Tongkat sakti, atau lebih dikenali di kalangan peminat kisah-kisah epik ‘legends, myths and folklore’ sebagai ‘staff’ atau ‘wands’ adalah sangat sinonim dengan penggunaan magis serta keajaiban.
Antara tongkat sakti yang terkenal adalah ‘Elder Wand’ di dalam kisah Harry Potter, dan juga tongkat milik Gandalf the Grey (dan kemudiannya, naik ‘level’ kepada Gandalf the White).
‘Elder Wand’, tongkat sakti terkuat di dalamkisah Harry Potter dikisahkan dicipta oleh ‘Death’ (Malaikat Maut) sendiri yang dikurniakan kepada Antioch Peverell sebagai salah satu daripada 3 Hallow. Dikisahkan juga, mana-mana ahli sihir yang dapat mengawal ketiga-tiga Hallow ini, ‘Elder Wand’, ‘Resurrection Stone’ dan juga ‘Cloak of Invisibility’, akan menjadi ‘Master of Death’.
Di dalam epik ‘Lord of The Rings’ pula, Maiar, panggilan bagi ahli sihir di dalam ‘realm’ LOTR, tongkat sakti adalah lebih bersifat ‘personal’ dan terikat dengan setiap Maiar. Ini dapat dilihat ketika Gandalf the Grey, selepas menang menentang Durin’s Bane, seekor Balrog di perut Morgoth, dia memperoleh suatu ‘upgrade’, daripada Gandalf the Grey, kepada Gandalf the White, tongkat saktinya juga turut mendapat ‘upgrade’ tersebut.
————
Dalam sejarah Nabi-Nabi juga, ada mengisahkan mengenai tongkat sakti. Namun begitu di dalam Islam, terma yang lebih tepat digunakan adalah mukjizat.
Tongkat Nabi Musa contohnya, bukanlah mukjizatnya datang daripada keupayaan magis Nabi Musa, tetapi adalah kurniaan Allah SWT. Ini dapat dibuktikan melalui setiap keajaiban yang diperlihatkan oleh tongkat Nabi Musa itu adalah hasil dari arahan Allah SWT.
Contohnya peristiwa di mana tongkat baginda memukul batu yang memancarkan mata air, bertukar menjadi ular yang memakan ular-ular kecil ahli sihir Fir’aun, dan juga ketika ia membelah Laut Merah.
Perbezaan diantara Tongkat Nabi Musa dan juga tongkat ahli sihir fiksyen seperti kisah Harry Potter atau LOTR adalah sumber kekuasaan yang dimilikinya.
Di mana tongkat ahli sihir fiksyen datangnya dari kekuasaan pengguna itu sendiri, Tongkat Nabi Musa pula adalah kurniaan dan dengan izin Allah SWT.
————-
Apa pun, di dalam sejarah mahupun kisah fiksyen manusia, elemen tongkat sakti ini tidak dapat dipisahkan.
Ianya menjadi suatu simbol kekuasaan dan kebijaksanaan.
Sedar atau tidak, di zaman kita juga wujudnya sebuah tongkat sakti yang sangat berkuasa. Saya boleh katakan hampir majoriti rakyat di Malaysia mempunyainya.
Ia suatu simbol kekuasaan yang menentukan kadar hidup dan kematian.
Ia juga simbol kebijaksanaan jika benar-benar faham akan penggunaannya dan pemiliknya mempraktikkan penggunaannya.
Kepada yang mempunyai tongkat sakti ini dan tidak menggunakannya pula, adalah sesuatu yang kurang cerdik, dan boleh kita katakan kufur nikmat kerana tidak menggunakan ia sebaiknya.
Tongkat sakti yang saya maksudkan di sini adalah seperti gambar di bawah ini.
Gunakanlah ia dengan sebaiknya… Gunakanlah ia sebagai tanda kita mensyukuri nikmat, bijaksana dan juga seorang individu yang bertanggungjawab dalam menggunakan ‘kekuasaan’ yang ada pada dirinya..
Selamat beramal.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih