Sebut saja nama Alfonso de Albuquerque ini, bermula dari peringkat rendah hingga ke menengah dan seterusnya rakyat Malaysia mengetahui bahawa inilah orangnya yang memimpin tentera Portugis menawan menjatuhkan Kesultanan Melayu Melaka pada 1511. Jika ditanya pula kepada masyarakat serantau, Alfonso ini juga penjelajah yang menemui Kepulauan Maluku, kemudian membawa rempah rempah untuk dijual ke Eropah dengan harga tinggi.
Disebabkan perbuatan Alfonso, Belanda ketika itu yang cuba untuk meluaskan jajahannya, telah mengadakan ekspedisi ke Indonesia dan berakhir dengan penjajahan. Sungguh, kemunculan Alfonso di rantau Asia ini telah membuka ruang untuk kuasa kuasa besar ketika itu memulakan kempen perluasan jajahan mereka.
Sebenarnya, apa yang kita tidak tahu tentang Alfonso ini adalah dia merupakan seorang bangsawan Portugis yang diyakini oleh raja mereka untuk menlenyapkan cahaya Islam dia Asia dan Afrika. Raja Manuel I melihat Alfonso adalah orang yang sesuai untuk mengakhiri peradaban emas Islam di timur bumi. Sungguh mereka memang tidak puas dengan kerajaan Islam yang ada atas kekalahan mereka dalam beberapa siri Perang Salib bersama Dinasti dan Empayar Islam.
Alfonso terkenal sebagai ‘The Great Conqueror’ dan dia sangat membenci Kaum Muslimin dan melakukan segala cara yang ada untuk memusnahkan negeri negeri Islam terutama di Asia, diantaranya India dan Kepulauan Melayu. Setelah kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia pada tahun 1492 oleh Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, kesemua peradaban ilmu telah dikaut habis oleh mereka termasuklah ilmu navigasi, ilmu pembinaan kapal, astronomi dan geografi. Disebabkan itu juga para pelaut Eropah menjadi kaya raya dengan menjadi kerajaan atas keberhasilan menjajah Afrika, Amerika dan Asia.
Termasuklah Alfonso, dia berangkat dengan kapal kapalnya dengan 3 tujuan misinya iaitu Gold(harta), Gospel(agama), Glory(penaklukan). Dia juga berusaha untuk menghentikan dominasi Empayar Uthmaniyyah yang menguasai sepenuhnya Laut Mediteranean dan Lautan Pasifik.
Orang Eropah ketika itu menganggap dunia sudah dikuasai oleh orang Muslim kecuali tempat mereka berada. Sepanjang perjalanan yang dilakukan Portugis dan Sepanyol mereka menemukan benua benua yang mereka jelajah banyak dihuni oleh penduduk asal yang beragama Islam. Contohnya, Filipina ketika itu adalah negara Muslim dengan nama Fi Amanillah, Afrika Utara yang dikuasai oleh Kesultanan Islam Maghribi dan Nusantara iaitu Tanah Melayu dan Sumatera ketika itu sebagai rakan kongsi kepada Empayar Turki Uthmaniyyah.
Alfonso menjadi orang pertama yang membuka gerbang penjajahan ke benua Asia. Nekadnya untuk menguasai Laut Merah, Teluk Parsi dan Samudera Hindia kerana inilah laluan pedagang yang strategik. Dia membangunkan koloni di sepanjang pesisir Afrika dengan niat untuk mengurangkan penguasaan Empayar Turki Uthmaniyyah supaya perdagangan dakwah Islam tidak sampai ke Samudera Hindia yang meliputi di utara dibatasi oleh selatan Asia; di barat oleh Jazirah Arab dan Afrika; di timur oleh Semenanjung Malaya, Sumatera, Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, dan Australia; di selatan oleh Antartika.
Di antara cara cara untuk menjatuhkan negeri negeri Islam yang dilakukan Alfonso adalah dengan bekerjasama dengan pengkhianat untuk mengadu domba Umat Islam, kemudian membuat raja raja mereka untuk meminta bantuan dari Alfonso supaya melindungi kepentingan penguasa setempat.
Sasaran mereka adalah laut laut strategis di Jazirah Arab untuk menguasai peradagangan orang Islam dan Samudera Hindia untuk dijadikan pengkalan Empayar Portugis Timur, dam juga Nusantara sebagai pembekal rempah ratus yang mampu membeli Eropah ketika itu.
Pada tahun 1507, Alfonso telah bekerjasama dengan Kerajaan Syiah Shafawiyah di Iran untuk melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyyah di timur. Alfonso ketika ini telah berhasil menguasai Teluk Parsi dan Laut Merah dan mengancam untuk menyerang Makkah dan Madinah lalu mencuri jasad Rasulullah. Begitulah dendam mereka terhadap kerajaan Islam yang didominasi oleh Turki Uthmaniyah yang telah kuat di bahagian Eropah Timur dan Laut Mediteranian.
Dalam Kitab Tarikh Al Khalij (Sejarah Teluk Arab), Dr Muhammad Mahmud Khalil mengatakan, “alasan kukuh Portugis menjajah negeri teluk Arab adalah untuk memudahkan jalan menuju Mekah dan Madinah dari timur. Mereka ingin nama Muhammad hilang dari Jazirah Arab selama lamanya.”
Di setiap tempat yang dijajah oleh Portugis, pastinya memberi kesan yang besar kepada sistem masyarakat dari segi sosial, ekonomi dan politik. Tentera Portugis menguasai Goa, India setelah jatuhnya Kesultanan Bijapur pada 15 ogos 1510 dan kemudian menjajah Kesultanan Melayu Melaka pada 1511.
Kenapa Alfonso begitu mahu menakluk Melaka?
“The King of Portugal has often commanded me to go to the Straits, because…this was the best place to intercept the trade which the Moslems…carry on in these parts. So it was to do Our Lord’s service that we were brought here; by taking Malacca, we would close the Straits so that never again would the Moslems be able to bring their spices by this route…. I am very sure that, if this Malacca trade is taken out of their hands, Cairo and Mecca will be completely lost.” (The Commentaries of the Great Afonso de Albuquerque)
“Raja Portugal telah mengarahkanku untuk pergi ke Melaka, kerana inilah tempat terbaik memintas perdagangan di mana orang Muslim yang menjalankan aktiviti ini. Jadi, ini berkaitan servis buat Tuhan kita yang membawa kita ke sini, dengan menakluk Melaka, kita akan tutup ia supaya orang Muslim tidak lagi berdagang rempah ratusnya di sini. Dan aku yakin bahawa, jika kita rampas perdagangan Melaka dari mereka, Kaherah (Mesir) dan Mekah akan kalah sepenuhnya.”
Begitulah kisah Alfonso de Albuquerque yang jelas sangat membenci Islam dan matlamatnya yang jelas telah meranapkan beberapa Kesultanan Islam dengan kerjasama pengkhianat dan musuh Islam yang tidak ingin melihat cahaya Islam ini bersinar terang di Asia.
RUJUKAN:
1. Badlihisham M. Nasir. (2012). Islamiyat: International Jounal of Islamic Studies, Vol. 34
2. Abdul Aziz Zakaria, Portugis Dalam Sejarah Melaka, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1963)
3. Albuqueroque, Albuquerque Caesar Timur: Teks-Teks Pilihan daripada Alfonsode Albuquerque dan Anaknya, (Universiti Malaya: Kuala Lumpur, 1995)
4. Al-Farouqi Ismail and Lois Lamya, The Cultural Atlas of Islam,(New York: Mcmillan Publishing Company, 1986)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih