AI semestinya lama bersama manusia sejak abad kini. AI membantu kita memudahkan urusan harian seperti mengemaskini komputer dan juga membantu mencari carian dalam internet. AI juga membantu kita belikan barang jualan dan menayangkan video siaran langsung melalui sistem algorithm.

Namun, dalam dunia sains fiksyen AI dilihat sebagai robot dengan kebijaksanaan tinggi yang mampu mengancam manusia. Contoh paling senang nak faham adalah wayang bersiri Terminator yang memperlihatkan penonton akan dunia baru diperintah oleh robot AI bernama Terminator dan kaum manusia menjadi mangsa buruan Terminator.

Ramai warga dunia percaya bahawa perkara sebegini pasti berlaku. Mendiang saintis terkenal bernama Stephen Hawking juga percaya dan takut bahawa AI bakal menguasai dunia.

Sekarang, petisyen untuk 11 orang pakar dalam sains komputer dan AI bagi menjawab keupayaan AI ini menunjukkan sebanyak 82% undian menyatakan AI tidak akan sekali-kali mengancam manusia.

1) AI Sekarang Hanyalah AI Bertaraf Rendah

AI yang beroperasi sekarang ini dipanggil sebagai AI ‘lemah’ atau ‘cetek’. AI jenis ini digunakan secara meluas seperti mengesan struktur muka, pemanduan kereta secara automatik, dan pengesyoran pilihan carian dari internet. Ia bersifat ‘cetek’ kerana AI ini hanya menjalankan tugasan spesifik yang telah diprogramkan.

Walaupun AI diberi tugasan sebegini, namun perlaksanaan tugas-tugas tersebut adalah lebih baik dari manusia seperti AI komputer bernama Deep Blue yang mengalahkan juara pemain catur berkelas dunia pada 1997. Tapi kena ingat bahawa Deep Blue hanya diprogramkan untuk bermain catur, satu-satunya tugasan utamanya.

Satu lagi jenis AI selain AI ‘cetek’ adalah Artificial General Intelligence (AGI). AGI adalah AI yang meniru kebijaksanaan manusia, termasuk keupayaan untuk berfikir dan mengaplikasikan kebijaksanaan dalam menyelesaikan masalah-masalah yang berbeza. Sesetengah orang percaya AGI inilah AI yang bakal menghancurkan dunia manusia.

Apabila Matthew O’Brien, jurutera robotik dari institut Georgia Institute of Technology mengetahui andaian sebegini, beliau membantah dengan menyatakan bahawa adalah mustahil untuk AI mencapai tahap sebegitu. Mereka (jurutera robotik) tidak tahu bagaimana untuk jadikan AI sebagai kebijaksanaan yang beradaptasi seperti manusia dan tidak mengetahui bila masanya AI mencapai tahap sedemikian.

2) AGI Berpotensi Mengancam Manusia?

Bayangkan jika AGI berpotensi mengancam manusia, apakah jenis ancaman bakal AGI laksanakan? AGI belajar dari pengalaman dan data yang bertentangan dari tugasan asal. Jika AGI berbuat demikian, kita mungkin tidak dapat ramalkan apa yang ia lakukan jika berhadapan dengan situasi atau masalah baru yang tidak pernah AGI selesaikan.

Seorang saintis komputer, Dr. Roman Yampolskiy dari Universiti Louisville menyatakan bahawa tidak ada versi kawalan manusia terhadap AI buat masa ini. Kenyataan ini memungkinkan manusia mampu mengawal AI yang berpotensi mengancam manusia itu sendiri.

Professor perisian dan sains otak, Yingxu Wang dari Universiti Calgary juga berpendapat bahawa sistem dan produk AI yang direka itu dibatasi dengan lapisan asas sistem operasi untuk keselamatan dan kesejahteraan pengguna. Maka, lapisan ini menghalang AI mengakses dan mengubah sistem tersebut.

3) AI Tidak Berupaya Menjadi Ancaman Kepada Dunia

Ramai pakar percaya bahawa AI boleh jadi ‘jahat’ apabila ditangani oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Dr. George Montanez, pakar AI dari Harvey Mudd College menyatakan bahawa robot dan sistem AI tidak perlu menjadi identiti yang berbahaya. Mereka ini hanyalah alat yang berguna dan efektif bagi manusia yang berniat untuk cederakan orang lain. Itulah ancaman sebenarnya.

Contoh AI boleh jadi berbahaya akibat penggunaan pihak tak bertanggungjawab adalah ancaman rasis yang berlaku dalam algorithm perisian pengesahan wajah untuk penguatkuasaan undang-undang. Contoh lain adalah pada 2016 di mana mesej yang dihantar oleh AI kepada pengguna media sosial penuh dengan cercaan dan ancaman rasis. Mesej sebegini wujud akibat seorang pengguna menghantar mesej penghinaan kaum.

Maka, buat masa ini AI yang sentiasa bersama kita tidak berupaya lagi untuk ‘berevolusi’ menjadi AI yang mampu mengancam penggunanya sendiri. Sama ada AI mampu berbuat demikian seperti apa dunia fiksyen sajikan, saintis masih berkira-kira lagi akan kebarangkalian untuk peristiwa itu berlaku.

RUJUKAN:

Hamrud, Eva. (11 April 2021). AI Is Not Actually an Existential Threat to Humanity, Scientists Say. Science Alert.

Is AI an existential threat to humanity?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.