Aligator ialah sebuah genus terdiri daripada lapan spesis berlainan. Pada hari ini walau bagaimanapun, hanya dua spesis sahaja yang tinggal. Semua orang mengetahui alligator mississippiensis (Aligator Amerika) yang bertebaran di seluruh Selatan Amerika Syarikat.

Tetapi alligator sinensis  (Alligator China) pula menghampiri kepvpvsan kerana dibvnvh dan kehilangan habitat. Sesetengah restoran menternak sinensis untuk dimasak dengan sayur dan nasi (Yoon, 2001).

Nuget aligator

Tidak pelik jika satu hari sinesis menyertai lapan spesis lain, hanya meninggalkan mississippiensis sebagai legasi aligator tunggal.

Florida, Georgia, Louisiana dan Texas turut menternak mississippiensis untuk menjual daging dan kulit (Reig, 2006) – tetapi industri ini berdepan dengan tek4n4n sosial kerana ramai tidak bersetuju.

Zon populasi Aligator Amerika

Sungguhpun begitu, banyak ilmu diperolehi daripada kajian mengenai mississippiensis. Mereka mempunyai peranan besar dalam imbangan ekosistem, bukan setakat mengawal populasi sahaja.

Sebaliknya mississippiensis akan membuat lubuk yang kemudian digunakan organisme lain tidak kira haiwan habitat lembap atau kering. Lubuk aligator ini terbukti memberi manfaat kepada ikan, penyu dan ular (Conners, 2012).

Contoh lubuk aligator.

Sebagai reptilia, aligator juga bertelur untuk melangsungkan kesinambungan spesis.

Tetapi telur aligator ini sangat unik, kerana menyimpan janin yang belum berjantina. Bukan faktor benih yang menentukan jantina anak.

Sebaliknya jantina setiap butir ditentukan suhu telur (Chicago Tribune, 1986). Jika telur mempunyai suhu 30ºC, anak aligator akan menetas sebagai betina. Suhu 34ºC pula menetaskan anak jantan.

Menetas.

Sepasukan saintis daripada Universiti Negeri Arizona pada 25 November 2020 membuat penemuan baru tentang mississippiensis. Seekor cicak mempunyai kebolehan menumbuhkan semula ekor yang terpisah daripada badan.

Menggunakan teknologi pengimbas yang maju, kumpulan saintis ini mengenalpasti jika aligator berkongsi kebolehan sama.

Beza antara cicak dan aligator jelas ketara. Seekor cicak rumah (hemidactylus frenatus) mempunyai saiz antara 7.5 sentimeter hingga 15 sentimeter. Beza betul dengan mississippiensis yang boleh mencecah 4.3 meter.

Ekor pula ialah sebuah anggota sangat penting untuk mississippiensis. Inilah anggota untuk berenang dan berlawan.

Jadi jika terpvtvs, seolah-olah aligator hilang tujuan.

Jadi persoalan ini dikaji saintis yang mendapati ekor mississippiensis mempunyai struktur bertulang rawan (cartilage) yang dihubung dengan tisu perantara (connective tissue) dan salur d4r4h (serta saraf).

Dapatan ini mengesahkan yang mississippiensis boleh menumbuhkan semula ekor mereka…. tetapi terhad pada 23 sentimeter sahaja.

Mungkin nampak sedikit. Tetapi 23 sentimeter ialah 18 peratus daripada purata panjang badan mississippiensis.

Kemampuan ini memberi manfaat besar untuk mississippiensis. Tetapi bukan mudah untuk mengeluarkan ekor baharu. Saitis mendapati ekor baharu akan mempunyai sedikit kesan seolah-olah untuk memperingati pula.

Dan kemampuan mississippiensis menyalurkan ilmu pada paleontologi, kerana saintis akan mengkaji sejak bila pula mereka boleh mengeluarkan ekor baharu.

Ini Mr. Stubbs. Dia dapat ekor baru (tapi prostetik).
Ekor Aligator akan ikut warna badan. Bukan macam Mr. Stubbs.

Kajian-kajian susulan mungkin boleh dibawa hingga ke dinosaur, yang merupakan spesis moyang semua aligator moden.

Evolusi memastikan mississippiensis kekal mampu mengeluarkan ekor, menimbulkan tanda tanya: dinosaur pula bagaimana?

Dengan teknologi imbasan semakin maju, mungkin satu hari saintis boleh mengenalpasti jenis tulang rawan secara terperinci jika ada persamaan pada mana-mana dinosaur.

Gambar ini menunjukkan yang alligator bukanlah kecil dan comel.

RUJUKAN:

Chicago Tribune. (1986, Jun 29). Alligator gender determined by egg temperature.

Conners, D. (2012, Jun 26). Alligator holes benefit Everglades fish, snakes, turtles, birds. Earth Sky.

Reig, E. (2006). Gator maters: Florida farmers find lucrative business mating alligators. Orange and Blue Magazine.

Yoon, C.K. (2001, Ogos 21). Rare alligator is (ditapiskan) as China feeds its people. The New York Times.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.