Ya, ini jangkaan para ahli geologi yang mengkaji aktiviti volkanik di Danau Toba yang lokasinya di Sumatra, Indonesia. Dalam dunia geologi, Danau Toba ialah kawasan geologi yang pernah mengalami letusan supervolcano, iaitu letusan magma terbesar sebanyak 2 kali, iaitu pada 840,000 tahun dulu dan 75,000 tahun dulu.

Sebelum kita lanjutkan pembacaan, kita kena tahu dahulu apakah itu letusan supervolcano. Letusan supervolcano ialah letusan mangma atau gunung berapi yang mencecah paras 8 dalam Volcanic Explosivity Index (VEI), bermaksud letusan yang terkuat antara letusan gunung berapi lain.

Letusan ini mampu memuntahkan mendapan mineral seluas melebihi 1,000 kilometer persegi. Kesan dari letusan supervolcano boleh menyebabkan berlaku perubahan iklim dalam tempoh masa yang lama, seperti wujud Zaman Ais kecil dan berlaku kepupusan spesis besar-besaran. Letusan supervolcano terbaru buat masa ini ialah Letusan Oruanui di Tasik Taupo, New Zealand pada 26,500 tahun lalu.

Untuk menjadikan letusan supervolcano berlaku, magma yang menaik dari lapisan mantel akan terperangkap dalam lapisan kerak yang menghalang aliran magma itu. Kemudian wujud ‘takungan magma’ dalam lapisan kerak, kemudian tekanan dalam takungan semakin kuat sehingga lapisan kerak tiada mampu menahannya. Kemudian, letusan sekuat paras VEI 8 berlaku.

Dalam letusan supervolcano kedua Danau Toba, 600,000 tahun diperlukan untuk menghasilkan letusan sebegitu. Begitu juga letusan pertama Danau Toba, perlukan masa lebih panjang dari letusan kedua iaitu 1.4 juta tahun. Dalam kajian kali ini, menurut ahli Geologi dari University of Peking, China bernama Ping Ping Liu, aliran magma semakin senyap di bawah kerak Danau Toba dan mula memanaskan kerak dengan kadar yang cepat berbanding berpuluh ribu tahun lepas.

Kumpulan ahli geologi di Danau Toba mengkaji usia mineral yang terhasil oleh letusan magma dan mengimbas aktiviti magma dan berapa lama magma menjadi takungan dalam lapisan kerak. Mereka menjangkakan bahawa magma seluas 320 kilometer persegi bersembunyi di balik kerak Danau Toba. Tambah Liu, Pulau Samosir di tengah-tengah Danau Toba yang semakin naik tingginya juga membuktikan bahawa magma dalam kerak semakin aktif.

Saintis menjangkakan bahawa akan berlaku 5-10 letusan gunung berapi atau magma yang bakal mencapai letusan besar yang mampu merubah iklim dunia, termasuklah Danau Toba. Jika letusan supervolcano ketiga berlaku, langit Asia Selatan akan dipenuhi dengan abu gunung berapi. Iklim akan mengalami musim sejuk berpanjangan dan mempengaruhi suhu dunia.

Walau bagaimanapun, saintis nyatakan tidak akan berlaku letusan supervolcano akan datang pada abad ini. Tidak ada lagi aktiviti gunung berapi yang ekstrim buat masa ini. Menurut saintis bumi bernama Luca Caricchi dari University of Geneva di Switzerland, tanda kekerapan gempa bumi dan kenaikan kerak bumi pada abad ini tidak begitu ketara.

Mungkinkah Danau Toba menjadi bencana untuk kali ketiga, seperti letusan supervolcano lepas yang mampu merubah langit Asia dan iklim dunia? Kita hanya mampu berteka-teki.

RUJUKAN:

Nield, David. 6 November 2021. Unnerving Study Reveals There May Be No Warning For The Next Supervolcano Eruption. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.