Meta mengejutkan dunia teknologi selepas melabur hampir RM70 bilion untuk mengambil 49 peratus saham dalam syarikat Scale AI. Dalam perjanjian itu, Meta turut lantik pengasasnya, Alexandr Wang yang baru berusia 28 tahun, sebagai ketua makmal superintelligence syarikat mereka. Wang ialah antara individu paling berpengaruh dalam latihan data AI, bidang yang jadi nadi kepada model generatif moden.
Scale AI ditubuhkan oleh Wang ketika berusia 19 tahun, dan kini dinilai lebih RM130 bilion. Syarikat ini membina sistem pelabelan dan penyusunan data supaya mesin boleh belajar dengan lebih tepat. Skala data yang mereka urus setiap hari mencecah berbilion parameter, digunakan dalam sektor awam, pertahanan dan syarikat teknologi utama.
Meta tidak beli keseluruhan syarikat, tapi pegangan itu cukup besar untuk mengawal hala tuju teknikal dan strategik Scale AI. Wang kekal sebagai CEO, tapi dalam masa sama mengetuai pasukan khas dalam Meta yang fokus untuk membina sistem AGI. Pasukan ini lapor terus kepada CEO Mark Zuckerberg dan bergerak berasingan daripada unit Meta AI sedia ada.
Langkah ini bukan sekadar untuk cipta model baru. Meta mahu kuasai seluruh rantaian latihan AI dari pemilihan data, pelabelan, latihan, sehinggalah ke deployment. Ini berbeza dengan pesaing seperti OpenAI dan Google yang fokus kepada penghasilan model semata-mata. Meta sekarang mahu bina ekosistem penuh AI generatif mereka sendiri.
Wang pernah bekerjasama dengan banyak nama besar seperti OpenAI, DeepMind dan Anthropic. Kepakaran teknikal dan strategiknya menyebabkan beliau dijuluki sebagai “The Data General” oleh Forbes. Scale AI juga ada kontrak dengan Pentagon dan Jabatan Pertahanan AS, jadi pengalaman mereka dalam sistem kritikal sudah terbukti.
Selepas pelaburan Meta diumum, beberapa syarikat teknologi dilaporkan mula menarik diri daripada kerjasama dengan Scale AI. Persaingan AI kini lebih sengit dan terbuka. Wang pula sedang membentuk pasukan elit baharu yang akan rekrut jurutera dari seluruh dunia untuk memacu pembangunan AI supercerdas.
Meta mahu sistem yang bukan sekadar efisien, tapi juga selamat, stabil dan etikal. Ini termasuk pembangunan sistem penyusunan data yang ketat dan pengawalan bias secara teknikal. Wang pernah nyatakan bahawa masalah sebenar AI bukan pada model, tapi pada cara ia dilatih. Dan itulah bidang yang beliau sedang kuasai.
Zuckerberg dalam satu kenyataan menggelar Wang sebagai “master strategist” dalam dunia sistem latihan dan data. Meta kini tidak mahu hanya ikut perlumbaan AI, mereka mahu buka jalan sendiri. Langkah ini juga dilihat sebagai reaksi kepada dominasi OpenAI dalam pasaran dan sentimen awam.
Perkara ini seharusnya jadi pengajaran kepada negara lain. Kalau anak muda seperti Wang boleh bangunkan sistem berskala global sebelum umur 30, bermakna kuasa AI terletak pada siapa yang faham data. Bukan siapa yang paling ramai jurutera, tapi siapa yang mampu latih model paling tepat.
Kisah Alexandr Wang patut jadi pencetus semangat buat anak muda Malaysia. Bukan semua orang perlu cipta syarikat bilion ringgit, tapi semua orang boleh mula belajar dan faham apa yang sedang ubah dunia hari ini. AI bukan lagi bidang masa depan tapi ia tengah berlaku sekarang, dan siapa yang lambat faham akan jadi pengguna selamanya, bukan pencipta.
Kalau anda minat dunia AI, langkah pertama ialah fahami asas data dan logik. Banyak kursus percuma dan sumber terbuka tersedia hari ini, dari YouTube ke platform macam Coursera dan edX. Belajar coding, biasakan diri dengan Python, dan mula baca tentang machine learning serta etika data. Tak perlu tunggu jadi pakar untuk mula tapi mula dulu, dan teruskan langkah hari-hari.
Malaysia perlukan lebih ramai pemikir dan pembina, bukan sekadar pengguna teknologi luar. Kalau anak muda kita mula sekarang, dalam 5 ke 10 tahun kita boleh hasilkan pakar bertaraf dunia. Tapi syaratnya: jangan tunggu, jangan takut gagal, dan jangan tunggu disuruh. Dunia baru ini milik siapa yang berani ambil tempatnya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.