Konspirasi ni sebenarnya sangat tak masuk akal. Penggemar teori konspirasi, khususnya teori angkasawan purba, sering mendakwa bahawa piramid dibina oleh makhluk asing, bukan oleh orang Mesir Purba. Ini menimbulkan kemarahan penduduk Mesir dan pengkaji Mesir Purba.
Akibatnya, ada yang merosakkan Tapak Warisan Dunia untuk membuktikan teori mereka, mengancam integriti tapak tersebut dan menyusahkan kerajaan yang perlu membelanjakan wang banyak untuk memulihkannya.
Berikut beberapa teori konspirasi tentang piramid:
1. Medium Edgar Cayce mendakwa piramid dibina oleh pelarian Atlantis sekitar 10,500 SM, jauh sebelum pembinaan Piramid Khufu. Menurut Cayce, ia dibina pada tahun 10,400 SM, dan semua rekod yang menyatakan pembinaannya pada tahun 2000 SM atau selepasnya adalah pembohongan.
Dia juga mendakwa pelarian ini membina sebuah dewan rekod bersebelahan piramid (di bawah Sphinx) yang menyimpan rahsia tentang Atlantis dan meramalkan ia akan ditemui dalam 20 tahun terakhir abad ke-20. Namun, ramalan ini belum terbukti hingga kini.
2. Peminat Ancient Aliens pasti kenal dengan panel seperti Erich von Daniken, Giorgio Tsoukalos, dan David Childress yang sering mengemukakan teori angkasawan purba yang tidak masuk akal.
Dalam bukunya Chariots of the Gods, Daniken mendakwa makhluk asing pernah melawat bumi dan disembah seperti dewa, serta bertanggungjawab membina monumen termasuk piramid. Dia juga menyatakan bahawa agama dan mitos sebenarnya memori lawatan mereka.
Bagi piramid, Daniken mendakwa ia mengambil masa 664 tahun untuk disiapkan, tetapi tidak memberikan bukti tentang tempoh tersebut. Walaupun dakwaannya ditolak oleh ramai, termasuk komuniti saintifik, ia masih dipercayai hingga kini.
3. Pada tahun 60-an dan 70-an, ada kegilaan yang mendakwa piramid mempunyai kuasa luar biasa, seperti mengekalkan kesegaran susu dan mengembalikan ketajaman pisau cukur. Kedua-dua eksperimen ini dilakukan oleh jurutera Czech, Karel Dribal, dan menjadi obsesi ramai ketika itu. Eksperimen ini diuji dalam rancangan Mythbusters, dan para hos menyimpulkan bahawa kuasa piramid yang heboh diperkatakan itu adalah palsu.
Sebenarnya dakwaan-dakwaan ini sangat tidak berasas. Piramid sememangnya dibina daripada tangan orang Mesir Purba sendiri. Malah ia dibina daripada hasil tangan pekerja yang diupah, bukannya hamba.
Buktinya di Giza, kajian arkeologi mendapati pekerja-pekerja yang terlibat dengan projek pembinaan Piramid Agung Giza diberi makanan yang bersifat mewah seperti daging, ikan dan bir.
Piramid ni pun bukannya tiba-tiba terus berbentuk segi tiga macam di Giza tu. Sebenarnya banyak percubaan piramid yang gagal sebelum Piramid Agung Giza.
Ia bermula dengan Piramid Djoser yang asalnya merupakan sebuah mastaba setinggi 6 tingkat yang direka oleh Imhotep. Ya, ia tak berbentuk segi tiga yang sempurna.
Teknik pembinaan piramid maju semasa era Firaun Sneferu (2575 SM) dengan pembinaan tiga piramid, termasuk Piramid Merah, model pertama piramid permukaan licin yang menjadi acuan untuk Piramid Agung di Giza oleh anaknya, Khufu. Pembinaan dipantau oleh pegawai tinggi seperti Ankhaf dan mungkin Hemiunu.
Batu-batu untuk piramid diambil dari kuari berbentuk ladam kuda di selatan dan diangkut menggunakan peluncur yang ditarik oleh pekerja. Pasir di depan peluncur disiram dengan air untuk mengurangkan geseran, menurut kajian Universiti Amsterdam pada 2014.
Lukisan Mesir Purba juga menunjukkan pekerja membasahkan pasir di depan peluncur. Selepas tiba di tapak, batu-batu diangkat menggunakan sistem tanjakan.
Pada 2018, pasukan arkeologi menemui sisa sistem tanjakan di kuari alabaster di Hatnub, dipercayai digunakan semasa era Khufu. Namun, Profesor Kara Cooney berpendapat sistem ini mungkin tidak digunakan di Giza kerana perbezaan jenis batu.
Kalau nak tahu dengan lebih terperinci bagaimana sebenarnya Piramid dibina? Anda boleh baca di dalam KITAB TAMADUN MESIR PURBA. Ada satu bab khas untuk cerita pasal ni.
Oleh: Azizul Farhan
___
Bagi anda yang tidak berpeluang untuk menjengah ke reruai kami di PWTC, jangan khuatir kerana kami juga mengadakan Jualan PBAKL Online 2024 di Shopee dan Tiktok kami dengan DISKAUN sepanjang berlangsungnya PBAKL!
Link Shopee: https://s.shopee.com.my/8zjTjR0kUz
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih