Sempena bulan kemerdekaan yang sedang kita raikan, marilah kita sama-sama memperingati perjuangan pejuang-pejuang negara yang pernah menumpahkan darah demi negara tercinta.
Tarikh 23 Ogos 2013 takkan boleh dilupakan sebilangan anggota ATM yang pernah ditugaskan menjadi pengaman di bumi Lubnan di bawah panji-panji PBB pada tahun 2013.
Ketumbukan Malaysian Battalion 5 (MALBATT V) yang menjadi pasukan pengaman di kawasan Kawkaba dan Tibnin ketika itu telah ditugaskan untuk perpindahan kem MALBATT yang akan diambil alih oleh INDBATT (India Battalion). Antara tugasan pada masa itu ialah memindahkan kenderaan dalam pembaikan yang berada di kem lama menggunakan kenderaan kembalik. Penugasan ini diuruskan oleh elemen Jurutera Letrik Jentera Diraja (JLJ) yang bertanggungjawab dari segi hal ehwal pembaikan dan senggaraan aset ketenteraan ATM di sana.
Antara kenderaan yang perlu ditunda pada masa itu ialah RPZ Condor. Kembalik jenis B jenama Volvo yang dipandu oleh LKpl Nur Syahied dan pengiring LKpl Mohamad Aizuwan dan Allahyarham Sjn Rosdi Mohamad Zan sebagai ketua kereta telah menunda kenderaan Condor tersebut dari Kawkaba ke Tibnin bersama-sama kenderaan lain dalam konvoi pergerakan yang perlu melalui jalan bukit bukau dan cerun di sepanjang perjalanan.
Setibanya di kawasan Houla, konvoi perlu menuruni bukit sebelum membelok ke kanan jalan tersebut. Ketika itulah kenderaan kembalik tersebut hilang kawalan dan menyebabkan Condor yang ditunda di belakang terkeluar dari landasan tundaan, seterusnya menyebabkan kembalik gagal untuk membelok dan terus terbabas ke hadapan. LKpl Syahied sedaya upaya menekan brek untuk menghentikan kenderaan dan akhirnya terberhenti dengan hentaman 13 tan dari belakang, Condor menghentam bahagian belakang kokpit. Kesemua krew mengalami kecederaan parah akibat hentaman tersebut.
Konvoi terpaksa dihentikan dan semua anggota terlibat terus mengerumuni kembalik tersebut bagi membantu mangsa. Mangsa-mangsa sempat dikeluarkan dari kenderaan sebelum Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian selepas sempat dibisikkan kalimah syahadah oleh anggota lain manakala Lkpl Syahied dan LKpl Aizuwan pula tidak sedarkan diri dengan kecederaan parah di badan.
Panglima ATM pada masa itu telah mengarahkan lembaga siasatan dilaksanakan bagi mengelakkan tragedi seperti ini berulang lagi. Jenazah Allahyarham juga selamat dihantar pulang ke Malaysia untuk dikebumikan dengan penuh istiadat.
Kini salah seorang anggota dari mangsa kemalangan tersebut, Kpl Aizuwan kembali menyarung uniform celoreng ‘desert’ untuk menyertai misi pengaman PBB di Lubnan bagi siri 850-6. Apabila ditanya perasaan beliau, beliau menyatakan bahawa semuanya adalah ketetapan Tuhan dan kini walaupun masih belum dapat melupakan kejadian tersebut, beliau kekal optimis dan bersemangat untuk melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Manakala kenderaan kembalik tersebut telah dijadikan monumen kenangan di Kem Tibnin sebagai memperingati kejadian tersebut. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarham dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang soleh.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih