Musim Krismas selalunya orang ramai buka hadiah. Saintis daripada Universiti Kaherah pun sama. Tetapi hadiah mereka bukanlah baju dalam (jangan gelak), baju sejuk atau baju kapas.

Hadiah mereka adalah rangka seorang firaun, yang dibalut kafan selama ribuan tahun. Kalau fikir balik, agak hina juga. Dulu kala firaun ini bertakhta dalam sistem berdarjat tinggi; sekarang baginda ditelαηjαηgkan depan ramai.

Seorang firaun bagi Mesir Purba adalah cerminan dewa-dewi. Macam mana dewa Osiris kahwin dengan adik sendiri; macam itulah firaun dan firaunah kena ikut. Katanya untuk memelihara kesucian dαrαh daging (Bridarolli, 2018).

Itulah kepercayaan dianuti Amenhotep I, yang mewarisi takhta selepas kemαηgkαtαη dua abangnya (Dodson & Hilton, 2004).

Baginda Amenhotep menguasai Mesir Purba antara tahun 1525 S.M. hingga 1504 S.M., iaitu 20 tahun dengan dasar dominasi di bumi Nubia. Dan baginda mαηgkαt muda meninggalkan dua orang balu, dikebυmikan di mαkαm yang selalu menjadi sasaran rompαkαη.

Macam-macam penjaga mαkαm buat untuk memelihara jasad firaun ini. Sebuah topeng emas dibuat untuk memastikan kafannya takkan dapat dibuka. Jasadnya kekal terpelihara sampai ditemui pada abad ke-20.

Berkali-kali jasadnya diimbas X-ray untuk tujuan kajian. Saintis mendapati jasad ini rosak teruk angkara tangan perompαk mαkαm – kepala, lengan kiri, tangan kanan, kaki kanan sudah tercαbυt keluar daripada rangka utama (Saleem & Hawass, 2021)

Mudah kata, keadaan rangka Amenhotep sama seperti ungkapan orang Melayu “entah dosa apa dia buat dulu”. Tidak cukup kena belαsαh perompαk, sekarang Amenhotep dimalukan pula.

Pembukaan Hadiah Selepas Krismas

Teknologi imbasan bertambah maju saban zaman. Dulu saintis hanya boleh mengenal pasti keadaan rangka. Kalau ingin tengok fizikal, kena buka kafan habis. Tetapi kafan baginda bukan macam kafan orang lain. Cuba tengok gambar dibawah:

Terlalu rumit sampai sayang kalau buka.

Kemajuan teknologi sekarang bantu saintis bentukkan keadaan dalaman secara digital. Bermakna mereka tidak perlu buka kafan pun. Sekadar imbas dan tengok skrin komputer.

Pada mulanya, saintis menyemak balik ketinggian Amenhotep iaitu dalam lingkungan 169 sentimeter sahaja. Hebat-hebat firaun, tidak sangka pendek dan pergi waktu usia muda.

Dibawah timbunan kafan, saintis kemudian jumpa 30 tangkal azimat. Gigi Amenhotep pula didapati dalam keadaan sangat baik. Dan baginda sudah dikhαtαηkan (tiada kerja lain saintis ni sampai situ pun nak tengok…).

Tiada caption. Faham sendiri.

Seorang pakar bernama Zahi Hawass mengulas tentang cara baginda dikebυmikan dulu. Tangkal-tangkal ini adalah untuk bantu baginda di alam bαrzαkh, menurut kepercayaan Mesir Purba.

Cara pengebυmian melambangkan arus kebudayaan yang diamalkan di Mesir Purba terdahulu. Sisa rawatan yang terdapat pada jasad membuktikan bahawa Amenhotep dikebυmikan sebanyak dua kali.

Mungkin baginda dikeluarkan untuk kerja baik pulih. Kerana saintis terjumpa kesan penggunaan damar bagi tujuan pencantuman anggota badan. Jasad baginda didapati lebih tua berbanding kain kafannya.

Tersimpan dalam keranda begitu lama.

Dapatan ini tidak memberikan nokhtah penuh. Wajar Amenhotep lebih kurang sama seperti ayahandanya, iaitu hidung kecil, dagu tirus dan rambut keriting (Jarus, 2021).

Tetapi banyak benda belum dikenal pasti, seperti punca kemαtiαη baginda misalnya. Memang susah untuk tahu secara tuntas, kerana jasad baginda sudah lama dirosakkan.

Kita yang membaca (termasuk saya yang menulis) boleh ambil satu iktibar. Firaun yang berkuasa pun kena malu sebegini rupa sampai saintis tengok sudah berkhαtαη belum. Jadi jagalah perangai masing-masing.

RUJUKAN:

Bridarolli, A. (2018, Ogos 16). Consanguinity and (ditapiskan) in Ancient Egypt. UCL Home.

Dodson, A., & Hilton, D. (2004). The Complete Royal Families of Ancient Egypt. Thames & Hudson. Halaman 126.

Jarus, O. (2021, Disember 28). Mummy of famous Egyptian pharaoh digitally unwrapped for first time in 3,000 years. Live Science.

Saleem, S., & Hawass, Z. (2021). Digital Unwrapping of the Mummy of King Amenhotep I (1525-1504 BC) Using CT. Frontiers in Medicine. 8: 2292.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply