Ramai tak sedar siri ini ada banyak persamaan dengan tragedi Feri Sewol yang mengejutkan Korea Selatan pada tahun 2014.

 

Jadi apa yang sama?

 

• Rakaman Video

 

Ketika babak di bilik muzik, pelajar Sekolah Menengah Hyosan yang masih bertahan merakam video meminta maaf kepada ibu bapa dengan harapan dapat berjumpa lagi.

 

Hal sama berlaku bila pelajar dari Sekolah Menengah Danwon yang terperangkap dalam Feri Sewol merakam video meminta maaf kepada ibu bapa dan berharap dapat diselamatkan.

 

• Lee Su-hyeok dan Choi Nam-ra

 

Babak di bilik muzik juga, Lee Su-hyeok ikat tangannya dengan Choi Nam-ra untuk elakkan dia keluar dan meyakinkan yang lain bahawa Choi Nam-ra tak jadi zombi.

 

Perkara yang sama melanda Kim Su-jin dan Lee Jeong-jin ketika mayat mereka ditemui dengan tali jaket keselamatan terikat antara satu sama lain dengan harapan kalau sorang selamat, dia dapat selamatkan lagi sorang.

 

• Pelajar Ditinggalkan

 

Tentera yang sepatutnya datang menyelamatkan pelajar Sekolah Menengah Hyosan hanya berlegar-legar sahaja dengan helikopter di langit.

 

Ketika mereka hampir sahaja diselamatkan, pihak tentera ambil keputusan tinggalkan mereka di atas bumbung tanpa sebarang bantuan dengan alasan takut jadi zombi.

 

Sama seperti pelajar Sekolah Menengah Danwon, mereka telah diminta kekal di atas feri sementara kapten melarikan diri. Penyelamat yang dihantar sangat lambat bertindak sehingga bot nelayan yang pergi menyelamatkan mereka.

 

• Reben Kuning

 

Reben kuning diikat di pagar pusat kuarantin dan pokok dalam episod 12. Reben kuning tu tertulis harapan, permintaan maaf dan luahan perasaan terhadap rakan-rakan yang menjadi zombi dan mangsa letupan.

 

Babak ni sebenarnya diambil daripada reben kuning yang diikat pada pagar dengan harapan mangsa-mangsa tragedi Feri Sewol dapat pulang dengan selamat. Senang cerita reben kuning itu melambangkan harapan masyarakat terhadap mangsa tragedi agar selamat.

 

Oleh: Azizul Farhan

 

 

Korea banyak mengalami anjakan paradigma dari zaman ke zaman. KITAB TAMADUN KOREA memuatkan banyak informasi menarik mengenai sejarah Korea hingga kini. Boleh beli di:

https://bit.ly/tamadunkorea


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply