Cerita pasal anime Dragon Ball ni, mereka yang lahir pada tahun 1980 dan 1990-an lagi bernostalgia. Tanyalah abang atau kakak korang, mesti mereka teringat Dragon Ball disiar di TV2 pada pukul 9.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad!
Kalau betul korang ni peminat tegar Dragon Ball, mesti korang ingat nama Akira Toriyama, kan? Kalau setakat tahu beliau sebagai mengaka (pelukis komik Jepun) Dragon Ball, saya bagitau jalan cerita hidupnya dan bagaimana beliau menjadi mangaka yang kita kenal sekarang.
Akira Toriyama lahir pada 5 April 1955 di kota Nagoya. Beliau sejak bersekolah tadika lagi suka melukis dan anime karya Osamu Tezuka iaitu Astro Boy yang terkenal pada waktu itu menjadi inspirasi Toriyama untuk menjadi mangaka.
Pendidikan beliau taklah tinggi mana tapi minat mendalam tentang dunia lukisan menjadikan beliau terus ke hadapan, walaupun ibubapanya sendiri tidak berapa suka.
Dari meneruskan pelajaran, Toriyama memulakan kerjaya sebagai pereka poster untuk syarikat pengiklanan Nagoya selama tiga tahun. Lepas tu, beliau mencuba nasib untuk menghantar karyanya di majalah manga Weekly Shōnen Jump.
Niat beliau hantar karyanya ialah untuk dapatkan duit untuk teruskan hidup je. Kalau laku manganya, beliau terus berhenti melukis. Akhirnya manga pertama beliau berjudul Wonder Island diterbitkan dalam Weekly Shōnen Jump pada tahun 1978.
Tapi sayang, Wonder Island tak berapa laku. Toriyama tak berputus asa. Beliau melukis lagi dan menghasilkan manga sambungan iaitu Wonder Island 2 pada tahun yang sama, tapi tak laku juga!
Biasanya kalau pelukis lain dah menyerah awal dan ambil masa untuk pulih. Tapi Toriyama ni lain sikit, masih tetap melukis sampailah mencecah 500 muka surat. Tapi tetap juga karya Toriyama tak laku punya!
Setelah beberapa kali manga Toriyama gagal, penyunting beliau iaitu Kazuhiko Torishima mencadangkan beliau untuk buat cerita di mana watak utamanya ialah wanita.
Mula-mula Toriyama ni agak ragu-ragu tapi dia buat juga. Akhirnya terciptanya manga Dr. Slump, tentang professor nakal bersama robot Budak perempuan bernama Arale.
Tak sangka, Dr. Slump menjadi manga paling laku sehinggalah dijadikan manga bersiri dari tahun 1980 hingga 1984. Tambahan lagi, manga ini mendapat anugerah manga genre shōnen/shōjo terbaik dalam Shogakukan Manga Award.
Ni baru cerita Dr. Slump, belum masuk manga Dragon Ball lagi. Manga ini pun sebenarnya cadangan dari Torishima sebab dia perasan yang Toriyama ni suka menonton filem Kungfu. Jadi, Toriyama menerima cadangan penyuntingnya dan menghasilkan manga Kungfu.
Kemudian, terhasilnya manga berjudul Dragon Boy yang diterbitkan pada bulan Oktober 1983 dalam majalah Fresh Jump. Dragon Boy mengisahkan seorang budak lelaki yang mempelajari ilmu Kungfu, menemani seorang puteri pergi ke kota asal.
Dragon Boy pun laku juga sampai menjadi manga bersiri dan nama judul bertukar kepada ‘Dragon Ball’ pada tahun 1984. Manga bersiri ini diterbitkan dalam manga Weekly Shōnen Jump sehingga 1995. Sepanjang 11 tahun, Toriyama menghasilkan 519 bab yang disirikan kepada 42 volume. Tankōbon (buku manga bersiri) juga terjual sebanyak 159.5 juta!
Dengan pencapaian Dragon Ball yang amat meletup ni, Dragon Ball menjadi manga genre shōnen paling berpengaruh. Jualan manga di luar negara juga meletup dengan jualan sebanyak 300-350 juta buku manga! Lagi satu, dari Dragon Ball terhasilnya 5 filem adaptasi dan bermacam-macam permainan berkaitan dengan Dragon Ball.
Selepas Dragon Ball, Toriyama meneruskan kerjayanya dengan menghasilkan manga pendek dan pernah menjadi pereka karate dalam menghasilkan permainan video Jepun seperti Dragon Quest.
Masuk tahun 2012, Toriyama kembali menyambung siri Dragon Ball dengan penghasilan filem Dragon Ball Z: Battle of Gods. Tapi kali ni beliau uruskan penceritaan dan membantu dalam rekaan karakter.
Kemudian, siri Dragon Ball Super dikeluarkan pada tahun 2015 dengan kerjasama Toriyama dan pelukis bernama Toyotarou. Sampai sekarang mereka berdua membikin siri Dragon Ball Super ni.
Pada 1 Mac 2024, Toriyama meninggalkan kita semua akibat kecederaan otak bernama subdural hematoma (SDH) pada usia 68 tahun. Kemudian, kematiannya diumumlan pada 8 Mac dari syarikat Bird Studio.
Dari Toriyama la, terhasilnya ‘anak-anak’ baru yang dipanggil sebagai ‘The Big Three’ iaitu manga Naruto (1999) oleh Kishimoto Masashi, One Piece (1997) oleh Eiichiro Oda, dan Bleach (2001) oleh Kubo Tite. Ketiga-tiga manga ini kemudian popular standing Dragon Ball dengan jualan beratus juta buah manga!
Belasungkawa, Toriyama-sensei. Moga aman di alam sana. Kami akan sentiasa mengingati karyamu yang membentuk hidup kanak-kanak era 1980 dan 90-an!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih