Salah seorang aktivis anti-vaksin terkenal Israel kembali menemui Penciptanya akibat Covid-19 pada Isnin lepas. Walaupun vaksin sudah terbukti mengurangkan potensi jangkitan menerusi pelbagai kajian klinikal di seluruh dunia, bagi Hai Shoulian, itu semua karut semata-mata.
Shoulian mula dimasukkan ke hospital pada minggu lepas dan keadaannya semakin merosot pada Sabtu. Dalam hantaran videonya di Facebook, dia memberitahu berdepan kesukaran untuk bernafas dan terpaksa memerlukan bantuan oksigen. Bagaimanapun, Shoulian percaya dia akan pulih semula dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Dalam keadaan genting itu, dia masih menyeru pengikutnya untuk menolak vaksin dan pasport vaksin yang diperkenalkan rejim. Pasport vaksin yang dimaksudkan ialah sistem Pas Hijau di mana tempat atau acara yang membenarkan kehadiran individu yang lengkap divaksin, pulih daripada Covid-19 atau disahkan negatif.
Dalam satu hantaran video yang lain, Shoulian mendakwa dirinya dira.cu.n oleh pihak berkuasa rejim selepas ditahan mereka kerana melancarkan protes anti-pasport vaksin. Baginya, Covid-19 merupakan satu bentuk pembohongan dan satu cara untuk mengawal kebebasan orang ramai.
Para pengikut Shoulian menyifatkan kema.ti.annya hanya mengesahkan apa yang dipercayai mereka. Tetapi bagi ramai pengamal perubatan Israel seperti Dr Lior Ungar, mereka amat berharap pengikut Shoulian segera sedar sebelum nasi menjadi bubur. Ini kerana selagi mereka tidak divaksin, jangkitan Covid-19 bukan sekadar memamah kesihatan mereka dengan cara yang dahsyat. Malah, ia akan terus menafikan kehidupan normal yang ingin dikecapi seperti sebelum pandemik bermula.
RUJUKAN:
Hasson, Nir. (2021). Prominent Israeli Anti-vaxxer Dies of COVID. His Followers Remain Unwavering. Haaretz.
The Times of Israel. (2021). Defiant to the end, prominent anti-vaxx activist dies of COVID.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih