Berita paling penting dalam 2 tahun yang lepas sejak berlakunya “p3rang perdagangan” (trade w4r) antara US dan China: kedua-dua US dan China telah menandantangani perjanjian perdagangan fasa satu (“phase one” trade deal) di Rumah Putih sebentar tadi.

Punca p3rang perdagangan ialah Trump complain defisit perdagangan antara US dan China terlalu besar ($419 bilion pada tahun 2018), jadi dia naikkan tarif (cukai) ke atas barangan import China bermula Jun 2018. So far dah 4 round tarif dia bagi, nilai barangan China yang dikenakan tarif yang lebih tinggi ada dalam $350 bilion.

Eksport China ke US ada dalam $540 bilion. $350 bilion = 65%, gila tak sakit China. Untuk paksa China tunduk, Trump kejap sekat Huawei, kejap cucuk China dengan bakar isu Korea Utara, Hong Kong, Uyghur dan baru-baru ni Iran (Iran ni rakan penting China, kalau terjadi pape, China juga susah). Ni taktik Trump yang dikenali sebagai “maximum pressure” – cetuskan huru-hara di all front, tekan lawan perundingan sampai tak dapat bernafas.

So akhirnya China bersetuju untuk menandatangani perjanjian fasa satu ini. Di bawah perjanjian ni, China akan import $200 bilion barangan US extra. Bila China import lebih, ceteris paribus, defisit $419 bilion akan kurang sebanyak 47% jadi $219 bilion. Tapi Trump masih kekalkan tarif $350 bilion ke atas China. Katanya akan dimansuhkan/dikurangkan masa bincang “fasa dua” nanti.

Kenapa Trump nak buat by fasa? Sebab takut kalau sekali gus selesaikan masalah nanti pengundi tak nak undi dia lagi. Plus kalau China buat hal masih ada “trump card” di tangan US. Power tak power Trump. Ni baru cara orang buat deal.

Hardliners dekat China memang tak setuju dengan perjanjian ini. Ada yang bandingkan ia dengan Perjanjian Nanking tahun 1842 yang ditandatangani oleh China selepas kalah P3rang Candu, sungguh memalukan negara. Tapi Trump punya “maximum pressure” bukan main, ekonomi China pula makin merudum akibat trade w4r, jadi nak tak nak Xi Jinping kena telan kepahitan sementara.

Macam biasa, market akan react. USD naik, Bursa naik, Ringgit naik, semua naik, sehingga Tweet seterusnya daripada Trump.

Apa pun trade deal ni dah lama aku jangkakan. Dari Day 1 Trump jadi presiden US aku dah kata dunia tak akan h4ncur di bawah Trump, trade w4r tak akan membawa kepada p3rang US-China, gertak-menggertak antara US dan Korea Utara tak akan bawa kepada p3rang nuklear, provoke Iran pun rilek je tak ada p3rang. Samada kerangka analisis aku tepat atau pun aku ni member Trump, pilih lah mana korang nak percaya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.