Sebut saja universiti tertua di dunia, orang Barat menyangka gelaran tersebut dipegang oleh Universiti Oxford (Britain) atau Universiti Bologna (Itali). Hakikatnya, gelaran itu dipegang oleh Universiti al-Qarawiyyin di Fez, Maghribi dan mendapat pengiktirafan oleh UNESCO dan Guinness World Records. Lebih menarik, ia merupakan institusi pertama di dunia yang diasaskan oleh seorang Muslimah.

Mengikut kisah yang diceritakan penduduk tempatan, keluarga al-Fihri – Mohamed, si pedagang dan puteri-puterinya Maryam dan Fatima berhijrah dari tanah asal mereka di Kairouan, Tunisia ke Fez, Maghribi. Selepas membina kehidupan baru di Fez, Mohamed dikenali sebagai seorang pedagang yang berjaya.

Ingin baca mengenai sejarah Islam di India? Beli buku terbaru The Patriots, Mughal: Mutiara Islam Di India di: http://bit.ly/PraTempahMughal

Pada ketika itu, Fez baru saja diasaskan dan ramai penduduknya merupakan orang luar sama ada dari tanah besar Iberia (Andalusia), Afrika Utara atau Timur Tengah. Memandangkan kota berkenaan tidak mempunyai masjid dan sekolah rasmi untuk pendidikan, Maryam dan Fatima al-Fihri mendermakan wang yang diwarisi mereka untuk membina Masjid al-Andalus dan al-Qarawiyyin.

Semasa ditubuhkan pada 859 Masihi, ia pada awalnya berperanan sebagai madrasah. Tetapi perlahan-lahan, ia bertukar menjadi pusat pengajian semua disiplin ilmu seperti al-Quran, fiqh, perubatan, matematik, astronomi, sejarah, geografi dan muzik. Kepelbagaian topik dan kualiti pengajaran menarik minat ramai cendekiawan dan para pelajar dari segenap pelosok rantau ketika itu.

Disebabkan popularitinya sebagai pusat pengajian ilmu, para pelajar juga harus melepasi tapisan yang ketat. Antara syarat yang dikenakan ialah mampu menghafaz al-Quran, penguasaan Bahasa Arab yang baik dan mempunyai pengetahuan yang baik dalam bidang sains.

Ingin baca bagaimana Jepun cuba menjajah China dan Korea pada waktu silam? Beli buku terbaru The Patriots Kitab Tamadun Jepun di: http://bit.ly/KitabTamadunJepun

Seperti mana tradisi para pemerintah Islam ketika itu, al-Qarawiyyin turut mendapat sokongan pemerintah dalam bentuk subsidi dan hadiah terutama dalam bentuk manuskrip. Ini menyebabkan institusi itu mempunyai beberapa buah perpustakaan di bangunan utama dan tambahan dengan setiap perpustakaan menempatkan karya-karya berpengaruh sepanjang zaman.

Bilik bacaan di Perpustakaan al-Qarawiyyin.

Terdapat 4,000 buah manuskrip yang disimpan di Perpustakaan al-Qarawiyyin. Antara manuskrip yang disimpan ialah dua buah mahakarya Ibnu Khaldun iaitu al-Muqaddimah dan al-Ibar serta kitab karangan Imam Malik bin Anas rahimahullah, al-Muwatta.

Seperti universiti moden hari ini, al-Qarawiyyin turut mengadakan sesi perdebatan dan simposium bagi mempromosikan pertukaran idea dan pembangunan pelbagai disiplin ilmu. Idea dan visi Fatima ini mempengaruhi negara-negara Eropah untuk membangunkan institusi sama di tanah air mereka. Ini diterjemah menerusi pembentukan Universiti Bologna pada 1088 dan Universiti Oxford pada 1096.

Ibnu Khaldun pernah berkhidmat sebagai tenaga pengajar di al-Qarawiyyin.

Antara cendekiawan yang pernah menghadiri universiti berkenaan ialah Abu Abdullah Al-Sati, Abu Al-Abbas al-Zwawi, Ibn Rashid Al-Sabti, Ibn Al-Haj Al-Fasi dan Abu Madhab Al-Fasi. Sementara al-Idrisi, Ibnu Maymun/Maimonids, Ibnu Khaldun dan Ibnu al-Arabi pernah menjadi tenaga pengajar di al-Qarawiyyin.

Paus Sylvester II

Menariknya, salah seorang alumni al-Qarawiyyin ialah seorang Paus bernama Sylvester II. Sylvester II atau nama sebenarnya Gerbert of Aurillac bertanggungjawab memperkenalkan angka sifar dan angka-angka Arab di Eropah. Ini berikutan latar belakangnya sebagai seorang cendekiawan matematik dan astronomi.

Universiti al-Qarawiyyin menjadi sebahagian daripada sistem pengajian tinggi Maghribi pada tahun 1963. Tidak seperti apa yang disangka, pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan dibenarkan hadir ke universiti berkenaan. Dan sehingga hari ini, para pelajar akan berkumpul secara halaqah atau separuh bulatan mengelilingi tenaga pengajar mereka.

RUJUKAN

Daily Sabah. (2020, 7 Jun). Al-Qarawiyyin, world’s oldest, continually operating university, was founded by a Muslim woman.

FSTC. (2004, 20 Oktober). Al-Qarawiyyin Mosque and University. Muslim Heritage.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply