Pernah Dengar Jalan Raja Chulan? Royale Chulan Hotel? Mungkin ada pernah dengar tetapi siapakah Raja Chulan ini? Seunik namanya Raja Chulan merupakan anak raja Perak yang menjadi orang Melayu Pertama berkhidmat dengan Malay Civil Services. Malah pernah menjawat jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan awam British.

Dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1869 dan dinamakan dengan nama YTM Raja Chulan Ibni Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah 2. Untuk pengetahuan Almarhum Sultan Abdullah inilah yang telah memberi perkenan rancangan pembunuhan JWW Birch dan telah dibuang ke Pulau Seychelles. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kuala Kangsar sebelum menyambung pelajaran di Malacca High School dan kemudian menyambung pelajaran ke Raffles Institute.

Memasuki pentadbiran awam British pada tahun 1892 sebagai “Settlement Officer” seterusnya menjadi pegawai Melayu pertama di dalam MCS. Antara jawatan yang disandangnya seperti pegawai pemungut hasil, pembantu majistret, majistret, pembantu khas Sultan, pegawai daerah, pegawai negeri dan juga pegawai perundangan di peringkat persekutuan.

Sebagai pegawai Melayu, Almarhum menyuarakan pendapatnya bahawa perlu lebih ramai orang Melayu dilantik sebagai anggota pentadbiran MCS. Hasilnya bilangan pegawai Melayu bertambah untuk menjadi penolong tadbir di Malay Civil Services. Pada tahun 1903, seramai 332 orang pegawai Melayu telah menjadi anggota pentadbiran MCS daripada 6,607 pegawai keseluruhannya.

Almarhum juga aktif menulis dan karya agungnya adalah Misa Melayu. Misa Melayu dititahkan oleh ayahandanya untuk menulis sejarah asal-usul kesultanan Perak dan kesultanan sebelumnya. Selain itu Almarhum begitu vokal agar British menaik taraf pendidikan orang Melayu yang sangat ketinggalan. Pada tahun 1930, Almarhum telah dianugerahkan Kight oleh Raja British yang membawa gelaran Sir.

Almarhum meninggal dunia pada tahun 1933 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Diraja Al-Ghoufran di Kuala Kangsar.

Sumber:

http://www.thestar.com.my/metro/focus/2015/05/01/perak-royalty-remembered-jalan-raja-chulan-offers-glimpses-into-kls-history/

History Of Public Services In Malaysia. Intan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang penulis muda dengan salah sebuah syarikat terkemuka. Berpendidikan Sarjana Sains Sosial UKM. Seorang ulat buku dan sukakan sejarah

Leave A Reply