Siapa sangka, seorang lelaki yang mati pada usia 32 tahun boleh bina empayar seluas hampir 5,000 kilometer, dari Yunani sampai ke India. Itulah Alexander III dari Makedonia atau lebih dikenali dunia sebagai Alexander the Great.

Tapi macam mana seorang yang mati muda boleh gegarkan tiga benua sekaligus: Eropah, Asia, dan Afrika?

Rahsianya bermula dengan didikan dan cita-cita. Sejak kecil, Alexander dibimbing oleh ahli falsafah terkenal, Aristotle. Pendidikan dia bukan sekadar pasal ilmu perang, tapi juga strategi, sains, politik, dan etika.

Tapi yang paling penting, Alexander belajar macam mana nak faham dan kontrol manusia.

Lepas ayah dia, Raja Philip II, dibunuh, Alexander ambil alih takhta Makedonia pada umur 20 tahun. Tak lama lepas tu, dia terus lancarkan ekspedisi besar-besaran ke Asia.

Sasaran dia? Empayar Parsi Achaemenid, kuasa paling hebat ketika itu.

Dalam masa 10 tahun, Alexander menewaskan Parsi, tawan Mesir, kuasai Syria, dan sampai ke Lembah Indus di India. Setiap tempat yang dia tawan, dia tak sekadar rompak dan pergi.

Dia bina kota, tubuhkan pentadbiran, dan sebarkan budaya Yunani. Hasilnya, lahirlah zaman Hellenistik. Iaitu gabungan budaya Yunani dan Timur yang hidup berabad-abad selepas dia mati.

Tapi jangan lupa, Alexander juga tahu main psikologi. Dia layan jeneral musuh dengan hormat, kahwin dengan wanita Timur, pakai pakaian orang tempatan. Semua itu untuk dapat sokongan rakyat tempat yang dia tawan. Dia bukan sekadar tawan tanah, tapi juga hati manusia.

Cuma, kejayaan dia tak kekal lama. Lepas dia mati mengejut di Babylon, empayar dia berkecai. Tapi hari ini, warisan Alexander masih tersergam gah baik dalam seni, sains, dan sistem politik. Dunia berubah sepenuhnya lepas ekspedisi Alexander.

Jadi, rahsia Alexander bukan hanya pasal keberanian, tapi juga berkait dengann visi. Dia faham bahawa empayar tak dibina dengan pedang saja, tapi dengan gabungan ilmu, budaya, dan keupayaan menyatukan manusia yang berbeza di bawah satu panji.

Nak takluk dunia, kadang tak perlu umur yang panjang pun. Cukup dengan visi dan pandangan jauh.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.

Comments are closed.