Tahun 1911, ahli geologi Australia bernama Griffith Taylor menjadi peneroka pertama menemui Antartika. Apabila meneroka, beliau tiba di lembah glasier bertempat di Victoria Land, timur Antartika dan menamakan glasier itu sempena namanya iaitu Taylor Glacier.
Namun ada fenomena alam yang menarik perhatian Taylor selain menamakan glasier itu. Beliau menemui aliran air berwarna merah, seakan-akan darah keluar dari barat Taylor Glacier, mengalir ke West Lake Bonney.
Anehnya tentang aliran merah seperti air terjun berdarah itu adalah ia sentiasa mengalir perlahan walaupun sekelilingnya mempunyai suhu yang sejuk sehingga mampu membekukan air. Kerana keanehan air terjun itu, Taylor menamakannya sebagai Blood Falls.
Pada awal pemerhatian Taylor, aliran merah itu wujud kerana campuran air dalam glasier bercampur dengan algae merah. Sehinggalah pengkaji mengambil sampel air merah itu, mereka menemui bahawa algae merah bukanlah penyebab air glasier menjadi merah.
Kajia dalam Journal of Glaciology menyatakan pengkaji mengesan lapisan-lapisan bawah Taylor Glacier menggunakan sistem radar. Keputusannya, mereka menemui takungan air di bawah glasier tersebut. Takungan air itu mempunyai keasinan yang tinggi dan mempunyai kepekatan besi oksida (iron oxide) juga tinggi.
Kedua-dua ciri takungan air ini adalah penyebab kepada kehadiran air darah yang masih mengalir. Air masin atau air yang mempunyai keasinan tinggi mempunyai takat beku yang rendah berbanding air biasa. Jadi, suhu sejuk di sekeliling Antartika tidak mampu membekukan air Blood Falls itu.
Besi oksida pula adalah bahan kimia berwarna merah yang biasanya hadir dalam bawah tanah. Berkemungkinan hakisan tanah oleh takungan air menyebabkan air itu bertukar menjadi merah.
Ahli geomicrobiologi bernama Jill Mikuchi dari University of Tennessee, AS adalah saintis yang mengabdikan diri dalam kajian Blood Falls ini. Beliau mempunyai kenyataan sendiri tentang kewujudan air terjun ini mengikut perspektif kajiannya.
Menurut Mikuchi, kira-kira dua juta tahun dulu, Taylor Glasier berada di bawah aliran air yang mengandungi mikro-organisma kuno. Mikrob kuno itu kemudian terperangkap bersama aliran air di bawah lapisan ais dan mikrob itu terus hidup berkembang tanpa bergantung terhadap oksigen. Berkemungkinan mikrob tersebut menggunakan ion sulfat atau besi untuk meningkatkan metabolisma mikrob itu.
Apabila rekahan pada barat Taylor Glacier berlaku akibat pemanasan global, takungan air atau air subglasier mengalir keluar, umpama air terjun mengalir ke tasik. Maka, dari sinilah wujudnya Blood Falls.
RUJUKAN:
Nace, T. (28 April 2017). “Mystery Of Antarctica’s Blood Falls Is Finally Solved”. Forbes. Retrieved from https://www.forbes.com/sites/trevornace/2017/04/28/mystery-of-antarcticas-blood-falls-is-finally-solved/
Ross, D. (22 October 2018). “What’s really in Antarctica’s mysterious blood falls”. National Geographic. Retrieved from https://www.nationalgeographic.com/news/2017/04/blood-falls-antarctica-explained/
Mikucki, J.A.; Priscu, J.C. (2007). “Bacterial diversity associated with Blood Falls, a subglacial outflow from the Taylor Glacier, Antarctica”. Applied and Environmental Microbiology. 73 (12): 4029–4039
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih