Ketika pendudukan British di Palestin berada di kemuncaknya pada akhir tahun 1940-an, pertempvran semakin sengit berlaku di antara kumpulan militia Palestin dan Yahudi. Setelah British meninggalkan Palestin, Per4ng Arab-Israel tercetus ekoran penubuhan negara baru Israel diumumkan pada bulan Mei 1948 dianggap sebagai provokasi yang serius.

Pada tahun 1950-an dan 60-an, ketegangan berterusan dan pasukan ‘fedayeen’ (pejuang berani m4ti) Palestin, yang kebanyakannya golongan pelarian, melancarkan ser4ngan ke atas Israel yang yang menyaksikan pertembungan kekuatan ketenteraan yang setara.

Golongan nasionalis Palestin termasuk Yasser Arafat, membentuk Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (PLO) pada 1959 – dan parti itu menjadi kuasa dominan dalam politik Palestin selepas Per4ng Arab-Israel 1967.

Ali Hassan Salameh bangkit menduduki kerusi barisan kepimpinan Parti Fatah pada tahun 1960-an dan 1970-an demi untuk menjadi salah seorang yang paling dipercayai oleh Arafat. Beliau juga mengasaskan kumpulan bersenjata Black September yang membunvh 11 orang atlet Israel di Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.

PEMBUNVHAN OLIMPIK MUNICH 1972

Operasi Munich merupakan tindakan protes terhadap pengecualian Palestin dari menyertai Sukan Olimpik, tap, mengapa hanya atlet Israel sahaja yang jadi sasaran Black September?

Ia bagi mengalihkan perhatian dunia terhadap perjuangan rakyat Palestin tentang isu orang Palestin yang ditahan tanpa keadilan di dalam negara Israel, tetapi Operasi Munich yang dilancarkan Black September dikatakan tidak bertujuan untuk membunvh tetapi untuk mengambil tebusan supaya mereka boleh menuntut pertukaran tahanan masing-masing.

Malangnya, operasi ini gagal berjalan seperti mana yang dirancang.

Kumpulan Black September membunvh dua atlet Israel di Olympic Village dan menculik sembilan lagi yang lain. Mereka menuntut pembebasan tahanan Palestin di Israel dan merancang untuk meninggalkan Jerman dengan tebusan yang mereka tuntut dibebaskan.

Golda Meir

Tetapi Perdana Menteri Israel Golda Meir tidak akan berunding dengan orang Palestin, beliau berlepas tangan dan menyerahkan segala autoriti untuk merancang dan melaksanakan operasi itu di tangan pihak berkuasa Jerman yang tidak berpengalaman.

Pihak berkuasa Jerman meletakkan helikopter di pangkalan udara tentera sebagai memenuhi tuntutan Black September tetapi dalam diam merancang untuk menggagalkan cubaan melarikan diri oleh kumpulan itu.

Penembak tepat Jerman membunvh kesemua anggota Black September kecuali dua orang lagi yang kemudiannya bertindak membunvh kesemua sembilan orang tebusan Israel yang berada di dalam helikopter dengan bom tangan dan mesin-gun.

Selepas peristiwa itu, media Barat dan Israel mendamwa Ali Hassan Salameh sebagai dalang Operasi Munich. Sebagai seorang pemimpin Black September, dia pastinya turut terlibat, menurut bekas pegawai Fatah, Ghazi Al Husseini, beliau menegaskan bahawa memang Ali Salameh membantu gerakan itu melalui cara yang berbeza, seperti menyediakan latihan, tetapi dia bukan pemimpin tertinggi, dia tidak merancang operasi Munich.

Operasi Munich meletakkan kedudukan Ali Hassan Salameh di tangga teratas senarai orang paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad. Mossad melancarkan misi yang bersiri dalam usaha membalas dendam terhadap PLO, termasuk ser4ngan terhadap kepimpinannya di Lubnan.

Sylvia Rafael, salah seorang ejen wanita Mossad yang terlibat dalam Operasi Wrath of God

Operasi Mossad ini dikenali sebagai Operation Wrath Of God dengan objektif untuk membunvh individu-individu yang terlibat dalam pembunvhan atlet olimpik Israel di Munich itu.

Mossad menyer4ng dan membunvh 13 orang Palestin di Eropah, menurut wartawan Israel, Ronan Bergman. “Dan sudah tentu kemuncak usaha itu adalah Operasi Fardan, Operasi Spring Of Youth berhasil menembusi sempadan Beirut pada tengah malam dan menyer4ng tiga orang tokoh terkemuka Palestin di rumah mereka, ser4ngan ini menusuk tepat ke jantung kepimpinan PLO akibat kehilangan tokoh penting.

9 lagi atlet Israel telah dibunvh ketika mereka berada di dalam helikopter, mereka dibunvh dengan b0m tangan dan mesingan sebagai tindak balas terhadap pihak berkuasa Jerman yang membvnuh hampir semua penyer4ng Black September

Tetapi mereka berterusan gagal untuk menghampiri Yaser Arafat, apatah lagi jika hendak membunvh Ali Hassan Salameh yang licik.

HUBUNGAN SULIT PLO-CIA

Ali Salameh adalah seorang tokoh berkarisma dengan citarasa tinggi yang hidup mewah dan cukup terpengaruh dengan budaya pop dan fesyen Amerika Syarikat, beliau juga memiliki paras rupa yang tampan dan menjadi kegilaan kaum wanita yang menganggapnya seperti seorang selebriti.

Ali Salameh berkahwin dengan seorang ratu cantik Miss Universe dari Lubnan yang cukup menawan. Wanita itu bernama Georgina Rizk. Salameh juga merupakan seorang politikus yang bijak dan ditugaskan oleh Arafat untuk mengetuai sebarang rundingan rahsia dengan lawan politik PLO.

Georgina Rizk

Namun, rundingan yang dimaksudkan bukan hanya dilakukan dengan musuh politik PLO dan musuh dalam per4ng saudara Lubnan, tetapi dia juga ditugaskan untuk membentuk kesepakatan melalui dialog rahsia secara “pintu belakang” dengan orang Amerika di Beirut.

Kontak Amerika tersebut adalah agen perisikan CIA bernama Robert Ames. Ames sangat mahir dan sudah biasa dengan rantau ini, fasih bertutur dalam bahasa Arab dan beliau mengkaji kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam konflik Israel-Palestin.

Robert Ames

Dialog dengan Salameh berjalan lancar secara dua hala, dan kerjasama ini mungkin adalah satu-satunya saat dan peristiwa yang berlaku dalam sejarah dunia di mana pihak berkuasa Amerika Syarikat menzahirkan sokongan dan simpati ke atas perjuangan Palestin.

Hasil dari kerjasama sulit ini adalah Ali Salameh menjamin keselamatan warga Amerika Syarikat yang berada di Palestin sebagai balasan terhadap sokongan politik dan kewangan yang disalurkan Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, ketika ditanya Israel berkenaan hubungan Amerika-Palestin, kerajaan Uncle Sam itu seringkali menafikan mereka ada hubungan sulit, sebaliknya mereka menegaskan bahawa apa sahaja yang dilakukan adalah demi kepentingan rakyat Amerika Syarikat yang berada di Palestin.

Gerakan membalas dendam yang dilancarkan oleh Israel diteruskan, Mossad benar-benar nekad mahu mengesan Ali Salameh hingga Ali dijadikan sebagai sasaran “kill on sight target”. Namun, Ali Salameh merupakan seorang yang sangat terlatih dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam penyamaran hingga menyebabkan Mossad sering menerima maklumat yang salah.

OPERASI WRATH OF GOD MENCALAR REPUTASI MOSSAD

Dikatakan bahawa maklumat-maklumat yang memberi petunjuk atau mendedahkan kedudukan “Ali Hassan Salameh” sering diterima oleh Mossad namun semuanya menemui kebuntuan apabila Ali Salameh sering kali berjaya meloloskan diri, bahkan Mossad telah membunvh sasaran yang salah dan tidak berdosa kerana menyangka itu adalah Ali Hassan Salameh.

Tetapi apa yang Mossad gagal sedari ketika itu adalah kesemua maklumat yang diterima oleh Mossad itu sebenarnya datang dari Ali Hassan Salameh sendiri. Terdapat beberapa orang tokoh yang menjadi k0rban kesilapan Mossad dalam menapis maklumat hingga mencalar reputasi dan imej agensi perisikan Israel tersebut.

MOSSAD, Agensi Perisikan Israel

Kesilapan Mossad bermula dengan pembunvhan seorang ilmuan Palestin, Wael Zwaiter pada 16 Oktober 1972 atas alasan bahawa Zwaiter terlibat sebagai dalang plot Black September dan pernah didakwa merancang plot rampasan kapal terbang El Al. Tuduhan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh PLO memandangkan Zwaiter sendiri merupakan seorang yang anti-keganasan.

Kesilapan Mossad yang selanjutnya adalah pembunvhan Ahmed Bouchiki di Lillehammer, Norway. Menurut maklumat yang diterima melalui laporan perisikan, individu yang paling dikehendaki Israel sebagai dalang utama Black September, Ali Hassan Salameh berada di Norway.

Ahmed Bouchiki

Mossad gagal menyedari bahawa Ali Salameh itu sendirilah yang memberi maklumat tersebut kepada mereka hingga menyebabkan Mossad seumpama sedang diperbodohkan oleh Ali Salameh. Mossad terper4ngkap dalam jerat Salameh setelah mengesan seorang lelaki yang dikatakan Salameh namun sebenarnya lelaki tersebut hanyalah orang yang memiliki rupa yang mirip dengan Salameh.

Orang tengah yang menyalurkan maklumat Mossad menyangka Bouchiki ialah Ali Salameh itu adalah seorang warga Algeria bernama Kemal Benamane. Sebelum itu beliau berperanan sebagai kurier kepada Black September sebelum berpaling tadah dengan mengumpul dan menyalurkan maklumat yang diperlukan Mossad tanpa menyedari dia sedang dipermainkan Salameh.

Ketua operasi, Mike Harari percaya bahawa individu yang malang itu adalah Ali Salameh lalu segera menggerakkan pasukannya dan membunvh Bouchiki pada 21 Julai 1973. Bouchiki dibunvh ketika dalam perjalanan pulang dari panggung wayang bersama isterinya yang sedang sarat mengandung.

Tindakan melulu pasukan Mossad yang membunvh Bouchiki menarik perhatian pihak berkuasa Lillehammer kerana bandar itu telah bersih dari sebarang kes pembunvhan selama 40 tahun. Terdapat 15 orang ejen Mossad yang terlibat termasuk Harari, enam daripadanya berjaya ditahan pihak berkuasa di mana mereka mengesan “safehouse” yang dijadikan pusat operasi mereka dan dokumen perjalanan yang digunakan.

Mike Harari (kiri)

Ejen-ejen Mossad yang ditahan ini mendedahkan maklumat perisikan kepada pihak berkuasa Norway, di mana maklumat ini kemudian dikongsi dengan semua agensi perisikan Eropah yang lain lantas memaksa Mossad memanggil pulang hampir semua ejen-ejen yang menyamar. Bagi ejen yang terkandas, mereka terpaksa meninggalkan safehouse mereka, menukar nombor telefon dan mengubah kaedah operasi mereka.

Bagi ejen-ejen yang ditahan, mereka dibicarakan dan dihukum penjara antara setahun hingga enam tahun sebelum dihantar pulang ke Israel. Bagi Harari sendiri, dia berjaya melepaskan diri dan tidak pernah diekstradisi ke Norway.

Tempat kejadian Ahmed Bouchiki dibunvh

Enam tahun selepas kegagalan operasi Mossad di Norway, Ali Salameh terus menjadi buruan yang penting. Ali menggunakan nama samaran sebagai Abu Hassan ketika itu. Beliau telah menjadi tokoh yang besar dan berpengaruh dalam gerakan PLO dan Black September.

Ketika Mossad tersilap menentukan sasaran hingga meng0rbankan nyawa yang tidak bersalah di Norway, Salameh sebenarnya turut berada di negara tersebut. Tetapi dia berjaya melarikan diri dari sasaran Mossad, setelah lolosan ini, Salameh kemudiannya menjadi semakin mahir menyembunyikan dirinya.

SEGALANYA TERDEDAH KERANA WANITA

Salameh memperoleh kepakaran dalam ilmu penyamaran dari seorang rakannya yang merupakan tokoh pengganas yang pandai menyamar dan melarikan diri, Carlos The Jackal.

Palestine Liberation Organization

Malangnya, Ali Salameh yang kita bincangkan ini bukanlah seorang pejuang nasionalis yang tegar seperti Yasser Arafat mahu pun Saddam Hussein. Tapi jika usia dia ditakdirkan panjang, fikiran penulis berimaginasi bahawa seandainya karier politik Ali Salameh mendapat pengaruh besar, mungkin dia akan jadi seperti Muammar Gadaffi.

Ali Salameh yang bertugas sebagai seorang “double agent” mewakili PLO atau Palestin dalam usaha membina hubungan dua hala yang sihat antara Palestin dan Amerika Syarikat, secara umumnya, merupakan seorang pemuda dari latarbelakang keluarga yang kaya.

Beliau seorang yang mengamalkan gaya hidup bebas, gemar berfesyen mengikut budaya pop Amerika dan suka berpesta. Paras rupanya yang tampan menyebabkan dia mudah didekati dan dikelilingi kaum wanita yang terpikat padanya.

Ali Salameh mula menunjukkan kelemahannya setelah dia kembali ke Beirut dan berkahwin dengan seorang gadis Lubnan, Georgina Rizak, yang pernah menjadi ratu cantik Miss Universe pada tahun 1971.

Populariti tinggi Georgina Rizak selaku isteri Ali Salameh menyebabkan Mossad akhirnya berjaya mengesan kedudukan sebenar Salameh. Mossad mula merancang satu operasi pembunvhan yang dirancang dengan teliti.

Untuk memasuki Beirut, ejen Mossad yang terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita tidak mengalami banyak kesukaran. Malah untuk mengesan kediaman Salameh di sebuah apartmen adalah sangat mudah, mengikuti perkembangan isteri baru Salameh melalui media sebenarnya turut membantu Mossad.

Ternyata kali ini Ali Salameh dan pengawalnya pula gagal menghidu konspirasi ini. Mereka yang selama ini selalu berwaspada dan mencurigai sebarang ancaman, kali ini tidak menyedari bahawa seorang ejen wanita Mossad, Erika Mary Chambers, yang tinggal di seber4ng apartmen Salameh telah sekian lama mengawasi pergerakannya.

Erika, yang dikenali sebagai wanita comel yang meminati kucing dan suka melukis, sama sekali tidak mencerminkan sebarang ciri-ciri sebagai seorang ejen Mossad. Selepas Erika berjaya menentukan apa rutin dan laluan yang selalu dilalui Salameh, dia segera memanggil pasukan pembunvh Mossad untuk segera ke Beirut.

Dua kakitangan Mossad yang berkhidmat sebagai skuad pembunvh segera terbang ke Beirut. Ejen Mossad pertama yang tiba di Beirut pada Januari 1978 ialah Peter Sriver. Apabila dia tiba di Beirut, Peter yang memegang pasport Inggeris mengaku sebagai seorang perunding kejuruteraan British dan ahli perniagaan.

Peter kemudian tinggal di sebuah hotel dan menyewa sebuah Volkswagen yang kemudiannya berfungsi sebagai bom kereta. Sehari kemudian, ejen Mossad kedua, Ronald Kolberg, tiba di Beirut dan menggunakan pasport Kanada.  Dia tinggal di sebuah hotel yang tidak jauh dari tempat tinggal Peter. Tujuannya adalah untuk mengelakkan timbul situasi mencurigakan.

Selepas memasang kereta Volkswagen itu dengan sejumlah bahan letupan dan meninggalkan kunci kereta kepada Kolberg, Sriver segera terbang ke Lubnan menggunakan pasport bukan Inggeris. Kolberg yang menyewa kereta berbeza memandu ke hotel di mana Sriver tinggal, kemudian mengambil kunci Volkswagen dan memandu di jalan yang digunakan oleh Salameh untuk memandu.

Kolberg kemudian meletakan kereta Volkswagen yang sudah dipasang bahan letupan itu berdekatan pangsapuri Ali Salameh. Tanpa mengundang sebarang perhatian, Kolberg terus menghilangkan diri dengan menaiki teksi.

Pada 22 Januari jam 3:35 petang, Salameh yang memandu Chevrolet bersama-sama dengan empat orang pengawalnya menghentikan kereta mereka tepat di bahagian kanan bersebelahan dengan Volkswagen itu. Bom yang dicetuskan melalui gelombang radio itu menghasilkan letupan besar yang memvsnahkan Chevrolet itu bersama dengan penumpangnya.

Bukan hanya Salameh dan empat pengawal peribadi nya sahaja yang terk0rban, letupan itu turut membunvh empat orang awam termasuk seorang pelajar warga British dan seorang biarawati Jerman yang kebetulan sedang melintasi jalan tersebut, ia turut mencederakan 18 orang awam warga Lubnan dan Palestin.

Mossad dan rakyat Israel berpuas hati dengan kem4tian Ali Hassan Salameh yang dianggap sebagai klimaks pembalasan dendam terhadap keganasan yang dilakukan Black September. Namun Israel enggan bertanggungjawab terhadap kesilapan mereka yang meng0rbankan nyawa yang tidak berdosa di Norway sebelum itu.

Walaubagai mana pun, bagi mengelakkan isu tersebut dijadikan persepsi untuk membunvh karakter kerajaan Israel dan agensi Mossad, mengambil kira atas kecuaian yang berlaku di Lillehammer sebagai kekalahan dalam per4ng psikologi, Tel Aviv bersetuju memberi pampasan sebanyak $283 ribu kepada keluarga Bouchiki dan $118 ribu kepada anak lelaki Bouchiki dari perkahwinan terdahulu.

Foto terkini jalan di kejiranan Snoubra, Beirut, disinilah berlakunya letupan yang membunvh Ali Hassan Salameh

Gerakan Black September tidak terhenti setakat itu sahaja, ia bahkan menjadi satu momentum antarabangsa dalam beberapa siri keganasan global yang berlaku di seluruh dunia. Entah benar atau tidak, namun ser4ngan terhadap menara World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 11 September 2002, yang memvsnahkan dua bangunan WTC berkembar di New York dikatakan memilih bulan September sebagai simbolik pembalasan dendam.

Hakikatnya, peranan Ali Salameh sebagai dalang Black September sebenarnya kecil sahaja. Ia kerana dalang sebenar kumpulan tersebut ialah seorang komander PLO bernama Mohammad Oudeh atau lebih dikenali sebagai Abu Dawoud.

Oudeh kembali ke Palestin pada tahun 1996 selepas termeterainya Perjanjian Oslo. Beliau telah menulis sebuah memoir yang mendedahkan peranan sebenarnya dalam Black September yang diterbitkan pada tahun 1999. Oudeh kemudian dikatakan menetap di Syria.

Manakala, Robert Ames, ejen CIA warga Amerika yang sebelum itu pernah bekerjasama dengan Ali Salameh di Palestin telah terk0rban dalam satu kejadian ser4ngan letupan berani m4ti ke atas kedutaan Amerika Syarikat di Beirut pada 18 April 1983. Ser4ngan ini meragut 63 nyawa dan mencederakan seramai 120 orang.

Ramai orang percaya bahawa jika Salameh masih lagi hidup pada masa itu, sudah pasti dia akan memperoleh maklumat rancangan ser4ngan itu dan melaporkannya lebih awal kepada kedutaan Amerika sekaligus menggagalkan ser4ngan itu. Apatah lagi, jika kedua-duanya (Ames dan Salameh) masih hidup, mungkin hubungan Amerika Syarikat dengan Timur Tengah sejak 40 tahun yang lalu juga akan sedikit berbeza berbanding dengan hari ini.

Kisah bersejarah ini diadaptasi dalam sebuah filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg, filem bertajuk “Munich” itu diterbitkan pada tahun 2005 dengam menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Eric Bana dan Daniel Craig.

RUJUKAN:

  • Worldpress
  • Al Jazeera

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.