Adalah amat memeritkan bagi sesetengah individu untuk menggunakan kamus bagi menterjemah perkataan, dimana kita perlu menyemak helaian demi helaian, satu per satu bagi mencari perkataan yang diingini. Di bahagian teratas, kiri mukasurat kamus, terdapat perkataan yang mewakili perkataan pertama mukasurat tersebut, untuk menyenangkan pencarian.
Kelemahan kamus ialah tiada kemas kini bagi perkataan terbaru, dan terjemahan hanya terhad kepada satu perkataan sahaja, susah untuk dibawa ke mana-mana, dan kepayahan untuk menyelak helaian demi helaian untuk mencari perkataan yang diingini. Kewujudan kamus online berjaya menghapuskan sebahagian kelemahan buku kamus tradisional.
Malangnya, ianya juga hanya mampu untuk mencari satu perkataan sahaja seperti kamus yang asal. Namun, ada satu alat yang mampu mencari banyak perkataan sekaligus, dimana kita boleh memilikinya melalui pembelian, atau memilih alat terjemahan yang paling terkenal – Google Translate.
http://
Kebanyakan pengguna internet tahu bagaimana untuk menggunakan pautan ini. Ianya seperti anugerah dan nikmat bagi orang yang kurang baik dengan bahasa sekunder. Ia boleh menterjemah ayat pendek dengan baik, dengan kesalahan yang minima.
Kita juga boleh ‘click’ hasil perkataan untuk melihat perkataan sinonim bagi orang yang gemar menggunakan perkataan yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama, macam saya, penulis karangan ini.
Namun, hanya sebahagian kecil sahaja yang tahu, bahawa kita tidak boleh terlalu bergantung kepada Google Translate, terutamanya jika apa yang kita mahu maksudkan di ayat yang mahu diterjemahkan adalah lain daripada hasil ayat terjemahan.
Google Translate mampu menjadi kamus pelbagai fungsi, dimana ia boleh digunakan untuk menterjemah apa-apa bahasa yang digunakan di dunia. Kita boleh menggunakannya bagi menterjemah beberapa patah perkataan, asalkan kita tahu apa yang kita mahu terjemahkan, tetapi, apa kata sekiranya kita langsung tidak tahu apa yang kita cari, dimana kita hanya ‘copy and paste’ sahaja ayat yang mahu dicari ke kotak Google Translate? Di sinilah bermulanya episod Kedashyatan Terjemahan Secara Langsung.
Secara ringkas, terjemahan secara langsung bermaksud terjemahan secara harfiah (literally), tanpa memerhatikan konteks dan struktur ayat. Kebanyakan individu menyangka bahawa Google Translate adalah alat yang mampu menyenangkan hidup mereka. Bagi pelajar, mereka perlu menyiapkan kerja-kerja mereka dalam bahasa sekunder, dan disini mereka boleh menggunakan alat ini bagi menyiapkan pembentangan PowerPoint atau tesis, kemudian menganggap bahawa kerja mereka sudah siap dengan jayanya.
Walaubagaimanapun, menggunakan jalan pintas mempunyai risikonya yang tersendiri. Sesetengah individu boleh menerima cara ini, dimana mereka juga menggunakan terjemahan secara langsung, tetapi tidak bagi golongan yang berpengetahuan dengan bahasa sekunder yang digunakan. Keburukan menggunakan terjemahan secara langsung ialah seperti berikut:-
“Mari saya belanja.”
Dalam bahasa Inggeris, ayat ini mempunyai konteks dan konsep yang berbeza, tetapi, yalah, si penutur sudah terlebih biasa menggunakan terjemahan secara langsung, mungkin terpengaruh dengan gelagat Google Translate, dan dalam bahasa Inggeris, dia berkata:-
“Come I spend.”
Kini, ianya sudah menjadi ayat yang tidak masuk akal, dimana berapa banyak perkataan yang disumbat di awal atau akhir ayat ini, ianya tidak dapat menyangkal fakta, bahawa ianya tetap tidak dapat masuk akal. Tak tahulah bagaimana cara untuk membalas dia. Itulah satu kelemahan NYATA Google Translate; mesin terjemahan secara langsung.
Kita perlu belajar dahulu bahasa sekunder tersebut, dari awal hingga akhir, supaya kita boleh menulis dengan bahasa tersebut. Sebagai contoh anda orang Melayu, da mahu bercakap dalam bahasa Inggeris. Kita perlu belajar bahasa Inggeris terlebih dahulu, membuat latihan-latihan dengan bantuan guru yang berkenaan. Menonton filem Inggeris juga boleh membantu, dimana kita boleh menghafal ucapan hebat dari pelakon filem tersebut, mengkaji petikan yang dihafal dengan bantuan kamus dan guru. Cara ini juga boleh digunakan untuk novel atau ‘game’ Inggeris. Jangan khuatir untuk berlatih.
Google Translate adalah satu alat yang amat berguna bagi mereka yang tahu kelebihan, kelemahan dan had penggunaan alat tersebut, serta mempunyai pengetahuan yang cukup untuk bahasa yang mereka mahu terjemah. Akibat buruk menanti golongan yang selain yang disebut tadi, dimana mereka terus menggunakan alat ini tanpa mengambil peduli tentang konteks ayat, hasilnya adalah sama ada teramat kelakar, ataupun teramat hodoh, atau mungkin kedua-duanya sekali.
P/S: Menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris mempunyai konsep yang amat berlainan, namun tidak rugi membuat latihan untuk mahir kedua-dua cabang bahasa ini. Sebahagian rakan-rakan saya meminta saya untuk menterjemah ayat Melayu ke Inggeris. Pensyarah Inggeris sendiri sukar untuk berbuat demikian, kecualilah jika beliau mengambil program Diploma untuk Terjemahan Bahasa Inggeris atau apa-apa program yang serupa.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih