat istiadat dan pemikiran berkabilah ala-ala suku puak. Mungkin inilah sebab Afghanistan takkan ke mana.

Sementara dunia jauh meninggalkan mereka, Afghanistan hanya terduduk dan terbaring di tempat sama. Yang kaya bukan makin kaya. Yang kaya makin melampau. Walhal mulut berkumat-kamit membibit ayat al-Fatihah setiap kali bersolat.

RUJUKAN:

Anderson, B. (2013, Mei 6). This Is What Winning Looks Like. Vice.

Goldstein, J. (2015, September 20). U.S. Soldiers Told To Ignore (ditapiskan) (ditapiskan) of Boys by Afghan Allies. The New York Times.

Haidare, S. (2020, Ogos 11). ‘Bacha bazi’ outrage after (ditapiskan) takes play to the small screen. BBC.

Jahner, K. (2015, Oktober 1). ‘One of the best’: Defenders show support for ousted Green Beret.

Qobil, R. (2010), September 7). The (ditapiskan) (ditapiskan) dancing byos of Afghanistan. BBC.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.