Selepas Tariq bin Ziyad dan Musa bin Nusair mendapatkan Andalusia (Sepanyol) dari puak Visigoth sekitar awal kurun ke 8 pada 711 M, pemerintahan di bumi Andalusia silih berganti dan tiada kerajaan yang terus berada di puncak, dan akhirnya jatuh pada 756 M. Dan pada tahun ini, wakil tunggal kerajaan Umayyah, Abd Rahman ad Dakhil telah lari ke Andalusia dan membina kerajaan Umayyah II dengan melantik diri beliau menjadi amir di Andalusia.

Keadaan kembali tenang dan setiap negeri di bawah naungan Kekhilafahan Cordova pimpinan Abd Rahman I yang hanya taat pada satu pemerintah ketika bermulanya era Kerajaan Umayyah II ini. Tetapi pada tahun 1031 M, kerajaan Umayyah mula jatuh. Negeri-negeri Islam di bawah naungan Kekhilafan Cordova telah terpecah kepada 33 buah negeri. }

Sangat banyak sehinggakan berlaku banyak siri perang saudara yang merugikan umat Islam sendiri. Kesemua negeri ini mula berkeinginan untuk mengadakan pemerintahan sendiri dan mempunyai ibu kota sendiri yang digelar taifah. Lingkaran kepimpinan ini sangat tidak memberi untung kepada umat Islam malah memberi peluang kepada Kerajaan Katolik di utara Andalusia.

Kerajaan Katolik di utara Andalusia telah melihat ini sebagai satu peluang untuk meluaskan jajahan mereka. Kerajaan Katolik seperti Lyon, Castille, Navarre dan Aragon ini sering kali berpakat untuk merancang bagaimana mahu merebut setiap wilayah Andalusia yang sudah terpecah menjadi kerajaan kecil. Pelbagai usaha telah mereka lakukan termasuklah mengadu domba antara kota kota muslim. Sebagai contoh, sultan Toledo meminta bantuan Castille untuk menyerang Cordova pada tahun 1043 M, dan kesepakatan raja Muslim dengan Barcelona untuk menjajah negeri muslim Murcia.

Apa agaknya Kerajaan Katolik ini begitu mahukan wilayah wilayah Andalusia ini? Sebabnya wilayah wilayah di bawah Andalusia ini sangat kaya. Sehinggakan mereka mampu mengupah tentera Barcelona, Perancis dan negeri Katolik yang lainnya hanya untuk mengepung kota saudara muslimnya.

Kita perlu tahu bahawa sesebuah wilayah tidaklah sebesar mana. Lagi pulak telah terpecah kepada 33 buah negeri. Dan setiap dari wilayah ini punya harta dan kaya raya. Hebat sungguh kerajaan Islam Andalusia. Perkara ini telah dirakam oleh para sejarawan seperti Dr Raghib Sirjani dalam buku Qisshatul Andalus Minal Bidayah Ila As Suquth.

Di kala umat Islam di Andalusia telah jatuh dalam keasyikan takhta dan harta, pada tahun 1085 M yang di mana pada tahun ini, kota Toledo telah jatuh ke tangan tentera Kristian. Seorang sultan yang bernama Al Mu’tamid bin Abbad, pemimpin kota Seville dan Cordova, dua kota yang sangat penting kerana kaya dengan harta dan keilmuannya.

Demi menjaga kekuasaannya ke atas dua kota ini, ia bekerjasama dengan Alfonso IV, Raja Castille, agar kerajaannya terjaga. Dalam pakatan mereka, jika Al-Mu’tamid menakluk sebuah kota, maka kotanya akan diperolehi oleh Al-Mu’tamid manakala harta rampasan akan diambil oleh Alfonso IV.

Kejayaan Alfonso IV dalam memiliki Toledo adalah kerana bantuan Al-Mu’tamid. Alfonso IV mula mengambil peluang apabila melihat kaum Muslimin berpecah belah dengan memanfaatkan kesempatan untuk meluaskan wilayah Kerajaan Castille ke kota kota Muslim yang lain. Hal ini membuat Al-Mu’tamid mula sedar dan geram dengan pengkhianatan ini. Beliau menyesal kerana membawa masuk Alfonso IV ke wilayah Muslimin. Bahkan Alfonso IV juga berhasrat hendak menakluk wilayah Al-Mu’tamid.

Ada disebut dalam sebuah riwayat bahawa Alfonso IV telah mengutus 500 pasukan yang diketuai oleh seoran Yahudi bernama Ben Salib untuk mengambil pajak secara paksa daripada Al-Mu’tamid. Ketika sampai ke istananya,

Ben Salib dengan angkuhnya berkata, “Jangan anggap aku hanya urusan diraja. Aku ke sini hendak mengambil hartamu yang kotor itu. Aku tidak mahu menerima kecuali emas tulen. Kalau kau tak mampu berikannya, tahun depan kami akan menagihnya dua kali ganda! ”, tertulis dalam buku bertajuk Daulah Murabithun.

Mendengar kata kata Ben Salib, Al-Mu’tamid terus tersentak dan menyesal, “Aku tak sanggup lagi hidup di bawah bayang-bayang Katolik!”. Selepas membuat keputusan begitu, Al-Mu’tamid telah membunuh semua pasukan Alfonso IV dan mengusir duta besar kerajaan Castille dari Seville. Ini membuatkan Alfonso IV berang dan mula memasang niatnya akan menghancurkan Al-Mu’tamid.

Alfonso IV mendapat khabar berita itu ketika dia sedang mengepung kota Cordova. Itu membuatkan dia terus mengarahkan tentera untuk menyerang Seville, ibu kota kerajaan Al-Mu’tamid, dan dia bersumpah untuk membenam terus Islam d Andalusia.

Sepanjang perjalanan ke Seville, dia dan tenteranya telah melakukan kerosakan dengan memperkosa wanita dan membakar desa desa yang ada. Inilah perangai buruk tentera yang tidak berpaksikan Islam sebgai tunjang kehidupan. Sepanjang sejarah perang dalam Islam, tidak pula kita melakukan kerosakan malah melindungi mereka tidak berkeupayaan walaupun berlainan agama.

Ketika sampainya Alfonso IV di bahagian paling selatan di Andalusia, dia menyuruh utusannya mengirim surat kepada Yusuf bin Tasyfin, seorang raja Muslim di Afrika Utara, untuk mengatakan bahawa Alfonso IV telah berhasil meruntuhkan kekuatan Islam di Andalusia.

Tujuan dia adalah agar Yusuf bin Tasyfin tidak masuk campur dalam urusannya menawan Andalusia. Alfonso sudah tahu bahawa walaupun raja raja Muslim Andalusia sudah tertekan, mereka tidak akan meminta pertolongan saudara mereka di Afrika Utara bahkan meraikan kerajaan Katolik lain sebagai penyelamat, kerana terlalu cinta dunia.

Alfonso dan tenteranya telah sampai di kota Seville beberapa hari seterusnya. Dia telah mengepung selama 3 hari lamanya. Penduduk mula merasa resah kerana bahan makanan menjadi terhad, sementara Alfonso berkobar kobar untuk menghapuskan semua yang berada di dalam kota Seville. Melihat hal ini, Al-Mu’tamid mula mengambil tindakan dengan menghantar utusan kepada Yusuf bin Tasyfin untuk memintan bantuan Negara Murabithun di Afrika Utara untuk melawan Alfonso IV.

Mengetahui hal ini, Alfonso begitu terkejut kerana dia begitu yakin selama ini. Ini di luar perkiraannya. Sepanjang waktu, dia telah menakluk kota demi kota sebelum pasukan Murabithun datang ke Afrika. Keluarga Bani Hud di Zaragoza, Bani Dzun Nun di Valencia, seterusnya Bani Shamadih di Almeria dihancurkan satu persatu. Hingga akhirnya dia sampai ke Granada, kota terkakhir kaum Muslimin di Andalusia. Memang Alfonso yakin yang kaum Muslimin tidak akan bersatu.

Di saat saat genting ketika itu, raja raja Muslim sedar bahawa perpecahan telah membawa mereka berada bagai telur di hujung tanduk. Andalusia di ambang kehancuran. Lebih kurang 13 raja Msulim bersama para ulama dan bangsawan berkumpul di kediaman Al-Mu’tamid untuk berbincang apa yang harus mereka lakukan. Mereka sebenarnya berasa berat hati untuk meminta pertolongan Yusuf bin Tasyfin kerana takut jika Yusuf merebut harta mereka. Masha Allah hati mereka memang sudah begitu cintakan dunia.

Al- Mu’tamid telah tampil berdiri di hadapan semua raja Muslim lalu berkata, “Aku lebih bahagia jadi gembala untanya Muslimin Afrika daripada menjadi gembala babinya Castille!” Semua hadirin bagaikan tersentak dengan kalimat hebat itu. Ada disebut dalam beberapa riwayat bahawa anaknya Al-Mu’tamid bertanya kepadanya, “Wahai ayah, apakah kau rela mendatangkan muslimin Afrika yang akan menggantikan posisi kita dan mendapatkan harta benda kita?”

“Wahai anakku”, jawab Al-Mu’tamid, “Aku tidak mahu jika sejarah mencatatkanku sebagai manusia yang mengembalikan Andalusia menjadi negara kufur. Aku tidak akan membiarkan Andalusia diserahkan kepada Katolik, sehingga namaku dilaknat di mimbar mimbar muslimin sebagaimana raja raja terdahulu yang lebih mencintai musuh dibandingkan saudaranya sendiri”. Perbualan ini dirakan dalam Kitab Az Zallaqah karangan Dr Syauqi Abu Khalil.   

Setiap detik berlalu, membuatkan Alfonso IV telah bergabung dengan Lyon, Navarre dan Barcelona untuk berarak ke kota Seville. Dalam masa yang sama, Al-Mu’tamid tidak berhenti mengutus surat kepada Yusuf bin Tasyfin untuk memaklumkan keadaan di Seville. Setelah lama berutus surat, Yusuf bin Tasyfin tiba di Seville bersama tenteranya pada 30 Jun 1086. Kedatangan mereka diraikan kerana dianggap penyelamat. Selama 8 hari tentera Murabithun membuat persediaan dari dalam kota Seville.

Dunia kali ini akan menjadi saksi kepada pertempuran mujahid yang terdiri daripada Muslimin Afrika dan Andalusia yang akan berhadapan dengan pasukan gabungan Leon, Castille dan Aragon di sebuah lembah bernama Sagrajas. Pertempuran Sagrajas atau Pertempuran az-Zallaqah (kerana licinnya tanah dengan darah) yang terjadi pada 23 Oktober 1086 ini akhirnya telah membawa kemenangan pada tentera Islam pimpinan Yusuf bin Tasyfin walaupun kematian di pihak Islam telah mematahkan semangat ramai pahlawan dan kesan dari perang ini tidak begitu ketara kerana Kerajaan Katolik masih mengekalkan kuasanya dia atas wilayah yag ditaklukinya.

Raja-raja Muslim Andalusia dapat juga meneruskan pemerintahan sehinggalah kejatuhan kota Granada kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella pada 1236 M. Jasa Al-Mu’tamid sentiasa diingat kerana peranan beliau dalam menyatukan raja raja Muslim Andalusia dan sanggup mengenepikan segala harta dan takhta demi kelangsungan Andalusia dari jatuh ke tangan puak Katolik. Jadi eloklah beliau dianggap sebagai penjaga Andalusia yang terakhir kerana selepas dari itu tiada lagi yang mampu melakukan perkara seperti beliau.

RUJUKAN:

1. Dr Raghib as Sirjani, (2015), Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, Pustaka Al-Kautsar

2. Drs. H. A. Hafizah Dasuki, (1994), Ensiklopedia Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.