Isu makhluk asing ‘mengunjungi’ Bumi atau lebih dikenali dengan fenomena UFO (Unidentified Fying Object) adalah perbincangan yang tiada kesudahan tentang mengetahui kewujudan hidupan di luar atmosfera Bumi, melalui kes-kes penampakan dan pertembungan UFO, serta keculikan oleh makhluk asing.

AS adalah antara negara yang begitu banyak kes-kes UFO direkodkan, sehinggakan kisah pertembungan Presiden AS dengan UFO menjadi sesuatu yang taboo untuk dibicarakan dalam pentadbiran. Kepada peminat UFO, mesti kalian lali dengan kes Area 51 dan Insiden Roswell yang menjadi perbincangan hangat setiap kali ungkit fenomena UFO.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Namun untuk artikel ini, kita tidak berbincang lanjut akan fenomena UFO ini (mungkin tulis di masa akan datang). Jawapan asas untuk memahami isu ini adalah: Adakah makhluk asing wujud?

Kelima-lima pakar dalam sains angkasa ini akan menyatakan pendirian mereka terhadap kemungkinan wujudnya makhluk asing di angkasa.

1) Jonti Horner, ahli astrobiologi (sains biologi) dari University of Southern Queensland

Horner percaya bahawa makhluk asing itu wujud. Namun, persoalannya sekarang adalah, adakah mudah untuk menemui hidupan asing di angkasa?

Angkasa sememangnya luas. Kita telah banyak mempelajari bintang-bintang di alam semesta yang mempunyai planet. Galaksi tempat Bumi berada iaitu Bima Sakti mempunyai 400 billion bintang. Jika setiap bintang diorbit oleh 5 buah planet, galaksi ini berkemungkinan mempunyai 2 trillion buah planet. Kita percaya begitu juga dengan galaksi lain yang juga mempunyai planet.

Pokoknya, terlalu banyak planet untuk menemui hidupan angkasa yang baru. Dengan begitu banyaknya planet di angkasa, Horner sukar untuk percaya bahawa Bumi adalah satu-satunya planet mempunyai hidupan. Beliau juga percaya terdapat kebijaksanaan dan kehidupan yang serba canggih berbanding tamadun Bumi.
Maka, mampukah kita menemui hidupan makhluk asing di angkasa? Ini soalan yang susah untuk dijawab. Bayangkan salah satu bintang dari galaksi ini mempunyai tamadun makhluk asing yang canggih. Adakah kita mampu mencarinya?

Lagi satu, jarak setiap bintang adalah 100,000 tahun cahaya. Ini juga halangan untuk kita meneroka bagi melaksanakan pencarian makhluk asing ini. Jadi, Horner berpendapat makhluk asing wujud namun memperlihatkan pembuktiannya terlalu jauh untuk mencapainya.

2) Steven Tingay, ahli astrofizik (ahli fizik angkasa) dari Curtin University, Australia.

Tingay berkata bahawa makhluk asing itu wujud, namun baginya pendapat ini begitu berani. Tingay menyatakan terma ‘makhluk asing’ itu sendiri menunjukkan semua benda bersifat hidup, seperti apa yang kita faham tentang kehidupan di Bumi tetapi merujuk kepada benda hidup di luar Bumi.

Walau bagaimanapun, sehingga kini tidak ada kata sepakat tentang maksud ‘kehidupan’ jika melibatkan pencarian hidupan di angkasa. Dengan kata lain, maksud ‘kehidupan’ di angkasa yang saintis cuba rungkaikan. Adakah seperti apa kita fahamkan mengikut konteks hidupan di Bumi atau berbeza?

Tingay juga berkata bahawa apabila kita menemui cebisan hidupan seperti bakteria yang tidak berasal dari Bumi, beliau menegaskan cebisan itu adalah makhluk asing.

Alam semesta mempunyai beratus atau berjuta buah galaksi dan setiap galaksi mempunyai berbillion-billion buah bintang. Setiap bintang mesti mempunyai paling kurang sebuah planet dan planet itu mesti mempunyai konsep kehidupannya yang tersendiri.

Jadi adalah sukar untuk katakan kita mencari kehidupan yang sama dengan kehidupan di Bumi tanpa memikirkan kehidupan yang sistemnya berbeza dari Bumi. Namun, pencarian hidupan di luar Bumi boleh dilaksanakan melalui teknologi yang kita boleh berhubung dengan tamadun makhluk asing.

Menggunakan teleskop radio yang mampu menghantar gelombang radio ke sistem suria lain adalah cara munasabah untuk melaksanakan misi mencari tamadun makhluk asing. Maka, menurut Tingay, untuk melaksanakan misi ini, kita perlu buangkan fikiran sistem hidupan luar angkasa sama dengan sistem hidupan di Bumi.

3) Helen Maynard-Casely, ahli sains planet dari Australian Nuclear Science and Technology Organisation (ANSTO)

Menurut Casely, kita hanya menunggu masa saja sebelum kita menemui sesuatu yang mewakili biologi di luar Bumi. Ini kerana kita berada dalam fasa meningkatkan pencarian planet-planet di sistem suria lain yang berpotensi mampu menampung sebarang kehidupan.

Contohnya, bulan Zuhal bernama Titan, bulan kegemaran Casely. Titan mempunyai molekul di permukaan yang mempunyai ciri-ciri biologi dan atmosfera bulan ini mempunyai cuaca seaktif Bumi. Ini salah satu ciri planet atau Bulan yang berpotensi menampung hidupan. Begitu juga planet-planet dalam Bima Sakti yang bakal ditemui nanti.

Jadi, Casely berpendapat kita perlu tunggu saja dan kita bakal berhubung dengan tamadun makhluk asing akan datang suatu hari nanti.

4) Rebecca Allen, pakar teknologi angkasa dari Swinburne University of Technology, Australia

Allen berpendapat bahawa makhluk asing itu wujud, tetapi mereka Mungkin tidak seperti kita. Allen percaya bahawa antara 100 billion planet dalam Bima Sakti, mesti terdapat sekarang-kurangnya satu kehidupan wujud.

Apabila kita menemui kata ‘makhluk asing’, mesti kita bayangkan hidupan berupa manusia yang mempunyai fikiran. Tetapi bagi Allen, makhluk asing yang dimaksudkan adalah hidupan yang lebih kecil berbanding makhluk kelabu bermata besar yang popular itu.

Ya, Allen maksudkan ialah mikro-organisma. Hidupan berskala kecil seperti bakteria adalah makhluk asing yang kita bakal temui.

NASA baru saja menghantar sekumpulan haiwan mikrob bernama Tardigrade atau ‘beruang air’ ke ISS untuk melaksanakan kajian terhadap keupayaan haiwan ini dalam keadaan ekstrem. Jika keupayaan ini mampu membuatkan beruang air hidup lebih lama di angkasa, mungkin kita mampu sebarkan haiwan ini ke planet lain.

Namun, bagi Allen tentang tamadun makhluk asing, beliau tidak menolak akan kewujudan tamadun itu tetapi ia memakan masa yang lama untuk menemuinya. Buat masa ini peluang untuk menemui tamadun ini adalah tipis memandangkan misi Kepler mencari planet yang hidup masih tiada jawapannya.

5) Martin Van-Kranendonk, ahli astrobiologi dari University of New South Wales, Australia

Pendapat Kranendonk bertentangan dengan pendapat keempat-empat pakar lain. Beliau menyatakan bahawa makhluk asing adalah tidak wujud.

Namun maksud sebenar bagi jawapan beliau adalah kita tidak tahu lagi. Sehingga kini kita tidak menemui sebarang hidupan di luar angkasa walaupun kita telah peringkatkan pencarian Bumi 2.0. Kita tidak mengkaji secara mendalam lagi akan sistem hidupan di planet-planet itu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dari sini kita tertanya-tanya, benarkah makhluk asing ini wujud? Kita mungkin tidak dapat jawapan yang munasabah selagi pencarian masih berlansung. Kita hanya mampu berteka-teki saja, adakah kita mempunyai ‘jiran’ selain Bumi, atau kita keseorangan saja dalam alam semesta maha luas ini.

RUJUKAN:

Giillani, N. & Wijaya, C. (16 June 2021). Do Aliens Exist? 5 Experts Answered The Question, And Their Replies Are Fascinating. Science Alert. Retrieved from The Conversation.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.