Jumaat, 23 Oktober 202623 Okt 2026
Kronikel Dunia

Algojo – Kerjaya ‘Terkotor’ Zaman Pertengahan Eropah

Dalam apa-apa
zaman, dari zaman kerajaan awal sehingga kini, termasuk Zaman Pertengahan
Eropah sekalipun, terdapat beberapa pekerjaan yang tidak diingini, seperti
pengutip najis, budak suruhan, tukang kutip lintah, dan sebagainya. Namun
hampir semua pekerjaan buruk tersebut tidak dapat dibandingkan dengan pekerjaan
sebagai algojo, atau tukang hukum bvnuh. Ianya boleh dikatakan pekerjaan
terburuk zaman pertengahan Eropah.

Tak kiralah
dimana saja mereka ditempatkan, sama ada di mahkamah diraja atau di kawasan mundur,
tugas mereka cuma satu, iaitu menghukum bvnuh pesalah dengan cara yang kerajaan
telah tetapkan. Tak kiralah siapapun, dari rakyat marhaen hingga kerabat
diraja, mereka akan jalankan tugas mereka dengan penuh saksama.

LATAR BELAKANG

J3n4yah dan
kejahatan sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat pada mana-mana zaman
sekalipun, akibat penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau kurang
diterapkan di mana-mana kawasan yang dihuni manusia, seperti Eropah, Asia,
Timur Tengah, dan sebagainya.

Kejadian buruk
seperti mencvri, mer0mp4k, membvnuh, merog0l, menipu, dan segala bentuk
kesalahan amat berleluasa terutamanya ketika awal zaman pertengahan Eropah.
Namun, keadilan akan muncul jua di tempat di mana kezaliman berada. Cuma cara
pengadilannya agak ganas dan tanpa belas kasihan, dimana ianya bertujuan bagi
mengekalkan kemasylahatan masyarakat setempat.

Kebiasaannya,
para penjenayah yang didakwa akan dihukum m4ti. Cara-cara pesalah dihukum
bergantung kepada taraf sosial mereka, sama ada para hamba, rakyat marhaen,
bangsawan, panglima, atau kerabat diraja, semakin tinggi taraf pesalah
tersebut, semakin kuranglah penyeksaaan yang mereka alami ketika hukuman m4ti dijalankan.

Zaman berlalu
dan masa berubah, sedikit demi sedikit, kemunduran bertukar menjadi kemajuan.
Begitu jua dengan peluang pekerjaan yang baru, dimana semestinya seseorang
perlu melakukannya. Sesuatu kerja mesti dijalankan oleh seorang manusia yang
bernyawa. Begitu jualah adanya dengan pekerjaan sebagai algojo, atau tukang
hukum bvnuh.

DUGAAN ALGOJO SEMASA ZAMAN PERTENGAHAN EROPAH

Kerjaya sebagai
seorang algojo bukanlah mudah ketika mana-mana zaman sekalipun. Mencabut nyawa
seseorang yang telah dijatuhi hukuman m4ti memerlukan ketekadan yang tinggi
bagi si tukang hukum bvnuh, dimana mereka seolah-olah menjadi pemisah kepada
alam dunia dan alam barzakh, kebaikan dan kejahatan, & penerimaan dan
penolakan.

Keperluan
pengisian jawatan pegawai kerajaan bagi masyarakat sekitar Eropah tengah dan
barat seawal abad ke 13 mula meningkat bagi memenuhi keperluan bagi pelaksanaan
hukuman m4ti terhadap para pesalah, dimana bandar-bandar besar sekitar England,
Jerman, dan Perancis amat memerlukan algojo yang mahir bagi melaksanakan tugas
yang diberi oleh kerajaaan.

Catatan dokumen
rasmi terawal telah menyebut berkenaan tukang hukum bvnuh ialah pada tahun
1202, yang bernama Nicolas Jouhanne yang memakai gelaran ‘la Justice’, dimana
beliau dilantik menjadi vicomte, dan
algojo rasmi bandar Caux di wilayah Normandy. Sejak itu, jawatan tersebut telah
diperkenalkan ke seluruh bandar dan ibu negara di sekitar Eropah Barat.

Bagi mana-mana masyarakat ketika itu, pekerjaan
sebagai seorang algojo amat dipandang hina dan sepi. Ianya berbeza dengan
hukuman bvnuh yang dijalankan oleh orang ramai terhadap seseorang pesalah,
dimana ianya dilihat tidak menyalahi undang-undang, tetapi sekiranyaa hukuman
itu dilaksanakan oleh individu yang dilantik, ianya tiba-tiba dia dilihat
sebagai sebuah p3mbvnuh.

Begitulah dugaan yang dihadapi
oleh para algojo. Mereka hanya menjalankan tugas, tetapi masyarakat menganggap
mereka sebagai seorang yang bermasalah, pendosa yang tidak dapat menebus
dirinya, malah lebih ringkas, seorang pembvnuh. Orang ramai menganggap penghukum
bvnuh sebagai seorang yang mengambil nyawa secara suka-suka atas arahan atasan,
dan gagal memahami apa yang berada di sebalik pemikiran dan tugas seorang
algojo.

Petikan berikut merupakan antara contoh terbaik
berkenaan pandangan orang ramai terhadap algojo, yang telah diriwayatkan oleh
seorang penulis dan ahli politik terkenal, Joseph de Maistre:-

“This head,
this heart, are they made like ours? Do they not have something odd or foreign
to our nature? On the exterior he (the executioner) is made just as we are; he
is born, like us; but he is an extraordinary being… Is he a man?”

Terjemahan oleh penulis:-

“Akal ini, hati ini, adakah ianya serupa dengan kita? Apakah
mereka mempunyai sesuatu sifat yang ganjil atau asing dari kita? Secara luaran,
dia (algojo) serupa saja dengan kita; dia dilahirkan, seperti kita; namun dia
seorang yang luar biasa… apakah dia manusia?”

PANDANGAN ORANG RAMAI TERHADAP ALGOJO

Kebanyakan
masyarakat zaman pertengahan Eropah bukan saja menghina, malah mengasingkan
para algojo dari kalangan mereka. Sungguhpun upah yang diterima mereka lumayan,
mereka terpaksa menanggung derita hidup bersendirian dan menghabiskan hidup
mereka jauh dari masyarakat. Bagi orang ramai, pekerjaan mereka yang
seolah-olah bebas m3mbvnuh orang, sudah menjadi alasan kukuh bagi penghinaan
dan pengasingan golongan algojo.

Para penghukum
bvnuh dan keluarga mereka biasanya menetap di pinggir bandar, jauh dari penduduk
bandar. Mereka wajib memakai sebuah tanda khas yang mampu dikenal pasti orang
ramai tentang pekerjaan mereka, malah kubur mereka diasingkan dari tanah
perkuburan masyarakat setempat.

Golongan algojo
bukan saja dipandang hina oleh masyarakat zaman pertengahan Eropah, malah juga oleh
masyarakat feudal Jepun, dimana mereka merupakan kelas terendah Jepun; kasta
Burakumin. Bagi kerajaan Uthmaniah pula, jawatan tersebut diisi oleh golongan
Gypsi Roma, dimana mereka amat digeruni atas sebab hati kering mereka dalam m3nyeks4
dan menghukum para pesalah.

Ketika mereka
tidak melaksanakan hukuman bvnuh dan menerima upah darinya, mereka juga perlu
melakukan kerja-kerja lain bagi menyara hidup mereka dan keluarga, iaitu
pekerjaan yang… tidak dipandang baik, seperti mengutip cukai dari para pelacur
dan peminta sedekah, knacker iaitu
pembuang bangkai binatang atau menyembelih binatang yang tua, sakit, hampir m4t1,
dan binatang yang tidak sepatutnya berada di dalam kawasan perbandaran.

Ganjaran yang
diterima mereka agak banyak walaupun kerja ini dianggap buruk. Dengan menjadi knacker, mereka boleh mengambil daging,
tulang, taring, kulit, dan apa-apa saja dari binatang yang mereka uruskan. Ada
juga yang mengambil upah mengutip najis, membersihkan tandas, dan apa jua
pekerjaan yang dianggap hina oleh masyarakat mereka.

KELUARGA ALGOJO DAN ANTARA INDIVIDU YANG TERKENAL

Pengasingan
masyarakat terhadap algojo dan keluarga mereka memaksa golongan ini bekerja
sebagai tukang hukum bvnuh secara turun temurun, dan mengamalkan endogami,
iaitu perkahwinan sesama mereka yang mempunyai latar belakang dan pekerjaan
yang sama. Algojo lelaki akan berkahwin dengan algojo perempuan. Anak algojo
akan bekerja sebagai algojo, menggantikan bapa atau ibunya yang telah bersara
atau meninggal dunia. Begitulah seterusnya dalam tempoh beberapa lama, dimana
mereka sudahpun mencipta komuniti mereka yang tersendiri, iaitu komuniti
algojo.

Contohnya di
Perancis, pekerjaan algojo dipelopori turun temurun oleh Keluarga Guillaume,
yang kemudiannya diwarisi ke Keluarga Sanson dan Keluarga Desmorest. Manakala
di Eropah Barat pula, kerjaya ini dipelopori oleh Keluarga Dalembourg, dimana
mereka berkhidmat di Netherlands, Austria, Germany, dan Switzerland.

Berikut
merupakan antara algojo yang terkenal pada zaman pertengahan Eropah:-

1) John Ketch

Algojo kelahiran
England yang juga dikenali sebagai Jack Ketch, beliau sering melaksanakan
tugasnya secara tidak betul. Kisahnya sebagai antara tukang hukum bvnuh
terburuk dengan pelaksanaan tugas yang penuh kelalaian menyebabkan namanya
sering dikaitkan dengan syaitan dan pengakhiran hayat.

Ketika beliau melaksanakan
hukuman m4t1 terhadap Lord William Russell pada tahun 1683, beliau gagal
memenggal William dengan sekali hayun, dan memerlukan beberapa hayunan kapak,
sekaligus meny3ksa William sebelum beliau m4ti. Duke dari Monmouth, Jame Scott
juga pernah menerima nasib yang sama ketika hukuman tersebut dijalankan terhadap
beliau pada tahun 1685.

2) Franz Schmidt

Beliau merupakan
seorang algojo dari Nuremberg, Germany, dan berkhidmat dari tahun 1578 hingga
1618, dan pernah melaksanakan sebanyak lebih kurang 400 hukuman bvnuh. Namun
sebenarnya beliau tidak suka dengan kerjanya, dimana ianya diwarisi oleh
bapanya, yang dipaksa menjadi algojo.

Seperti
penghukum bvnuh yang lain, beliau diasingkan dari politik dan masyarakat, malah
tidak diberi kerakyatan. Mujur selepas beliau bersara, Maharaja Ferdinand II
memulihkan kehormatan dan memberi hak kerakyatan kepada beliau.

3) Charles-Henri Sanson

Keluarga Sanson
yang menjadi algojo bagi kerajaan Perancis telah berkhidmat selama enam
generasi, iaitu 150 tahun. Charles-Henri Sanson ialah keturunan keempat dan
paling terkenal antara semua garis keturunannya. Beliau pernah melaksanakan
hukuman m4t1 terhadap Raja Louis XVI dan 3,000 orang semasa Revolusi Perancis.

Beliau pernah
menyatakan kekesalan berkenaan tugasnya yang mengambil banyak nyawa,
terutamanya Raja Louis XVI. Anaknya, Henri mewarisi kerjanya selepas beliau
bersara, dimana Henri pernah melaksanakan hukuman bvnuh terhadap Marie
Antoinnette.

4) Giovanni Battista Bugatti

Bugatti diangkat
sebagai hero Itali kerana telah melaksanakan lebih 500 hukuman m4t1 terhadap
pesalah. Beliau juga pemegang jawatan algojo paling lama dalam sejarah.

Kisah beliau
sebagai seorang algojo pernah dicatatkan oleh penulis, Lord Byron, dan pemuisi
Itali, Giuseppe Giaocchino Belli.

5) Fernando Alvarez de Toledo

Ketika tempoh ‘Spanish
Inquisition’, beliau dilantik oleh Raja Phillip untuk menjadi algojo. Beliau dikhabarkan
pernah menghukum bvnuh 8,000 orang dalam masa sehari.

Beliau juga
dikhabarkan pernah berbangga dengan pencapaian beliau berjaya menghukum bvnuh
18,000 orang Belanda ketika berada di Netherlands.

6) Richard Brandon

Ilustrasi Richard Bradon menghukum bvnuh Raja Charles I. Gambar diambil dari laman toptenz.net

Amalan Richard
Brandon berkenaan cara beliau melaksanakan hukuman bvnuh, iaitu dengan memengg4l
kepala pesalah dengan sekali hayun, telah menjadi kayu ukur bagi mana-mana
algojo yang menjadi pemengg4l kepala.

Kepantasan beliau
dalam memengg4l amat dihargai oleh pesalah yang dihukum. Beliau pernah memengg4l
kepala Raja Charles I pada tahun 1649, dimana beliau dan pembantunya memakai
topeng dan janggut palsu bagi melindungi identiti diri dari khalayak ramai.

RUMUSAN

Menjadi seorang
algojo ketika zaman pertengahan Eropah bukan sesuatu yang mudah. Bukan saja realiti
kerja mereka iaitu mengambil nyawa orang atas nama undang-undang, mereka juga
dipulau, dihina, dan diasingkan dari masyarakat atas sebab kegagalan dari
memahami perkara di sebalik tugas mereka sebagai penegak undang-undang.

Jawatan mereka
sering diwariskan ke anak cucu mereka selepas mereka bersara. Oleh kerana
penindasan yang teruk oleh komuniti mereka, mereka hanya berkahwin dan beranak
pinak sesama mereka sahaja. Mereka juga terpaksa melakukan beberapa kerja kotor
ketika mereka tidak menghukum m4t1 pesalah, dimana ianya hanya menambah
kebencian masyarakat terhadap golongan algojo ini.

Itulah keadaan
yang mereka perlu hadapi sebagai seorang pencabut nyawa atas arahan mahkamah
atau istana, dimana mereka sendiri akan m4t1 suatu hari nanti, boleh jadi akibat
dihukum bvnuh jua adanya. Tak kiralah taraf seseorang itu, tengkuk mereka sama
saja bagi mana-mana bilah kapak atau pedang, ataupun tali gantung yang
digunakan bagi mengambil nyawa mereka.

RUJUKAN

1) Vučković, A. (2019, Oktober 6). The Dark Life of a Medieval Ex*cuti*ner – A Cut Away from the Rest. Diambil pada 3 November 2019 dari https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/medieval-executioner-0012681

2) Cybulskie, D. (2017, November). Medieval Ex*cuti*ns: The View from the Scaff*ld. https://www.medievalists.net/2017/11/medieval-executions-view-scaffold/

3) Owen, M. (2019, Ogos 5). Finding Fantasy Inspiration in the Ex*cutioners of Medieval Europe. Diambil pada 5 November 2019 dari https://www.tor.com/2019/08/05/feeding-the-crows-finding-fantasy-inspiration-in-the-executioners-of-medieval-europe/

4) Harrington, J.F. (2013, Mei 30). What was it like to be an ex*cutioner in the 16th century?. SLATE. Diambil pada 5 November 2019 dari https://slate.com/news-and-politics/2013/05/executioners-in-medieval-europe-history-of-capital-punishment.html

5) Radford, L. (2019, Oktober 30). The 12 Most Notorious Ex**utioners In History. Diambil pada 5 November 2019 dari https://www.ranker.com/list/most-documented-historical-headsmen/lyra-radford

6) Mike Brown, M. (2014, Jun 28). 10 of the Most Merciless Ex*cutioners in History. Diambil pada 5 November 2019 dari https://www.toptenz.net/10-merciless-executioners-history.php

7) Execution Methods. (n.d.). Diambil pada 5 November 2019 dari http://www.medieval-life-and-times.info/medieval-torture-and-punishment/execution-methods.htm

Perhatian sebentar.

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami. Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM5.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM5 / RM10 / RM50

Kongsi

No comments yet