Albert Einstein merupakan nama yang sinonim dengan kebijaksanaan. Merupakan seorang saintis terkenal, Einstein menjadi selebriti segera apabila teori saintifiknya, Teori Relativiti menjadikan beliau popular apabila ia memberi revolusi baru dalam sains. Persamaan yang dihasilkan oleh Einstein, E = mc2 juga menjadi salah satu persamaan paling popular di seluruh dunia menurut laman sesawang Business Insider.

Tahukah anda, selain dari terkenal sebagai seorang saintis, Einstein juga pernah dijemput untuk menjadi Presiden Israel yang kedua, selepas Presiden Israel yang pertama, Chaim Weizmann meninggal dunia pada tahun 1952.

Menurut penyandang jawatan Perdana Menteri Israel pada ketika itu, Yosef Sprinzak (Yosef juga merupakan Interim President pada waktu itu, hampir sama dengan situasi di Malaysia), nama Albert Einstein disebut-sebut sebagai calon Presiden kerana populariti Einstein mampu menguatkan lagi pengaruh kerajaan Israel yang baru dibina oleh rakyat Yahudi.

Dengan hubungan akrab Einstein dan negara-negara luar juga dilihat sebagai satu anugerah untuk mereka dalam proses mereka untuk melobi dunia menerima pembentukan negara mereka.

Tawaran oleh kerajaan Israel kemudiannya dihantar kepada Einstein pada 17 November 1952. Syarat yang diberikan oleh pihak Israel adalah agak longgar – Einstein tidak perlu terlalu menyibukkan diri dengan urusan pentadbiran negara, dan Einstein dibenarkan untuk terus melakukan kajian yang beliau minat.

Dalam erti kata lain, pihak Israel ingin memberi kebebasan penuh kepada Albert Einstein dalam proses menjadikan dia Presiden; dia masih boleh jadi saintis dan presiden negara pada masa yang sama.

Melihat kepada Einstein pula, pada waktu Einstein ditawarkan jawatan Presiden, Albert Einstein telahpun berumur 73 tahun, dan bukan seorang warganegara Israel. Sebaliknya pada waktu itu, Einstein memiliki kerakyatan Jerman, namun meminta perlindungan dari pihak Amerika Syarikat akibat dari pengaruh kuasa Nazi di Jerman.

Dalam kes ini, Einstein melihat kebangkitan puak Yahudi adalah perlu, supaya bangsa Yahudi boleh terus kekal wujud sebagai satu entiti yang sama.

“Zionisme terlahir daripada asas yang lebih dalam dari kesengsaraan kaum Yahudi”, kata Einstein dalam majalah Manchester Guardian pada tahun 1929. “Ia berakar daripada semangat tradisi untuk mengekalkan dan membangunkan orang-orang Yahudi dalam kelangsungan hidup mereka sebagai satu komuniti secara berterusan”.

“Zionism springs from an even deeper motive than Jewish suffering. It is rooted in a Jewish spiritual tradition whose maintenance and development are for Jews the basis of their continued existence as a community.”

Meskipun ucapan-ucapan Einstein adalah berpaksikan kepada keperluan survival kaum Yahudi, Einstein sendiri sebenarnya bersifat Pacifist (sukakakan keamanan dan bencikan peperangan). Einstein bersetuju dengan pembinaan negara Israel di kawasan yang telah diberi mandat oleh pihak British.

Namun pada yang sama, Einstein juga menolak idea kerajaan Yahudi yang “memiliki pagar, tentera serta keupayaan kuasa yang tersendiri”. Hal ini mungkin kerana Einstein sendiri tidak meyukai sifat nasionalis secara mutlak, memandangkan Einstein pernah berada sezaman dan senegara dengan Hitler dan angkatan tenteranya.

Figure 1: Einstein tidak menyukai gerakan nasionalisme, sebaliknya lebih bersikap Pacifist dan tidak menyukai peperangan.

Bercakap di New York pada tahun 1938, Einstein menyebut “Aku lebih suka sekiranya ada kata sepakat antara Arab (dan Israel) dalam keinginan mereka untuk hidup bersama dalam sebuah negara, dibandingkan dengan pembinaan negara Yahudi itu sendiri.”

Mungkin kerana pandangan politiknya inilah, dia menolak untuk menjadi Presiden sewaktu ditawarkan jawatan tersebut, dengan memberi alasan bahawa dia sudah tua (meskipun baru berusia 75 tahun pada waktu tersebut).

Einstein juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan orang ramai, dan lebih biasa untuk berinteraksi dengan alam fizikal dan sains secara umumnya.

Meskipun Einstein menolak jawatan Presiden, negara Israel masih lagi meminta bantuan Einstein sewaktu mereka ingin mendapatkan pengiktirafan pembentukan kerajaan Israel dari kerajaan India pada tahun 1947, di mana Presiden India, Jawaharlal Nehru pada waktu itu menolak kewujudan kerajaan Israel.

Meskipun menolak negara Israel, Nehru sendiri amat mengagumi Albert Einstein secara peribadi sebagai seorang saintis, dan mereka berdua berutus surat dalam berbincang mengenai pembentukan negara Israel, dan mereka akhirnya berjumpa di pejabat Einstein di Princeton sewaktu Nehru melawat Amerika Syarikat.

Figure 2: Gambar Nehru, Perdana Menteri India bersama Einstein.

Bacaan Lanjut:

“Albert Einstein on His Decision Not to Accept the Presidency of Israel.” https://www.jewishvirtuallibrary.org/albert-einstein-on-his-decision-not-to-accept-the-presidency-of-israel

“Einstein’s other theory.” https://www.theguardian.com/world/2005/feb/16/israel.india

“The Scientist and the Fascist: How Einstein reacted to Hitler’s rise.” https://www.theatlantic.com/science/archive/2017/06/einstein-germany-and-the-bomb/528534/

“Why Einstein Turned Down the Presidency of Israel.” https://allthatsinteresting.com/einstein-president-israel

“When Albert Einstein was Nominated for Presidency.” https://medium.com/history-of-yesterday/when-albert-einstein-was-nominated-for-presidency-a01fb71063e8


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Universe in a Nutshell, salah satu video yang membuka minda pemikir muda ini untuk mula meminati fizik. Setelah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana, dia kini sedang berusaha untuk merakyatkan sains kepada pelajarnya dan masyarakat umum. Minat utamanya adalah fizik moden, termasuk relativiti dan teori kuantum, di samping falsafah, ekonomi dan tasawuf

Comments are closed.