Meskipun Akshamsaddin terkenal dengan hubungannya bersama Sultan Mehmed II al Fatih dan membantu dalam penak.lukan baginda ke atas Konstantinopel, beliau juga merupakan seorang sarjana perubatan yang berteori tentang kuman dengan menyamakan mikrob dengan biji benih.

Siri Netflix Rise of Empires: Ottoman memaparkan kisah penak.lukan Konstantinopel oleh Sultan Mehmed II. Salah satu kelemahan terbesar siri dokumentari bersejarah ini ialah ada beberapa watak penting yang tidak ditunjukkan. Salah seorang daripada mereka ialah Akshamsaddin, seorang tutor dan penasihat yang berpengaruh kepada Sultan Mehmed II.

Siri ini sepatutnya memaparkan wataknya, walaupun hanya dalam satu babak, kerana dia berada dalam tentera semasa penak.lukan. Dialah yang paling banyak memberikan semangat kepada sultan dan tenteranya.

Sultan Mehmed II melantik dia sebagai guru agamanya.  Arkib sejarah Uthmaniyah di Istana Topkapi mengatakan bahawa Sultan Mehmed II memerintahkan se.rangan yang dilancarkan semasa pe.rang berada dalam keadaan terkunci lalu mereka berjaya menembusi tembok kota setelah menerima perkhabaran dari Akshamsaddin.

Babak ini serta kebanyakan babak lain dalam siri ini, bagaimanapun, menampilkan watak Mara Hatun sebaliknya. Jadi, siapa sebenarnya Akshamsaddin?

Carian di internet secara umumnya akan menunjukkan bahawa dia seorang ulama sufi tetapi Akshamsaddin juga dikenali sebagai evliya, istilah yang paling biasa digunakan oleh orang Islam untuk merujuk seorang wali dari kalangan orang Turki.

Rise of Empires: Ottoman

Makam beliau yang bertempat di daerah Goynuk di wilayah Bolu barat sering dikunjungi oleh orang ramai.  Akshamsaddin bukan sahaja seorang ulama sufi, tetapi juga seorang müderris (profesor), sarjana perubatan dan penyair.

Nama sebenar beliau ialah Shamseddin Muhammad, dan beliau dilahirkan di Damsyik pada tahun 1390. Garis keturuna  beliau dari sebelah bapanya bermula sejak Khalifah Abu Bakar.  Dia datang ke wilayah Amasya utara bersama bapanya pada usia 7 tahun dan mendapat pendidikan rendah daripada keluarganya. Dia telah menghafaz al-Quran semasa dia kecil.

Selain ilmu agama, beliau juga menerima pendidikan perubatan. Apabila dia dilantik sebagai müderris, latihan yang diterimanya tidak memuaskan hatinya dalam mencari jalan ke arah jiwa rohaniah. Oleh itu, dia kemudian rapat dengan Hacı Bayram-I Veli, salah seorang sufi yang paling terkenal pada zaman itu.

Dia mula menjadi pemimpin sebagai salah seorang ketua pelajar. Dengan petunjuk dari gurunya, dia mula-mula menetap di Beypazarı, di wilayah Ankara tengah, dan kemudian di Goynuk di wilayah Bolu, dan terlibat dalam aktiviti pondok darwis.

Dia digelar Akshamsaddin (awalan “ak” dalam namanya bermaksud putih dalam bahasa Turki) dan Akşeyh (Sheikh Putih) kerana wajah, rambut dan janggutnya menjadi putih akibat disiplin sufi yang ketat yang dilaluinya, di samping pakaian putih yang dipakainya.

Perlu diingat, sarjana Islam zaman klasik lazimnya akan menjalani pendidikan yang menyeluruh. Dalam ilmu agama, kesemua mereka mendapat diploma pengajian tinggi sehingga taraf tertentu. Amalan melontarkan pandangan tersendiri adalah cara untuk mendapatkan pengesahan. Mereka kemudiannya menumpukan masa pada satu atau beberapa bidang sesuai dengan keperluan zaman dan minat mereka sendiri.

Ilmuan Islam terdahulu.

Selain aktiviti pondok darwis di Goynuk, Akshamsaddin juga terlibat dalam pengajian dalam bidang perubatan dan farmasi. Dia berpeluang mengunjungi istana Uthmaniyah di wilayah Edirne barat berkat dari hubungan gurunya Hacı Bayram-I Veli dengan Sultan Murad II dan ilmu perubatannya.

Pada kunjungan pertamanya, Akshamsaddin merawat Süleyman Pasha, salah seorang ketua qadi Murad II.  Dia menyembuhkannya dengan kaedah yang tak mampu difikirkan oleh para tabib istana. Dalam lawatan yang seterusnya, dia berjaya menyembuhkan puteri Sultan Mehmed II.

Beginilah cara beliau bertemu dengan Mehmed al Fatih dan membantu serta memberikan sokongan terhadap persiapan untuk menak.luki Konstantinopel. Dia juga pernah melawan mereka yang enggan menyokong sultan, beliau berkata, “Pertama sekali, Sultan Mehmed II akan menak.luki Konstantinopel.”

Tertekan dengan kelewatan proses penak.lukan pada hari-hari terakhir pe.rang, sultan menjadi gelisah. Oleh itu, beliau sering menghantar surat kepada Akshamsaddin bagi memohon sokongan moral, selain ingin mengetahui bilakah penak.lukan itu akan selesai.

Akhirnya, dia menghantar wazirnya, Ahmed Pasha,  “Tanyakan kepada syeikh, apakah ada harapan untuk menak.luki kubu dan mengalahkan musuh?” Jawapannya adalah,  “Jika begitu ramai orang Islam dan veteran dari umat Nabi Muhammad berkumpul dan mensasarkan kubu musuh Allah, aku mendoakan kubu itu akan ditak.luki.”

Pada pagi 29 Mei, Sultan Mehmed II memahami petunjuk itu, dan tembok kota musuh berjaya ditembusi. Masjid Zeyrek telah dibina khas untuk Akshamsaddin selepas penak.lukan. Kini, kawasan itu telah menepati namanya sebagai kejiranan Akshamsaddin.

Sultan Mehmed II al Fatih

Akshamsaddin juga telah menemui makam Abu Ayyub al-Ansari yang hilang, salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang terkenal, yang telah berkhidmat untuk baginda sebagai gabenor kota Madinah. Abu Ayyub meninggal dunia akibat sakit semasa terlibat dalam Pengepungan Konstantinopel yang pertama pada tahun 674 Masehi.

Apabila tempat beliau bersemadi itu digali, sekeping batu dengan nama terukir padanya telah ditemui. Kemudian, sebuah kompleks besar telah dibina di sana oleh Sultan Mehmed II bagi menghormati Abu Ayyub al-Ansari.

Sultan sangat teruja dan kagum kepada Akshamsaddin. Pada suatu hari, dia memberitahu Mahmud Pasha, “Rasa hormat aku kepada Lala Akshamsaddin adalah abadi. Tangan aku menggigil kerana teruja apabila bersamanya. Apabila syeikh yang lain datang kepada aku, tangan mereka juga menggeletar kerana teruja.”

Dikatakan, apabila sultan berasa gembira selepas penak.lukan itu, baginda bertitah tentang keadaan baginda: “Kegembiraan yang kalian lihat padaku bukan hanya kerana penak.lukan ini. Aku gembira kerana seorang evliya seperti Akshamsaddin hidup pada zaman aku.”

Makam Abu Ayyub al-Ansari di Istanbul.

Selepas berkenalan dengannya, Sultan Mehmed II sering bertemu dengan Akshamsaddin untuk mendapatkan sokongan. Mereka mengadakan perbualan penting semasa dan selepas penak.lukan.

Apabila Mehmed II meminta untuk menjadi salah seorang muridnya, Akshamsaddin menolak permintaan sultan muda itu. Apabila dia mendesak beberapa kali, Akshamsaddin berkata:

“Sultan!  Ada kenikmatan dalam bertasawuf. Jika kamu terlalu menikmatinya, kesultananmu tidak akan ada nilai lagi di mata kamu dan kamu akan mengabaikan urusan negara dan bangsa kerana rasa nikmat yang kamu temui di dalamnya. Dengan itu, keadilan akan hilang. Adalah lebih penting untuk kamu memastikan keadilan dan kepercayaan kekal terhadap negara daripada memeluk ajaran tertentu. Jika hal-hal ini [pentadbiran] jatuh ke tangan pihak yang tidak cekap, kamu akan mengingkari perintah Allah, sebagaimana Dia memerintahkan agar serahkan tugas kepada mereka yang ahli dalam bidangnya. Adalah lebih penting untuk kamu menegakkan keadilan di bumi Allah daripada mengikut ajaran tertentu. Tujuan mengamalkan ajaran ini adalah untuk mencapai keadilan.”

Terdapat banyak riwayat lain yang berkaitan dengan penak.lukan Konstantinopel dan Sultan Mehmed II. Selepas bertugas sebagai müderris di Masjid Zeyrek untuk seketika, dia kembali ke Goynuk di mana dia akan meninggal dunia.

Karya Akshamsaddin tentang sains perubatan juga sering menjadi sumber rujukan. Beliau menulis buku dalam bahasa Arab dan Turki tentang sufi atau tasawuf dan perubatan. Beliau menceritakan tentang huraian, tujuan dan kedudukan tasawuf. Akshamsaddin menjelaskan konsep-konsepnya dan peristilahan yang disalahertikan oleh sesetengah ahli sufi, seperti Ibn Arabi.

Dia menyatakan perkara berikut yang berkaitan tentang menjadi evliya: “Evliya ialah seseorang yang menanggung masalah yang datang daripada orang. Dia menyahut cabaran, tidak mengeluh tentang masalah dan tidak menyimpan hasrat bermusuh. Dia tidak menganjurkan sikap bermusuhan. Dia seumpama bumi.  Segala macam jenis keburukan dicampakkan ke atas bumi.  Tetapi bumi sentiasa memberikan perkara yang baik.”

Dua karya beliau mengenai perubatan dan farmasi ialah Maddat ul-Hayat (Material Kehidupan) dan Kitab-I Tıbb (Kitab Perubatan). Beliau mencadangkan bahawa semua penyakit, seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan, mempunyai benih yang tidak kelihatan, iaitu, dia merujuk tentang kuman pada zaman di mana mikroskop belum dicipta.

“Penyakit utama mempunyai benih dan akar mengikut jenisnya, seperti benih rumput dan akar umbi. Benar, beberapa penyakit keturunan yang diturunkan dari bapa dan ibu, seperti epilepsi, podagra dan kusta, kadang-kadang muncul semula tujuh tahun selepas penyakit itu dilihat. Benih-benih penyakit yang disebabkan oleh makanan dan minuman keluar dan tumbuh dengan cepat,” kata Akshamsaddin dalam Maddat ul-Hayat.

Pada waktu yang sama di Eropah, penyakit dianggap sebagai hukuman daripada Tuhan. Walaupun Fracastoro menyebut di dalam karya De Contagione et Contagione Morbis (Tentang Penularan dan Penyakit Berjangkit) bahawa penyakit berjangkit berpindah dari individu ke individu, haiwan ke haiwan dan dari tumbuhan dan haiwan kepada manusia melalui teori “semina” 100 tahun selepas Akshamsaddin, dan buat pertama kalinya di Eropah, dia menyiratkan bahawa pandemik seperti itu masih merupakan hukuman dari Tuhan. Dalam sejarah perubatan, mikroorganisma kekal tidak ditemui melalui penyelidikan sehingga abad ke-19.

Maddat ul-Hayat ialah sumber penting bukan sahaja untuk mengkaji penyakit tetapi juga untuk ilmu botani dan farmasi. Akshamsaddin membuat komposisi ubat-ubatan yang baik untuk penyakit dalam kitab 30 bab.

Makam Akshamsaddin di Goynuk.

Beliau juga menceritakan tentang perahan jus, intipati dan minyak bahan-bahan tertentu untuk digunakan dalam pengeluaran farmaseutikal.  Selepas menerangkan kaedah pengekstrakan dan penyulingannya, Akshamsaddin secara ringkas berhujah tentang bagaimana ia boleh digunakan pada penyakit tertentu.

Selain daripada ini, Akshamsaddin menyebut batu penyembuhan, penawar, jenis fabrik yang bermanfaat kepada tubuh, penduduk Lot dan kemusnahan mereka, penyelesaian praktikal untuk masalah kesihatan biasa dan isu yang perlu dipertimbangkan mengikut musim.

‘Kami datang telanjang, kami pergi telanjang’

Akshamsaddin terkenal kerana penak.lukan Konstantinopel dan hubungannya dengan Sultan Mehmed II, serta kedudukannya dalam sejarah alam perubatan dan tasawuf. Kata-kata beliau juga dijadikan teladan untuk hari ini. Tarekat Sufi Bayrami yang dimulakan oleh Akshamsaddin dipanggil Şemsiyye merujuk kepada namanya.

Sebelum dia meninggal dunia pada tahun 1459, dia mewakafkan dan memberikan kesemua hartanya untuk mereka yang datang ke pondok darwisnya. Dia memberitahu tujuh anak lelakinya, “Kita datang tanpa berpakaian, kita pergi juga tanpa berpakaian. Kita pergi dari satu alam ke alam yang lain, apa yang kita ada di antara keduanya?”

Akshamsaddin juga seorang penyair dan dia menyebut di dalam salah satu puisinya, “Wahai Sems, minumlah ra.cun pemisahan (kema.tian) untuk dipertemukan kembali dengan kekasih / Kerana siapa yang menginginkan bunga mawar yang mekar akan menanggung siksaan durinya.”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Leave A Reply