Voltaire (1694-1778) lebih tua daripada Casanova (1725-1798). Diorang saling cemburu dan bersaing dalam dunia penulisan Zaman Pencerahan. Tapi kalau tengok balik, Voltaire lebih berjaya daripada Casanova. Tau tak kenapa? Pasal Voltaire tak main cinggey. Casanova pulak sibuk dengan cinggey sampai lupa yang tu salah satu daripada 3 faktor kejatuhan negara!

Kalau dengar nama Newton, korang teringat apa? Ya, mesti terfikir teori graviti dengan epal yang jatuh atas kepala. Sebenarnya orang yang popularkan cerita ni ialah Voltaire yang juga seorang filsuf. Casanova jadikan dia ni idola. Kedua-dua lelaki ni lahir bukan daripada keluarga senang sebelum mendaki status sosial aristokrat.

Diorang hidup dalam buangan dan selalu berkelahi dengan kerajaan. Voltaire berentam dengan Rejim Perancis manakala Casanova dengan Republik Venice. Tempat diorang ni terkesan dengan Revolusi Perancis yang menjatuhkan bourgeoisie. Diorang berdua sekepala kaki judi dan pernah menang Paris lotteries. Dari segi pemikiran, mereka cenderung kepada libertinism.

Jumpa kami nanti di KLAB2023! Simpan tarikh 23-26 FEBRUARI ya. Jemput ramaikan reruai kami.


Casanova cuba mengejar Voltaire dengan menulis dalam berbagai-bagai genre seperti autobigrafi, puisi, teater, fiksyen sains, parody, esei, kritikan, falsafah, agama, matematik, teknologi dan sejarah. Sepanjang 1774-1783 di Venice, Casanova menulis Opuscoli miscellanei (jurnal bulanan) secara berkala. Bagaimanapun karya Casanova yang paling monumental tentulah Memoir berkenaan kehidupannya sendiri dengan lebih sejuta perkataan. Voltaire pun ada karya besar: Candide, fikyen yang mencampak persoalan kejahatan dan kebajikan.

Casanova mengaku murid kepada Voltaire. Gaya hidup hedonisme yang dijunjungnya selama ini berakar daripada Falsafah Epicurus dan Gassendi yang dijulang Voltaire dalam penulisannya. Casanova ni macam budak sekolah agama yang kena culture shock, dia nak bebas sebebas-bebasnya lepas kenal dunia luar. Iya lah, dia kan dulu pernah berkhidmat dengan gereja sebagai Abbot. Takkan la orang ada agama boleh berubah tanpa sebab. Oh rupa-rupanya Casanova ni terpengaruh dengan fahaman membebaskan diri daripada agama pasca Revolusi Perancis.

Voltaire membangkitkan persoalan: “Jika roh manusia tidak akan dibangkitkan semula selepas mati, maka tidak akan ada seksaan neraka atau balasan syurga, justeru dosa dan pahala berhubungan moral sudah tidak perlu diendahkan.” Morality menjadi penting seandainya Tuhan dan keabadian roh itu benar-benar ada baginya.

Kedua-dua filsuf ini bagaimanapun, tak bincang Tuhan wujud ke tidak. Jadi yang diorang pertikai adalah kehidupan selepas mati: ada ke tidak? Nampak gaya diorang berpegang pada fahaman orang kalau mati akan jadi debu berterbangan je.

Zaman Pencerahan yang menggantikan Zaman Gelap bertitik tolak juga daripada penentangan terhadap gereja. Tanpa kepercayaan agama dan ketuhanan, atas dasar apakah manusia berbuat baik, kalau bukan kerana pahala dan syurga? Kalau orang tak buat baik dan semua melakukan kejahatan, bukankah dunia akan kucar kacir? Jadi, vakum inilah yang cuba diisi Voltaire dan Casanova menerusi falsafah.

Berita baik untuk korang! Buku-buku kami sekarang kami nak bagi diskaun untuk habiskan stok. Ini peluang korang beli di Shopee: https://shopee.com.my/thepatriotsasia


Dari sinilah terbina tapak ‘secular morality’. Falsafah Humanisme ini mencambahkan perbahasan tentang psychology, motivasi dan tingkah laku manusia tanpa bergantung kepada Kitab Suci. Casanova yang rajin membaca surat-surat Voltaire turut mengadaptasi gaya penulisannya. Candide karya Voltaire dan Histoire de ma vie karya Casanova kedua-duanya memiliki karakter dan unsur kritikan yang serupa.

Jika diamati gaya hidup Casanova, pecinta wanita ini takkan tegar meniduri puluhan gadis dan membuang moral agama sampai menjadi kaki betina, kaki mesin dan kaki mabuk tanpa motivasi serta ideologi. Voltaire berperanan sebagai role model Casanova selama ini, bagaikan mengganti figur bapanya yang mati sewaktu dia masih kecil. Dengan falsafah libertinism, Casanova menjustifikasi semua kemungkarannya dari hawa nafsu dan pertimbangan hedonisme.

“Seumur hidupku, aku tak pernah menyesal atas apa yang aku lakukan,” confess Casanova dalam Memoir.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply